BAB 26

Romance Completed 47952

" meor . What is going happen here and where is my mom and my twin ? "

Tanya afielya sejurus tiba di rumah nya . Mereka pulang Ke Malaysia setelah menerima panggilan kecemasan daripada malam semalam .

" i also dunno lah afiely . Macam ni , yesterday aku dengan afien rancang nak spend time together tapi afiena lambat for hour . Afiena kan tak pernah tak ontime . Aku rasa tak sedap hati lepastu aku datang lah sini. Sampai kat sini rumah dah tak kunci and semua berterabur "

Afielya menekup muka selepas menerima penjelasan daripada meor dan segera ditenangkan oleh faieq yang turut berada di situ .

" meor , kau dah buat report kat balai ke ? "

" not yet . Aku tunggu korang " jawab meor ringkas .

Meor segera keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada afielya dan faieq berbincang untuk seketika .

" sayang . Look here . Mama and afiena will be okay "

" tapi afieyl risau kat diorang . Afiena tu lembik , tak reti melawan "

" i know i know . Dah dah jom turun. Kita kena pergi balai buat laporan "

Afielya mengikut apa kata suaminya itu dan segera bersiap apa yang patut .

" meor . Aku rasa aku tahu ni kerja siapa "

" who ? "

" syeikh "

" tak mungkin . Kenapa dia nak libatkan awek aku dengan mama dorang pula . Ni kan hal dia dengan afiel ".

" uishh . Takkan lupa kot mama dan afiena yang paksa dia kahwin dengan aku "

" ya tak ya jugak enn "

Perbualan mereka terhenti apabila afielya masuk ke dalam kereta dengan muka yang agak pucat dan mata membengkak .
Tiada perbualan yang dibualkan di dalam kereta sepanjang dalam perjalanan ke balai polis .

" family kamu ada musuh ? "

" tak ada . Kita orang tak pernah ada musuh "

" cuba fikir baik-baik "

" saya dah fikir dah tuan "

" hmmm . Kamu ada reject cinta siapa-siapa ke sebelum ni . Sebab kena reject dia culik ahli keluarga kamu "

" taaakkk adaa . Eh kejap . Ada tuan , nama dia syeikh . Captain syeikh . Rakan sekerja saya dalam kokpit "

" ada gambar suspek tak ? "

" ada ada "

Afielya menyerahkan gambar itu dan pihak polis segera melakukan tugasan mereka untuk mengesan syeikh dan mangsa .

*****************************

Di rumah buruk itu , syeikh tidak habis-habis menengking afiena dan mama afiena . Gaya dan perwatakan nya berubah sama sekali. Seperti dia bukan nya syeikh yang baik hati dan berbudi bahasa yang pernah datang ke rumah mereka . Esakan dan tangisan daripada afiena tidak henti henti apabila mama nya di tampar berulang kali oleh syeikh . Afiena juga tidak ketinggalan daripada menerima " hadiah " yang sama daripada syeikh .

" teriak lah sekuat mana pun. Tak kan ada orang yang boleh selamatkan kamu berdua . Ni tempat terpencil , tanah persendirian . Takkan ada yang syak aku kurung kamu berdua dalam ni lah "

" tolong lah syeikh . Akak aku dengan faieq memang dah ditakdirkan untuk bersama , kau terima lah kenyataan yang kau bukan ditakdirkan untuk kakak aku. Kau berhak untuk dapat yang lebih baik . Kau tak kesian dekat kakak aku ke syeikh ? Kau kata kau cinta kau sayang dia , tapi kau buat dia sakit hati macam ni , kau siksa keluarga dia. Macam mana dia nak terima kau jadi kawan baik dia macam sebelum ni ? Kalau macam ni lah gaya kau , walaupun kau lepaskan aku dengan mama , kakak aku belum tentu nak kat kau. Tahu tak "

" aku nak kakak kau jadi milik aku , tu je . Itupun kau tak paham? Aku nak dia bukan orang lain "

" kau memang jantan tak reti faham bahasa kan syeikh!! "

Tengking afiena dan tidak semena-mena satu tamparan singgah di pipi nya buat kesekian kali nya .

" kau jangan banyak cakap kalau tak nak aku bunuh mak kau "

Kaku afiena dibuat nya . Dia tidak berani melakukan apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan mama nya itu . Dia tahu , syeikh sudah naik gila dan belum tentu syeikh takkan buat apa yang menjadi ugutan nya.

*****************************

" hello sayangku . How your day . Jangan nak terkejut sangat dengar suara aku . I know you miss me isn't it ? Dah lama kita tak flight sama kan "

" kau nak apa call aku ni syeikh . Aku tak ada urusan dengan kau kan . Dah lah weh "

" mak dengan adik kembar kau yang ada dengan aku sekarang ni bukan urusan kau lah ? Kalau macam tu aku hapuskan jela dorang berdua ni kan. After that aku boleh uruskan faieq tu . Hah and then kita dua boleh kahwin "

" kau jangan nak sentuh mak dengan adik aku . Aku sanggup bagi apa-apa je kat kau asal jangan sentuh diorang. Tell me what do you want "

" hmmm . Aku nak kau . Nanti aku text alamat and kau kena datang sini sorang-sorang. Nanti aku call orang aku suroh lepaskan ahli keluarga kau yang asyik memekik je kerja dia "

Fikiran afielya sudah buntu dan berkecamuk dengan kebenaran yang baru diterima nya . Tak disangka sangka bahawa memang syeikh menjadi dalang disebalik kehilangan mama dan adik kembarnya . Fikiran nya menerawang tentang patutkah dia bagitahu faieq tentang syeikh menyuruh nya pergi ke suatu alamat yang bakal diberitahu kelak ?

Buntu buntu buntu dan tak tahu nak buat apa .

Faieq dan meor masih berada di tingkat bawah rumah sedang berbincang dengan pihak polis yang diberi kepercayaan untuk berkawal di kawasan itu bagi mengelakkan perkara sama berulang kepada afielya .

Suasana di airport juga tidak kurang hebohnya apabila berita tentang ahli keluarga kepada captain hot afielya diculik atas dasar dendam dan ada hajat lain . Ditambah pula dengan SYEIKH yang dikait turut sama dalam hal ini . Dalam berita semalam juga turut dipaparkan wajah syeikh yang menjadi suspek utama dalam kes itu . Mulut-mulut di lapangan terbang sudah tidak mampu di tutup oleh lokman iaitu kawan kepada meor dan faieq .

Kawasan apron juga menjadi port sementara para cabin crew untuk bergossip-ing tentang kes itu .

" wehh korang ada tengok berita tak semalam . Pasal keluarga captain afielya "

" berita pasal apa "

" kau ni jangan cakap lah. Mana nak tahu hal berita . Alah pasal yang keluarga captain kena culik tu "

" yang syeikh jadi suspek utama tu kan "

Salah seorang cabin crew menambah.

" ya betul . Aku rasa memang betul lah syeikh terlibat sama . Korang ingat tak muka syeikh dulu bila afielya bagi dia kad jemputan "

" yala. Bengang gila muka dia masa tu "

" asyik gosip je kerja korang kan. Dah dah . Pegi masuk kapal terbang sana. Jap lagi passenger nak masuk sama "

Tegur ketua pramugara itu .

Namun , perbualan mereka tidak terhenti disitu sahaja . Round kedua acara Bergosip akan bermula bila dalam cabin nanti .

Afiena cuba menenangkan mama nya yang kelihatan lemah akibat tamparan dan herdikan keras daripada syeikh . Syeikh masih tidak habis-habis menyiksa mereka berdua semenjak hari pertama menculik mereka . Syeikh berjalan keluar dari bilik kecil yang buruk serta agak berhabuk itu . Usai dia keluar ,
Afiena mendekatkan diri ke pintu untuk mendengar perbualan telefon syeikh dengan seseorang .

Afiena menekup mulut apabila mendengar perancangan rapi yang sudah disusun oleh syeikh semenjak awal lagi . Pelan-pelan afiena menuju ke belakang ibunya lalu mengeluarkan telefon nokia lama jenis yang tekan tekan lalu menghantar satu pesanan ringkas kepada faieq. Mujur sahaja telefon lama nya itu sentiasa diletakkan di dalam poket .

" abang . Ni afiena ni. Afiena sertakan alamat tempat ni tau. Syeikh ada suruh kakak datang sini. Please ikut kakak dari belakang. Afiena dah tahu rancangan syeikh macam mana . Take care of yourself ok "

Faieq menguntum senyuman ringkas sejurus menerima pesanan ringkas itu . Kalau tidak , memang tak lah afielya nak bagitahu dia nak kemana pagi tadi . Awal-awal dah tinggalkan rumah .

Faieq segera menelefon meor untuk memberitahu perkara itu. Dalam masa 15 minit sahaja , meor sudah terpacul di muka pintu gate faieq . Kereta yang dinaiki mereka meluncur laju ke alamat yang diberikan afiena tadi .

" hmm faieq . Dari mana kau tahu afielya ke sana "

" afiena sms aku tadi "

" whatt? Dia macam mana sekarang "

" aku pun tak tau . Dia cuma text aku inform benda tu je. Sabar. Mesti dia takkan ad apa-apa "

" mau nya aku tak risau. Awek aku dengan bakal mertua aku kot "

" tu mertua dan adik ipar aku tahu tak "

Masing-masing enggan mahu kalah sepanjang dalam perjalanan ke lokasi rumah buruk itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience