BAB 18

Romance Completed 47955

Afielya meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Hampir sejam dua dia bersembang dengan adik nya iaitu afiena . Macam macam yang mereka bualkan . Dari isu tentang kesangsian pekerjaan suaminya sendiri sehinggalah tentang afiena dan meor . Bersusah payah dia untuk membuat adiknya mengaku . Namun semua nya tidak berjaya.

Malam itu , afielya memasang telinga mendengar perbualan suaminya dengan meor . Entah apa sahaja di bualkan . Perasaan ingim tahu semakin membuak buak dalam diri afielya . Manalah tahu kalau dia curi dengar macam ni dia boleh tahu faieq sebenarnya kerja apa .

' esk aku pergi rumah bujang dulu ya meor '

' apasal nak datang rumah bujang kot '

' takkan aku nak tukar uniform dekat sini kot . Naya aku '

...............

Assalamualaikum .

Perbualan ditamatkan .

Afielya yang masih tercegat di hadapan pintu yang bertutup segera menuruni anak tangga lalu acah acah nak naik ke tingkat atas .

Faieq yang baru sahaja keluar dari bilik bacaan merenungnya .

Dalam hati , afielya sudah berdoa banyak-banyak agar faieq tidak mengetahui apa yang dia lakukan tadi . Faieq berjalan dekat ke arah nya menyebabkan afielya yang baru menapak ke lantai terpaksa berundur ke belakang sehinggakan hampir terjatuh di tangga . Mujur sahaja faieq pantas menangkap pergelangan tangan isterinya itu . Kalau tidak , memang nayalah .

Afielya yang agak pucat kerana terkejut dipapah untuk masuk ke master bedroom lalu di baringkan ke katil . Faieq mula melangkah keluar dari bilik itu .

' abang nak kemana '

' abang nak turun bawah jap buat something '

Faieq berlalu selepas menjawab soalan .

Afielya yang tidak senang baring di katil bangun lalu duduk di sudut yang mempunyai kerusi . Matanya liar memerhati ruang bilik itu . Baginya agak kemas jugak bilik tu .
Matanya menangkap sesuatu yang diletakkan di bawah katil . Hatinya meronta-ronta ingin membuka kotak itu . Namun , dia enggan lakukan untuk menjaga privacy suami nya .

Afielya tidak senang duduk , dia kembali ke katil lalu cuba untuk merehatkan diri .

Faieq melangkah naik ke bilik sambil membawa dulang yang berisi milo sejuk dan nasi goreng seafood . Setibanya di bilik , dia menyuap isterinya sedikit demi sedikit .

' feeling better now ? '

' yapp . Thankyou awak '

ucapnya kepada faieq

*****************************

Dengan nada malas , afielya bangun pada awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk faieq sebelum suaminya pergi bekerja .
Dalam masa 45 minit , dia mampu menyediakan mee goreng ayam pada pagi itu bersama teh . Sebelum ini , mertua nya sempat bagitahu bahawa faieq merupakan tea lover .

Faieq menuruni anak tangga dengan memakai t-shirt namun berseluar hitam . di tangan kirinya terdapat luggage berwarna hitam yang boleh memuatkan 3-4 pasang baju sahaja .
Afielya menjeling sedikit ke arah beg itu . Sepertinya dia kenal akan beg sebegitu . Biasanya pilot akan bawa beg begitu jika ada flight .

' takkan laki aku ni pilot kot . Takpa wait and see . Nak main sembunyi-sembunyi sangat kan '

Cakapnya dalam hati sambil menuang teh ke dalam cawan untuk faieq .

' so pergi outstation berapa hari '

' dua or tiga hari '

' oh ok . Take care '

Afielya buat bodoh sahaja selepas itu .

Sebelum faieq berangkat , afielya menghantarnya ke pintu lalu menyalami suaminya.

Faiq memandu kereta nya menuju ke rumah bujang para pilot . Rumah tersebut merupakat port lepak mereka sebelum ini . Meor sudah terjengul di muka pintu .

' alamak. Tak siap lagi rupanya '

' takkan nak tukar uniform kat rumah. Kalau bini aku tahu macam mana '

Faieq meluru masuk ke dalam rumah dan segera masuk ke bilik untuk menukar pakaian nya kepada memakai pakaian uniform pilot . Meor dan seorang lagi pilot muda hanya menggeleng kepala melihat keletah kawan mereka itu.

Faieq keluar dari rumah selepas setengah jam bersiap . Meor dan lokman sudah berkeringat jagung di luar menunggu nya habis bersiap.

' alah faieq. Aku ingat lepas kahwin senanglah kau. Ini tak. Makin kalut adalah ' usik lokman semasa dalam perjalanan ke airport.

Seperti biasalah , tiba sahaja di dewan pelepasan , faieq memasang cap lalu menggunakan kaca mata hitam nya . Meor pula masih menekan nekan keyboard telefon nya .

' fiena faham lah kerja kita macam mana ' usik faieq .

Automatik meoor memalingkan wajah ke arahnya.

' maksud kau ? Dia tahu kau pun pilot? '

' ya. Afielya je tak tahu sekarang '

Mereka segera ke satu tempat dimana pegawai seperti pilot , cabin crew , pramugari serta pramugara perlu berada sejam sebelum penerbangan kerana akan mendengar taklimat ringkas dari atasan.

*****************************

Cuaca pada hari itu agak panas terik . Oleh itu afielya dan dua orang rakan nya yang bekerja sebagai pramugari membuat keputusan untuk masuk ke coffee house untuk basahkan tekak sekejap .

' afielya. Makin seri kau kan lepas kahwin. Sory tak datang. Kami ada flight pergi turki '

' hemm nak buat macam mana kan '

' siapa nama laki kau wehh '

' faieq asyraf '

' macam pernah dengar nama tu ' serentak kawan nya mengulas

' nah gambar kami sanding '

' like seriously ? This men? '

' apasal '

' kau tahu tak dia ni pilot paling hot dekat syarikat penerbangan Air asia ? '

' ye ke dia pilot? '

' takkan kerja laki sendiri kau tak tahu kot . Duh dia ni hot tahu. Aku dengar pramugari air asia banyak gilakan dia '

Agak sedikit cemburu afielya mendengar penjelasan daripada kawan nya tentang faieq . Dalam pada masa yang sama , dia turut gembira kerana dapat mengetahui pekerjaan sebenar suami nya . Dia agak lega . Lepas ni tak perlu lah dia jadi detective conan untuk menyiasat pekerjaan sebenar faieq.

Mereka meninggalkan kedai itu setelah menyedari bahawa hari sudah lewat . .

Setiba nya di rumah , afielya menelefon afiena lalu menceritakan apa sebenarnya pekerjaan faieq.

' lah. Faieq kan memang pilot '
Jawapan dari afiena menghairankan afielya.

' so adik dah tau la ni kan. Apasal tak bagitahu kakak '

' laa dia yang tak tanya adik '

Setelah berbual panjang , talian dimatikan.

*****************************

Faieq merenung gambar wallpaper telefon nya . Tiba-tiba dia disergah dari belakang oleh meor.

' amboi. Baru sehari takkan rindu '

' tak lah meor. Cuma aku risau macam mana lah reaksi dia kalau dia tahu aku ni pilot dari mulut orang lain '

' kalau macam tu , kau terus terang lah dekat afielya tu hah kan senang '

' senang kepala hotak kau . Perempuan mana sanggup tinggal sorang kat rumah bila laki pergi bawa kapal terbang tiap minggu kot '

' ya tak ya jugak kan . Hm jom keluar makan. Asyik terperap dalam hotel bosan tahu tak? '

Meor segera berjalan dan mencapai beg duit nya lalu diikuti oleh lokman dan faieq .

Di malaysia , afielya giat memikirkan cara untuk mengenakan suami nya bila balik nanti.

Jaga kau kapten faieq asyraffffffffff !!!!

Afiena mencapai telefon pintarnya . Tersenyum dia melihat nama meor tertera pada screen telefon . Laju sahaja dibalasnya setiap kali whatsapp daripada meor masuk . Perbuatan nya yang menekan telefon sambil tersenyum menarik minat mama nya.

' amboi adik . Dah ada buah hati ke '

' eh takda la mama '

'Jangan nak sorok sangat lah adik . Kenalkan je nanti pada mama '

' ala mama ni kan '

Tersenyum wanita berusia lewat 40 an itu dengan gelagat manja anak gadis nya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience