BAB 24

Romance Completed 47952

afielya terpaku melihat pemandangan yang indah dari arah resort tempat penginapan mereka . pemandangan nya sangat cantik dan indah . barulah afielya tahu mengapa pulau maldive dikenali sebagai syurga kepulauan terumbu karang . mana tidaknya , banyak terumbu karang dapat dilihat dari arah resort. ditambah lagi dengan warna air laut yang membiru tanpa ada sedikit pun cemaran , pasir pantai yang seputih putih nya dan angin sejuk yang menyebabkan cuaca panas di pulau maldive tidak terasa . suasana ini mewujudkan rasa romantik dan mengindahkan lagu hubungan.

faieq dan afielya pada petang itu keluar ke tepi pantai untuk melihat aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di pulau maldives. dari segi ekonomi , afielya sendiri tidak percaya bahawa aktiviti perikanan turut dijalankan di pulau secantik ini.
tidak cukup dengan itu , faieq menarik tangan afielya agar berlari mengikutnya ke arah restoran yang berdekatan untuk mengalas perut yang sejak dari tadi asyik memainkan irama dan melodi yang kurang enak didengar. oleh kerana hanya Agama Islam yang dibenarkan di kepulauan itu , bermakna untuk mencari makanan halal tidak lah susah mana pun .

usai makan , sebaik sahaja keluar dari pintu restoran mata afielya tertarik kepada satu kedai kecil . terdapat beberapa hiasan simple namun kreatif diletakkan di luar kedai itu.

" abang . abang rasa tu kedai apa ehh ? nampak macam pelik . tapi hiasan kat luar nampak cantik "

" nak pergi tak ni "

" nak "

dalam jarak 50meter dari kedai itu , langkah afielya terhenti dan membuat faieq hairan.

" apasal sayang berenti ni ? kaki sakit ? "

" hmm taklah. tak jadi lah nak pergi. seram pula sayang rasa "

" laa habistu ? tadi beriya iya nak pergi. sekarang ni tak "

" jangan lah membebel ishh . yala jom pergi "

kaki faieq dan afielya melangkah masuk ke kedai yang penuh dengan rak yang terdapat pelbagai jenis cenderamata . ada yang diperbuat daripada kerang , batuan pantai dan lain lain lagi . mata faieq tertarik kepada satu cenderamata seperti terumbu karang . tak tengok harga dan langsung dia membawa cenderamata itu ke kaunter . afielya pula mengambil beberapa jenis cenderamata .

" amboi sayang. banyak nya barang dibeli. nak buka kedai kat malaysia ke? "

" ya nak buka kedai kat malaysia. pehal? tak cukup duit nak bayar? "

" jangan kata abang pilot tak mampuuuuuu "

di pulau maldives , mata wang yang digunakan kebiasaan nya adalah ruffyah dan Usd . namun , pihak resort lagi gemar jika menggunakan kad kredit . jika ingin masuk ke restoran ataupun kedai kedai kecil barulah menggunakan mata wang .

setelah selesaikan proses pembayaran , mereka menapak keluar dari kedai dan membawa plastik yang berisi cenderamata di kedua dua belah tangan .
faieq dan afielya membuat keputusan untuk kembali ke resort untuk berehat sekejap sebelum keluar pada waktu malam .

****************************

waktu itu , faieq yang terlebih dahulu mandi dan bersiap menulis beberapa perkataan di atas sticky notes lalu dilekatkan di cermin meja solek . sudah pasti afielya akan terbaca nota itu bila bersiap nanti .

" i'll wait you at the restaurant ok my sweet hunny bunny "

selepas itu , faieq menghilangkan diri ke restoran petang tadi . ada pekerjaan yang perlu diselesaikan nya sebelum afielya tiba .

afielya yang baru habis membersihkan diri segera memakai dress yang disediakan nya tadi . sempat juga dia memanggil nama faieq namun tiada jawapan . dia ke meja solek untuk bersolek sedikit . takkan lah dia ingin kelihatan pucat dihadapan suami nya .
seperti yang diduga , afielya terbaca nota itu .

setiba nya di restoran , hanya suasana gelap sahaja yang ada .

" faieq where are you . takkan abang nak main hantu hantu pula kat sini "

cahaya lilin tiba-tiba menerangi sebuah meja . afielya yakin itu kerja faieq . afielya segera mendekati meja itu .

" faieqq? "

automatik restoran menjadi terang semula selepas suis utama di hidupkan oleh pekerja restoran itu . faieq kemudian nya berdiri dan menarik keluar kerusi dihadapan nya untuk di duduki oleh afielya .

"wait and see " bisik faieq

faieq berjalan menuju ke satu set laptop dan terdapat satu skrin besar . afielya hanya tunduk malu .

pandangan afielya terangkat apabila muzik lagu dimainkan serentak dengan beberapa keping gambar mereka kecil sehingga gambar kahwin ditayangkan.

" dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku
hanya kau lah yang ku tuju

teringat janji ku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati "

Tidak lama selepas itu , faieq mendekati nya dan mengeluarkan seutas rantai dari poket nya . Sambil memakaikan rantai itu ke leher afielya , dia sempat membisik isteri nya itu sesuatu .

" sayang , abang minta maaf atas kelakuan abang 10 tahun lalu yang menyebabkan kita pernah berperang bagai perang dunia kedua . Sayang , abang minta maaf sebab selalu buat sayang marah masa kita belum kahwin dulu . Sayang , abang minta maaf sebab terpaksa tipu dan merahsiakan tentang kerjaya sebenar abang daripada sayang. Sorry tau ? "

Tersentuh benar afielya dengan tindakan faieq yang begitu tidak disangka sangka . Mana tidak nya , sebelum ini sepanjang tiga bulan kahwin , faieq hanya tahu memancing mancing kemarahan nya sahaja .

Kini , afielya membalas apa yang diperkatakan oleh suami nya itu.

" awak . Walaupun afiel pernah tampar awak 10 tahun lalu , walaupun kita pernah berperang macam askar jepun dengan malaysia , walaupun at the first saya memberontak wedding kita , saya nak awak tahu yang saya sayang awak . Jangan tinggalkan saya tau ? Saya nak awak janji kat saya "

" abang janji okay sayang . Dah jom continue our dinner "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience