BAB 13

Romance Completed 47955

' betul kah tindakan aku ni untuk setuju kahwin dengan that guy ' afielya masih mempersoalkan tindakan nya walaupun sudah terbit rasa bait -bait kasih dan cinta terhadap faieq .

Afielya mengelamun panjang di sudut katil nya . Dia risau jika faieq tidak dapat menerima kerjaya nya sebagai juru terbang. Itu merupakan perkara yang sangat dirisaukan. Dia enggan menamatkan kerjaya nya di usia semuda 23 tahun.

Pintu bilik nya di kuak perlahan oleh mama nya .

' sayang mama , kenapa ni. Masih risau dengan keputusan afiel '

' hmm ntah la mama . Afiel just takut kalau faieq tak dapat terima kerjaya afiel ni ha '

' In sha Allah dia boleh terima '
Kata mama untuk meyakinkan afielya.

Afiel kembali bersendirian selepas mama nya pergi meninggalkan nya untuk membantu membuat persediaan resepsi .

Faieq masih berada di penthouse nya untuk mengemaskan sedikit barang-barang nya yang berterabur . Sebelum ni dia terlalu busy untuk kemas barangan nya . Nak ambil maid ? Memang tidak lah . Faieq memerhati kawasan ruang tamu , kitchen and etc . Setelah berpuas hati , dia naik ke tingkat dua penthouse . Di bahagian atas ada 4 bilik . 1 master bedroom dan 3 lagi bilik untuk tetamu .

Faieq duduk di birai katil lalu memikirkan apa yang perlu dikemaskan dalam bilik nya . Dia teringat akan kotak yang menyimpan seribu satu kenangannya dengan arwah bekas teman wanita nya sebelum ini. Dia membuka kotak itu lalu mengeluarkan satu persatu gambar-gambar berbentuk polaroid . Diperhatikan nya satu persatu wajah bekas teman wanita nya . Tragedi 4 tahun lalu masih segar dalam sanubari nya .

Waktu itu faieq berumur 22 tahun dan teman wanita nya , shara , berumur 19 tahun . Teman wanita nya merupakan seorang penuntut di universiti Islam Antarabangsa . Ketika itu , shara sedang berjalan keluar untuk pergi ke parking lot . tanpa disedari , sebuah kereta d-max meluncur laju lalu merempuh nya dari arah belakang . tubuh shara terseret 300meter hingga menyebabkanya cedera teruk dan berada dalam keadaan koma selama beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir semasa faieq datang melawat buat kali pertama sejurus pulang dari penerbangan dari beijing .

Faieq menekup muka nya selepas terimbas kembali tragedi yang menyebabkan kematian shara . Faieq segera menyusun kembali kotak itu lalu menyembunyikan nya di suatu tempat . Dia enggan afielya terjumpa kotak itu jika berpindah masuk ke penthouse . Segala uniform , tagging dan semua maklumat pasal penerbangan turut disembunyikan nya di suatu tempat . Baginya , masih terlalu awal untuk afielya mengetahui pekerjaan sebenar nya . Sampai waktu , dia sendiri akan bagitahu afielya akan hal itu .

******************************

Meor memandang kad jemputan daripada faieq. Tersengih dia melihat tertera nama faieq asyraf .

' kahwin juga kawan aku ni ' kata meor walaupun seakan tidak percaya pada awalnya. Mana tidaknya , selepas kematian shara , faieq tidak pernah bercinta dengan mana mana anak gadis selepas itu . Cuma , yang menyukai faieq jangan cakaplah . Daripada pilot wanita syarikat lain , pramugari lagi lah banyak yang jatuh cinta dekat faieq.

Memandangkan ada dua hari lagi sebelum majlis perkahwinan , faieq kembali ke banglo keluarga nya untuk mengelakkan daripada dia kelam kabut dan menyusahkan keluarga nya membuat persiapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience