BAB 20

Romance Completed 47955

' aku takpandai bercinta
Aku tak indah bicara

Hanya manusia yang mengagumi mu
Walau takkan pernah ku miliki '

Bait lirik daripada lagu dikoyak waktu masuk ke hati syeikh . Dia memegang album polaroid nya yang penuh dengan gambar nya bersama Afielya . Dia memang sukakan dan cintakan afielya dari dahulu bahkan masih mencintai afielya walaupun gadis yang dipuja nya itu sudah sah menjadi milik orang lain . Syeikh bukan nya tidak pernah menunjukkan perasaan sebenarnya , dia sering beri 'hint' kepada afielya namun afiel sahaja tidak perasan benda itu . Dia menyelak satu persatu lembaran lembaran yang ada di album . Matanya terpandang pada satu gambar polaroid dimana dia bersama afielya bergambar di bawah eiffle tower . Gambar itu di ambil semasa mereka ada flight bersama ke france .

syeikh POV ;

Kalau lah aku lamar ' kau ' awal awal kan bagus . it is my fault also . Aku sayang kau afiel. Tapi kau kenapa tak sedar semua tu sebelum kau kahwin dulu ? Kenapa kau anggap aku kawan baik kau je ? Aku anggap kau lebih dari ' kawan baik ' . Aku tak sanggup kehilanggan kau lah . Kenapa lah macam ni. I wish i can turn back time . I wish i am the one who marry you . Aku hilang kawan baik dan orang paling aku cinta pada masa yang sama . Please reply my text afiel . I can accept kalau kau kahwin dengan orang lain. But please, jangan putuskan persahabatan kita .

End of pov .

Seseorang telah muncul dari belakang lalu menyergah syeikh yang sedang lepak rooftop. Naik cuak muka syeikh masa tu . Lagu yang sedang dipasang oleh syeikh menyebabkan kawan nya tergelak sakan.

' are you serious ? Kau dengar lagu macam ni ? Tangkap leleh woii '

' ha' ah apasal '

' tak sangka kau layan jugak lagu macam ni kan '
Syeikh hanya membiarkan pertanyaan rakan nya itu.

' Izinkan diriku lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya melupakan segala nya
Kini ku sendiri
hilang segala cinta realiti terluka disini '

******************************

' assalamualaikum Mak su. Atuk mana "

' waalaikumsalam . Ada kat dalam bilik dia. Kalau ya pun suruh lah laki hang tu naik rumah dulu '

' hahahaha yala maksu '
Mak su berlalu masuk ke dalam rumah .

' faieq. Naik lah '

' tak tengok ke laki kau yang hensem ni tengah bawa keluar beg nak bawa naik ke rumah? '

' nampak. Cuma saja pelawa. Manalah tahu malu malu kucing nak masuk rumah atuk '

' takda makna nya nak malu '

Afielya segera masuk ke dalam rumah diikuti dengan suami nya. Beg bagasi diletakkan sahaja dulu di ruang tamu. Mereka bergegas ke bilik atuk ahmad untuk melihat keadaan Atuk nya yang dikhabarkan sedang sakit itu .

' assalamualaikum atuk '

' waalaikumsalam. Sampai pun cucu atuk dengan laki dia '
Afielya menyalam Tuk mat diikuti oleh faieq .

' maaflah afiel. Haritu atuk tak dapat datang majlis kamu. Tahu la orang tua gerak sikit sakit belakang , sakit kaki , sakit sendi , ini lah itu lah '
Perbualan panjang mereka terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta dari luar.

' hah tu mesti mama dengan afiena ' teka faieq

Sekejap sahaja , mama , afiena dan meor sudah berada di depan pintu bilik atuk . Faieq hairan melihat kehadiran meor yang ada disitu . Macam mana pulak meor ni boleh ada sekali ?

Faieq membiarkan mama , afielya dan afiena berada di dalam bilik itu bersama atuk ahmad. Dia memberi isyarat mata agar meor mengekori nya keluar . Ada nak buat perhitungan . Meor sudah tidak tentu arah . Habislah dia kali ni oleh faieq.

' dude , kau apahal boleh join mama dengan ipar aku ke sini '

' hm macam ni . Afiena call aku minta tolong drive ke perak . Dia tak berani drive jauh sangat. Tu aku tolong tu. Lagipun dia kata kau ada sekali '

' ohh cemtu. Aku ingat kau ada affair dengan ipar aku '

' kalau memang ada something macam mana '

Meor mengangkat kening nya sebelah.

' aku tak kisah. Asalkan kau jaga afiena tu '

Jawab faieq memberi keizinan kepada meor . Ingin sahaja meor melonjak keriangan . Meor menukar topik perbualan kepada situasi faieq yang masih belum berterus terang tentang kerja sebenar nya .

' sampai bila nak tipu afielya dude? '

' selama mana yang boleh '

Jawabnya selamba sambil duduk di sofa . Dia mencapai remote tv lalu menukar channel ke 103 yang menayangkan drama ' rindu awak 200% '

' faieq. Kau nak tahu something tak ni '

' apa dia '

' kalau kau nak tahu . Rumah tangga korang dengan armel n zill dalam drama ni hampir sama tahu tak '

' ha ' ah aku pun perasan jugak benda ni '

Mereka ketawa terbahak bahak walaupun mak su sudah kelihatan sedang mengangkat dulang yang berisi minuman dan kuih muih .

Afielya dan afiena kemudian nya keluar meninggalkan bilik dan kemudian nya ke ruang tamu . Masing-masing duduk bersebelahan dengan pasangan . Afiena pula dengan selamba duduk di sebelah meor .

' ehem afien . Ada benda tak cerita dekat akak heih? '

' kalau sayang nak tahu , kawan abang dengan afien ni dah together gether dah '

Blushing dibuat nya afiena dan meor . Rahsia yang disimpan sebaik mungkin akhirnya terbongkar dek kerana afiena selama duduk bersebelahan dengan meor. Meor pula dengan selamba meletakkan tangan nya di bahu afien. Nasib baik mama tak tengok .

*****************************

' weh korang tahu tak siapa bini pilot hot kita tu '

' siapa '

' bini dia tu pilot jugak tahu tak. Tapi kat mas airlines '

' apa nama dia '

' emelda afielya '

' ohh memang padanlah diorang. Afielya tu memang lawa tahu tak . Aku pernah terserempak dengan dia dulu '

' aku lagi lawa '

' aku serious ni. Takde pramugari antara kita ni yang lawa dari afielya tu . Dia memang superb '

Faieq dan afielya menjadi topik bualan hangat di group whatsapp pramugari pramugari air asia oleh para admire faieq asyraf .

Telefon afielya tidak henti henti berdering . Afielya membiarkan nya sahaja . Baginya family first . Lagipun dia ada di kampung atuk nya . Tak manis bila dengan ahli keluarga asyik dekat phone sahaja . Tambahan pula , dia tahu syeikh yang menelefon nya. Dia malas hendak menjawab panggilan itu . Semenjak insiden di apron , syeikh asyik menelefon nya tidak kira waktu dan tempat namun diendahkannya sahaja. Pesanan ringkas syeikh supaya afielya menghubungi nya semula turut diendahkan begitu sahaja .
Afielya sendiri tidak tahu mengapa dia perlakukan syeikh iaitu kawan baik nya sendiri sebegitu rupa . Dia sudah lama memaafkan kelakuan syeikh yang terlalu open . Mungkin disebabkan syeikh kawan baiknya sendiri perasaan marah sedikit masih ada melekat keras di dalam hatinya . Dia memang tidak menjangka bahawa syeikh sebenarnya suka akan dirinya . Pada awalnya , dia memang tidak boleh menerima kenyataan daripada syeikh .

Afielya berdiri di hadapan meja solek nya lalu cuba menyanggul rambut ikal nya . Afiena turut berada dalam bilik itu menemani kakak nya . Faieq dan meeor pula entah hilang kemana . Semenjak pagi sampailah ke petang batang hidung mereka tidak kelihatan . Menurut mak su , mereka ke dusun atuk di hujung kampung .

' afien '

' apa '

' ingat syeikh tak '

' kawan baik akak tu kan. Yang haritu pernah datang rumah masa raya tahun lalu '

' yapp . Nak tahu something tak '

' mestilah '

' dia pernah ngaku dekat apron haritu yang dia sukakan akak. Tapi akak buat tak dengar. Pastu masa kat dalam kokpit dia ngaku sekali lagi . Masa akak kahwin haritu dia macam tak terima kenyataan '

' are you kidding me sis ? Dia kan kawan baik akak '

' akak memang anggap dia kawan baik. Tapi dia anggap akak lebih dari tu and now dia asyik contact akak nak minta maaf lepastu nak kawan balik '

' dahlah tu. Kawan jela balik dengan syeikh '

Nasihat afiena .

Sedar tak sedar , meor dan faieq sudah 5minit terpacul di pintu bilik . Mereka mendengar segala perbualan adik beradik kembar itu . Terlopong mulut mereka mendengar nama syeikh menjadi sebutan . Sebelum pecah tembelang , baik angkat kaki dahulu dari sini . Meor dan faieq pergi ke dapur lalu berbual tentang identiti syeikh.

' faieq. Kau rasa siapa syeikh '

' ntahlah. Dia ada kata kawan baik dia kan '

' kau sendiri dengar afiel ada terangkan yang syeikh tu suka dia '

' hmm ya tak ya . Kau tahu tak ni afiel kerja apa meor '

' sama macam kita kan. Afiena bagitahu aku. Kau bila tahu benda ni '

' baru baru ni jugak. Tu pun aku tanya awek kau , afiena '

Tiba tiba mak su muncul . Perbualan mereka terhenti secara automatik.
Mama pula tidak lain tidak bukan duduk bersama atuk di pangkin kat bawah pokok depan rumah atuk . mama betul betul ingin meluangkan masa yang ada dengan tuk wan selama seminggu ini memandangkan mama jarang dapat balik lama kat sini jumpa atuk .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience