BAB 25

Romance Completed 47952

Lima gambar tersusun rapi untuk dijadikan sasaran cucukan dart oleh syeikh . Dimulai dengan gambar mama afielya , mama faieq , afiena , meor and lastly faieq . Sasaran disusun mengikut tahap kebencian yang meluap luap dalam diri nya . Setiap kali balingan dart itu Tepat mengenai sasaran dia akan melonjak girang seperti pesakit gila yang terlupa diberikan antidot . Semenjak mendapat tahu afielya sedang berbulan madu bersama faieq , tahap kegilaan syeikh semakin menjadi jadi .

" aku dah tak boleh tunggu lagi . Aku kena buat benda yang aku sudah rancang . Afielya kena jadi hak aku walaupun akan ada pertumpahan darah berlaku " Kata syeikh .

Langkah diatur
Oleh si para pencatur

syeikh menunggu masa yang tepat dan sesuai untuk meneruskan rancangan jahat nya terhadap keluarga afielya .
Malam itu juga , pintu belakang rumah di cungkil tanpa disedari . Kedua dua penghuni sudah berlayar kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 2 pagi .
Anak tangga didaki sesenyap dan secepat yang boleh . Di tangan syeikh sudah tersedia sapu tangan dan cairan yang boleh memengsan seseorang . Pintu bilik afiena dikuak secara perlahan , tubuh afiena direntap kasar sebelum afiena dipengsan menggunakan cairan itu . Tubuh afiena di angkat oleh salah seorang rakan subahat syeikh untuk turun ke kereta .

" kalau lah kau ni baik hati nak gantikan kakak kau nikah dulu kan bagus . Taklah jadi macam ni . Sebab kau taknak ganti lah dia dah jadi bini faieq kau tahu tak perempuan "

Mangsa seterusnya adalah mama kepada afielya . Syeikh membuka satu persatu pintu yang ada di tingkat dua rumah itu . Pintu keempat dibuka dan itulah bilik mama afielya . Tindakan sama dilakukan untuk memengsan kan wanita berusia itu .

" sebab kau paksa afielya lah afielya kahwin dengan faieq . Sebab kau yang jodohkan dia lah dia terpaksa tunduk . Orang tua bodoh !! "

Bangun sahaja pada pagi itu
Pandangan menjadi kelam .
Hanya cahaya samar yang ada.
Itupun cuma hasil daripada cahaya matahari yang masuk melalui lubang kecil di rumah buruk itu .

Afiena mengusap mata nya .
Masih belum perasan akan perbezaan tempat dia tidur semalam dan tempat pagi itu .

Krakkkkkkk ( bunyi papan reput yang dipijak )

Bunyi itu mengejutkan afiena yang masih mamai . Membulat mata afiena melihat lokasi di mana dia berada sekarang .
Mama , masih ada di hadapan mata . Masih tidur terlentang seperti tiada apa berlaku .

" aku dekat mana ni . Kenapa aku kat sini . Semalam aku tidur kat katil aku . Tapi kenapa bila bangun aku dekat rumah buruk ni . Apa sebenarnya yang dah jadi ? "

Afiena bersandar pada kerusi rotan yang ada di dalam bilik kosong itu . afiena berdehem disebabkan debu debu yang memenuhi bilik usang itu sehinggakan mama nya terbangun .

" mama "

" afiena "

" kita dekat mana ni "

" tak tahu ma . Afien bangun tadi kita dah ada kat sini "

Afiena bangun lalu berjalan menuju ke pintu . Ditarik dan ditolak nya pintu itu namun tidak berjaya . Pintu itu dikunci dari luar

Bunyi tapak kaki seseorang berjalan semakin menghampiri ruang tersebut . Afiena berlari menuju kearah mama dan segera memeluk erat semasa pintu dibuka dengan kasar .

Terkejut afiena dan mamanya ketika melihat orang yang berada di hadapan mereka ini.

Sheikh !!!!!!

" good morning auntie and my future sister "

" go..oddd moorrrn iingg "

" abang syeikh? Why you do this to us ? Apa salah mama dengan afiena kat abang ? Kami layan abang selama ni baik je kan "

" baik memang baik . Tapi , kamu lah punca afielya jadi hak orang lain sekarang . Sepatut nya afielya hak aku "

" dengar cakap aunty sheikh . Dah memang jodoh dia dengan faieq . Kita dah tak boleh buat apa "

" yang aunty pergi jodohkan dia dengan faieq jantan tak guna tu kenapaa . Why aunty whyyy "

Herdikan syeikh membuat afiena dan mamanya terdiam dan tak mampu untuk menjawab lagi .

" Korang berdua tunggu lah sini sampai bila bila . Aku cuma akan lepaskan aunty dengan afiena bila afielya jadi hak aku semula . Selamat tinggal aunty "

******************************

No telefon afiena didail oleh meor berulang kali namun tidak berjawab . Mereka berjanji untuk bertemu pada pukul 10 pagi dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari . Afiena seorang yang on-time , namun yang menghairankan meor adalah , mengapa afiena lambat dan tidak mengangkat panggilan nya .
Meor yang mula tidak sedap hati membuat keputusan untuk pergi ke rumah afiena untuk melihat keadaan di sana . seperti ada sesuatu yang mendorongnya untuk pergi ke sana .

Tiba sahaja di hadapan rumah , pagar villa sudah terbuka luas namun kereta afiena masih ada diletakkan di car park biasa . Meor cuba untuk membuka pintu utama dan berjaya . Meor hairan dengan situasi ini kerana pintu rumah biasanya akan dikunci dari dalam walaupun ada penghuni .

" assalamualaikum "

" assalamualaikum "

" assalamualaikum . Aunty ? Afiena? "

Tiada sahutan diterima .

Meor pov ;

" apasal afien dan aunty biarkan rumah tak kunci ni . Kan bahaya. Kot kot ada perompak ke apa . Kan susah . Hmm mana aunty dengan afiena pegi ni . Baik aku check kat ruang tamu atas "

Mata meor terbeliak melihat keadaan tingkat dua villa itu apabila kebanyakan barang yang sebelum ini tersusun rapi di rak sudaj jatuh bertaburan di lantai . Pintu bilik afiena pula terbuka luas . Kaki nya melangkah masuk ke bilik itu untuk mencari afiena . Selimut berwarna putih dan cadar yang berwarna putih sudah tidak berada di katil . Kini sudah berada di lantai . Meor mencapai cadar itu lalu diletakkan nya di atas katil sebelum bermonolog sendiri.

" apa yang dah jadi kat diorang dua ni . Aduh afiena aunty mana korang ni . Perlu ke aku call afielya n faieq yang tengah berbulan madu ni. Adusss serbah salah dibuat nya !!! Baik aku call polis dulu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience