BAB 16

Romance Completed 47952

Faieq bangun lebih awal pada subuh itu untuk menunaikan solat fardhu subuh . Dia mengambil wuduk lalu menyiapkan diri untuk solat . Sebelum itu dia membangunkan afielya kerana dia sedar kali ini dia sudah menjadi imam kepada seseorang selepas membina sebuah masjid kemarin .

' sayang . Wake up . Jom solat subuh jemaah '

' hmm ya . Tunggu jap '

Afielya menggosok mata nya lalu pergi ke tandas untuk mengambil wuduk . Selepas itu , dicapai nya telekung . Sejadah sudah di bentang terlebih dahulu oleh suami nya . Subuh itu merupakan kali pertama afielya solat jemaah bersama lelaki yang bergelar suami .

Jam menunjukkan pukul 7 pagi dimana villa keluarga afielya sudah hening dengan suara sanak saudara . Lebih-lebih lagi kerana hari ini merupakan hari resepsi perkahwinan nya yang akan diadakan di hotel yang sudah ditempah khas . Awal pagi lagi cik kem sudah muncul di muka pintu dengan membimbit beg make up nya manakala persalinan pertama pengantin di bawa oleh pembantu nya .

' afielya . Baring sini . Cik kem nak make up ni. Kena cepat . Hmm kau faieq ambil baju tu then tukar baju dulu '

Arah cik kem .

Afielya baring di katil lalu memejamkan mata nya . Cik kem pun membuat kerja nya dengan pantas .

' muka kau ni afielya tak perlu heavy make up . Memang dah cantik. Kulit pun cerah '

' yaka cik kem . For me biasa je
'

' betul lah. Flawless kau ni . Muka bersih. Takperlu letak bedak tebal tebal '

Selepas 45minit di make up , wajah afielya bertambah cantik dengan sentuhan make up daripada cik kem . Cik kem menyerahkan baju pengantin kepada afielya untuk ditukar.

Faieq yang duduk di kerusi menunggu merenung wajah isterinya itu sebelum cik kem menganggu .

' dah dah jangan pandang lagi. Aku nak touch up kau sikit. Biar tambah hensem '

Cik kem hanya meletakkan sedikit bedak di wajah faieq .

Afiena yang entah dari mana datang nya tiba2 meluru masuk ke bilik lalu meminta pertolongan cik kem make up kan wajah nya . Terkejut cik kem melihat wajah afiena yang persis seperti kakak nya . Meoor turut masuk ke bilik tersebut lalu meminta faieq membetulkan butang baju nya . Baju yang dikenakan oleh meor dan afiena memang sedondon. Faieq dan afielya yang menempa khas baju-baju pengapit tersebut.

Setelah bersiap , kesemua mereka bertolak ke hotel yang dijanjikan .

*****************************

Setibanya di hadapan hotel , mereka disambut dengan persembahan khas silat gayong lalu diikuti dengan perarakan masuk . Faieq dan afielya bersanding pada hari itu dengan persalinan pertama berwarna putih manakala pengapit lelaki memakai tueksedo berwarna hitam dan afiena memakai gaun berwarna hitam .

Majlis resepsi mereka dihadiri oleh ramai tetamu , sanak saudara , kawan sekerja serta rakan sekolah dahulu . Majlis mereka turut di hiburkan dengan persembahan nyanyian daripada adira dan ayda jebat .

Senyuman tidak lekang dari bibir mereka kerana di ingatkan oleh cik kem yang diorang kena sentiasa senyum kepada tetamu yang hadir .

' you . Mulut i ni macam nak jammed sebab senyum terus ' bisik afielya

' sabarlah . Petang rehat jap. Malam baru kita kena senyum lagi ' balas faieq.

Tepat pukul 5 petang , Majlis dihentikan untuk sementara waktu dan akan disambung pada 8 malam bagi memberi ruang kepada pengantin serta pengapit ruang untuk berehat dan melepaskan lelah .

*****************************

Suasana majlis di malam hari juga lebih meriah . tetamu semakin bertambah bagi memeriahkan majlis.

Mama dan mama mertua afielya juga tidak henti-henti menyalami tetamu yang hadir sebagai tanda menghormati tetamu .

Majlis di akhiri pada malam itu dengan sesi pemotongan kek serta persembahan nyanyian oleh faieq yang didedikasikan buat afielya .

' aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Meski jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyat nya ,
cintaku kepada kamu
Aku mohin jangan pergi
Menyiksa ku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia '

Afielya tidak dapat menahan sebak dan touching mendengar alunan suara faieq yang tidak disangka sangka berbakat dalam bidang nyanyian.

Setelah majlis berakhir, kesemua mereka check in ke bilik yang di booking khas . Keesokan hari nya barulah mereka akan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience