BAB 17

Romance Completed 47952

Afielya menyatakan kehairanan tentang suami nya . Dia hairan dengan perangai suaminya yang masih santai di sofa sambil menonton televisyen siap boleh gelak lagi . Sudah 4 hari majlis resepsi berlalu , namun faieq masih terperap di rumah seperti orang yang tidak bekerja . mana tidak nya , orang lain cuti kahwin dalam 2-3 hari sahaja , laki dia pula cuti sampai seminggu . Ada kalanya dia sendiri curious tentang faieq . dia tidak ingin kalau dia pula yang menampung kehidupan mereka berdua.

' laki aku ni sebenarnya kerja atau tidak ni ' fikir nya .

Afielya memberanikan diri untuk bertanya .

' you . Tak kerja ke '

' lusa baru kerja. Tu pun outstation ke sabah ' jawab faieq dengan nada selamba .

' ohh ' jawapan ringkas diberikan oleh afielya.

Faieq juga sendiri tertanya tanya tentang pekerjaan isteri nya yang sebenar . Namun afielya juga sama merahsiahkan pekerjaan sebenarnya . Afielya cuma beritahu bahawa minggu depan baru dia akan bekerja dan akan ke luar dari bandaraya kuala Lumpur . Senang kata outstation jugak.

' sayang. Esok kita pindah ke penthouse k . Malu pulak nak duduk lama kat villa mama ' pelawa faieq.
Afielya tidak menolak memandangkan seorang isteri tidak boleh membantah arahan suami . Lagipun , dia sudah berkahwin . Takkan nak tinggal dengan mama lagi .

Afiena sedang bergelak ketawa di dapur seperti orang sasau . Asyik sungguh dia on the phone dengan pilot idaman nya iaitu meorr kawan baik abang ipar nya. Dalam diam , mereka sering berhubung dalam semenjak dua menjak ini tanpa pengetahuan sesiapa . Meor dan afiena memang suka sama suka . Bercinta atau tidak , mereka berdua hanya merahsiakan tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah afielya dan faieq.

Pada malam hari itu , afielya sedang asyik melipat dan memasukkan segala pakaian nya dan suami ke dalam bagasi sambil ditemani oleh faieq yang duduk mengganggu nya.

' you jangan lah kacau. Afielya dah kemas kan '

' alah . Abang tak sengaja '

Afielya menyambung kerjanya walaupun faieq masih ligat mengacau pakaian yang sudah dimasukkan ke dalam bagasi.

' abang . Kan lagi bagus kalau bantu sayang kemas hadiah sana tu ' kata afielya sambil memuncungkan mulut nya menunjukkan arah hadiah2 itu.

*****************************

Keesokan paginya , faieq ligat mengangkat dan memasukkan semua barang ke dalam kereta. Afielya mengekori nya dari belakang sambil mengangkat dan membimbit beberapa buah kotak dan satu beg kecil . Pagi itu cuma tinggal afielya dan faieq sahaja memandangkan mama sudah pergi ke butik , afiena pula entah hilang kemana.
Semasa di dalam perjalanan , sepi sahaja di dalam kereta. Masing-masing enggan buka mulut dan memulakan perbualan.

Setelah 30minit , mereka tiba di penthouse yang sudah diduduki oleh faieq semenjak 2 tahun lalu . Dua bagasi , dua kotak , 1 beg kecil sekali angkat sahaja untuk naik ke rumah mereka yang terletak di tingkat 18 .

Setiba nya di hadapan pintu , faieq mengarahkan afielya untuk mengambil kunci di poket nya lalu membuka pintu .
Setelah membuka pintu , terbeliak mata afielya melihat ruang rumah itu yang agak besar . Itu baru ruang tamu .

Dia terpegun dengan kecantikan penthouse yang dimiliki oleh suami nya . Dia semakin hairan dengan pekerjaan suaminya . Bagi nya , bukan calang-calang orang mampu beli penthouse ni . Mata afielya ligat memerhati kawasan ruang tamu rumah sebelum keluar sebentar ke beranda yang mampu menampakkan kawasan penthouse yang ada disitu . Dia terpegun dengan keindahan alam yang terpampang di depan mata nya . Dia semakin semangat untuk naik ke tingkat atas untuk melihat masterbedroom sekaligus memerhati keseluruhan kawasan rumah .

Faieq hanya geleng kepala melihat gelagat isteri nya itu . Faieq mengikuti isterinya sambil mengangkat naik satu bagasi yang belum di bawa naik oleh nya .

Afielya masih lagi tertanya tanya dengan kerjaya sebenar lelaki yang bernama faieq asyraf itu . Pada masa yang sama , dia juga memikirkan cara untuk memberitahu faieq tentang pekerjaa sebenar nya .

Afielya POV ;

Penthouse punya lah besar .

Tapi duduk dua orang je . Rumah ni boleh muat 3 keluarga kot . Ni mesti letih bila nak bersihkan . Silap-silap rumah ni macam besar sikit dari villa family . Boleh patah dua badan kalau macam ni . Aku dahlah jenis tak suka kemas rumah besar macam ni Kan bagus kalau faieq upah maid '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience