BAB 23

Romance Completed 47955

niat untuk memberitahu faieq tentang pekerjaan sebenarnya di abaikan dahulu memandangkan faieq kelihatan terlalu letih dan tidak bermaya . sepertinya faieq habis menghadapi malam yang terlalu memenatkan. pulang sahaja ke rumah , faieq menyerahkan ais krim pasu yang dipesan oleh afielya lalu meminta izin untuk naik ke bilik bagi merehatkan diri . afielya yang tidak tahu menahu apa-apa tentang pertemuan faieq dan syeikh tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menikmati makanan yang dipesan nya . faieq yang usai membersihkan diri dan menunaikan solat isyak berbaring di atas katil lalu memikirkan tentang hal syeikh.

fikiran nya hanya menerawang memikirkan apakah yang perlu dia lakukan untuk menghentikan Syeikh yang keras kepala itu ? Puas dia cuba untuk melelapkan mata yang sudah berat , namun tidak berjaya .

Keesokan harinya , afielya dan faieq sarapan bersama sama . Masing-masing tidak mempunyai jadual penerbangan pada minggu itu . Ini merupakan peluang keemasan untuk afielya mengakui kerjaya sebenar nya .

' awak . Saya nak cakap sikit ni '

' apa dia sayang '

' sebelum ni sayang tak pernah beritahu kan sayang kerja apa? '

' ya '

' actually , i'm a pilot '

' dah tahu dah . Afien bagitahu '

Lega sedikit hati afielya selepas mengakui apa yang selama ini dirahsiakan nya . Faieq mengubah topik kepada ' HONEYMOON '
Sudah tiga bulan lebih kahwin , barulah faieq ada masa untuk mengatur masa mengajak afielya pergi bulan madu . Pada awal nya afielya menolak . Namun, setelah dipujuk berulang kali barulah dia beralah .

' so bila nak pergi '

' dalam dua hari lagi . Abang dah booking ticket '

' uish rajin nya booking awal '

' anything for my wife '

' ingat sweet lettew '

Afielya POV /

Laki aku ni tak nak mengaku jugak ke dia ni kerja apa . Aku dah mengaku , takkan dia tak nak mengaku pulak . Mana boleh macam ni . Heishh mamat ni eiiii . Ada yang aku cepuk taklama ni .

End of pov.

Geram afielya dibuatnya. Faieq tidak menunjukkan minat untuk jujur tentang kerjaya sebenarnya . Afielya menggumam tanda tidak puas hati .

' sayang '

' yes '

' sebenarnya... '

' apa ? You nak kahwin lagi satu ? '

' bukan. Sebenarnya.... '

Tiba-tiba afielya menerima panggilan daripada afiena . Afiena mengkhabarkan tentang dia menerima panggilan bekerja di hospital sebagai doktor pakar. Tidak sia-sia dia dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara selama beberapa tahun . Akhirnya membuahkan hasil. Si kakak menjadi pilot , si adik menjadi doktor pakar.
Afielya begitu gembira dengan perkhabaran yang baru sahaja diterima nya . Mana tidak nya kalau selepas 3 bulan tamat belajar baru afiena dapat panggilan bekerja . Selepas ni tidak lah afiena mereput sahaja di rumah atau pun keluar dating dengan meor bila free.
Tanpa disedari faieq dari tadi merenung wajah afielya . Baru sahaja hendak mengaku , ada sahaja halangan .

' sayang. Sebenarnya abang pun pilot. Tapi dekat air asia '

Roti yang dipegang pada tangan afielya sengaja afielya jatuhkan. Konon nya terkejut lah . Selepas ini tidak akan ada lagi keluar bekerja sembunyi-sembunyi pakai uniform . Masing-masing berasa lega selepas jujur antara satu sama lain.

****************************

Hari yang dinanti nantikan telah pun tiba . Faieq memasukkan bagasi yang sudah dikemaskan oleh afielya semalam ke dalam bonet kereta . Selepas 3 bulan baru dapat HONEYMOON .

Lokasi pilihan faieq adalah pulau maldives . Faieq tahu maldives merupakan pusat percutian yang sangat di idamkan oleh afielya . Semua itu hasil daripada mulut becok afiena yang tidak boleh simpan rahsia .

Faieq yang memang sudah menempah tiket 2 hari lebih awal memudahkan urusan mereka . Kecil molek sahaja afielya berdiri di sebelah faieq .
Mereka menaiki penerbangan Malaysia airlines . Tidak hairanlah jika afielya dikenali oleh pramugara pramugari mahupun cabin crew penerbangan.

' hei afielya. Tak sangka ehh laki kau rupanya captain faieq '

' aku sendiri pun tak sangka laki aku ni pilot jugak . Tiga bulan tahu tak kita orang sembunyikan kerjaya masing-masing '

Afielya menjeling manja kepada faieq yang duduk di sebelahnya . Faieq apa lagi , siap membalas jelingan maut . Tercuit hati pramugari yang bertugas dengan gelagat afielya dan faieq.

Menurut afielya , kalau sebelum ni diorang asyik duduk dekat kokpit apa salahnya kali ni jadi penumpang . Dapatlah rehat kan diri walaupun punggung akan kebas duduk dalam flight lebih dari 8 jam.

Afiena sedang sibuk membuat kerja kerja akhir sebelum mula bekerja esok . Kadang kala dia sempat jugak membalas whatsapp daripada kekasih iaitu meorr . Terlalu asyik membuat kerja sehinggakan tidak perasan akan kehadiran mama nya yang dari tadi asyik duduk di belakang memerhati gelagatnya yang tersenyum kambing bila menerima pesanan ringkas .

' hah kamu fiena. Bila si meor tu nak masuk meminang. Dia tu serius ke tidak dengan kamu '

' tak tahu lagi lah mama. Nampak gaya macam serious. Sebelum apa-apa dia nak bawak fien jumpa parents dia dulu untuk kenal-kenal '

' baguslah kalau macam tu. Mama pun suka kalau kamu dengan dia. Taklah mama risau sangat. Ingat , kamu tu perempuan . Kena pandai jaga maruah '

' ya mama . Afien tahu . Fien tahu tanggungjawab fien sebagai seorang anak '

Jawapan daripada afiena menenangkan hati mama nya . Selepas ini tidaklah terlalu risau dengan anak gadisnya itu . Lagipun dia tahu dengan siapa anak nya itu bercinta sekarang . Budak meoor tu pun nampak baik dan sopan bila berkunjung ke rumah ataupun menghantar afiena pulang ke rumah.

Sepanjang di dalam flight , afielya hanya tidur makan dan kadang-kadang menyakat faieq . Itu sahaja aktiviti di ulangi nya sepanjang di dalam kapal terbang. Afielya terlalu excited apabila faieq memilih pulau maldives sebagai lokasi bulan madu mereka . Sudahlah suasana pulau itu menenangkan , ditambah lagi dengan air laut yang biru , pantai yang bersih dan homestay yang menenangkan. Semua itu dia ketahui kerana gemar melihat gambar-gambar pulau maldives melalui khidmat Encil google.

****************************

Panas hati syeikh apabila dia stalk instagram milik afielya , dia ternampak afielya upload gambarnya dengan faieq semasa di airport . Belum membaca caption sudah panas . Kalau lah dia baca caption gambar itu , mahu nya dia terbakar di situ .

' afielya milik aku lah '

Dia berkata begitu lalu melepaskan penumbuk ke tiang yang ada d dalam rumah nya .

Syeikh pov //

' tidak akan ada sesiapa pun yang mampu pisahkan kita berdua lah afieyla. Aku akan dapatkan kau balik dengan apa cara sekalipun . Kau tetap akan jadi milik aku lambat laun kelak . Kau adalah jodoh aku . Jodoh kau bukan dengan mamat yang bernama faieq asyraf itu. Aku akan tunggu kau walau lama macam mana pun. You are mine afieyla Mine!!!!! . Kau ingat senang-senang kau jauhkan diri dari aku ke afielya . Kau dah buat aku jatuh hati. Kau kena jadi milik aku.

End of pov .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience