Bab 12

Romance Series 13680

Puasaku di Hari pertama sungguh2 aku harungi.Dengan niat puasa kerana Allah ibadah puasaku di permudahkan.Aku tetap bertenaga,Sepanjang hari aku mengisi masa dengan belajar mengaji dan solat.

Bila aku teringat kisah silamku,air mataku mengalir deras,sungguh aku terlalu banyak melakukan dosa,Aku sentiasa berdoa semoga taubatku di terima Allah.

Aku tidak kisah jika manusia tidak dapat menerima diriku kerana masa silamku.Walaupun aku saudara baru di dalam Agama Islam, Sungguh aku sangat takut jika Allah S.W.T tidak menerimaku.Sesungguhnya aku sangat takut dengan azab api nerakanya.

~~~~~

Farid menghampiri Nurul yang sedang meletakkan bekas2 kuih untuk juadah berbuka puasa para jemaah masjid.

"Nurul Siapa perempuan yang dengan nurul tu,tak pernah nampak pun sebelum ni.."Soal farid sambil memandang mandang kearah gadis berjubah hijau lumut yang sedang sebuk menyusun gelas air minuman.

"Oh tu anak angkat umie,penghuni baru Madrasah.."Jawab nurul sambil melihat sekali kearah pandangan mata Farid.

"Oh..orang baru.."Panjang oh yang keluar dari mulut farid.Nurul tersengeh melihat gelagat lelaki di sebelahnya itu.Lelaki nampak perempuan cantik memang tak lepas di pandang.

"Kenapa?Dah jatuh hati ke?"Saja Nurul menyakat farid.Walhal lelaki itu lah yang di sukainya dalam diam.

"Tak lah...cuma wajahnya...tak macam melayu tulen...Dia convert ke?"soal farid lagi.

"Aah,dia lah saudara baru kita seislam...cantik kan kak umairah tu.."Nurul memuji ikhlas.

"Oh umairah namanya.."Farid mengangguk sambil tersenyum.

"Okey lah,nurul balik dulu..Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam..."Jawab farid sambil memandang nurul bersama umairah berlalu pergi.

~~~

Selepas azan magrib berkumandang kami berbuka dengan sebiji kurma dahulu dan minum secawan teh O panas.Selesai solat magrib berjemaah di rumah Umie baru kami makan juadah berbuka.

Selera betul aku dengan masakkan Umie.Ikan bakar cecah air asam,kerabu mangga,sayur kailan ikan masin,dan sambal udang serta kuih keria dan apam susu.Alhamdulillah.

Dan seperti biasa kami akan ke masjid bersama sama untuk mengerjakan solat terawih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience