Bab 6

Romance Series 13680

Aku mengeluh berat.Time2 macam ni lah dia buat hal.Line takda pula saat ini.Tayar pula pancit di tepi jalan dengan cuaca panas terik.Demi melepaskan geram aku menendang tayar kereta ferariku kuat.

"Aduh...shitt!!"Jeritku.

Kereta tak banyak yang lalu di saat ini,kalau ada pun Masing2 mengejar masa mungkin.Asal aku tahan semua tak nak berhenti.

Tiba2 berhenti kereta perdana di hadapan keretaku.Yang ni pelik kita tak tahan kereta dia, dia berhenti sendiri.

Keluar seorang lelaki bersongkok.Leka aku memerhatikannya.

"Ada masalah ke cik?"Soalnya kepadaku.Aku yang kalut dok perati wajahnya cepat2 tersedar dari lamunan.

"Er...tayar kereta i pancit,nak call kawan line takda pula saat kecemasan macam ni.."Jawabku gugup.

"Kalau cik tak keberatan saya boleh tolong tukarkan tayar."Katanya lembut dengan senyuman.Walaupun matanya tidak memandangku cukup buat aku terpesona.

"Tak menyusahkan ke?"Soalku buntu.

"Tidak Inn shaa Allah.."Kata2nya membuatkan dadaku berombak kencang.

"Baiklah.."Terus saja aku membuka bonet kereta.Segala peralatan aku serahkan padanya.

Selepas melipat lengan baju kemejanya dia memulakan tugasnya membantuku.Aku hanya memerhati.Entah kenapa secara spontan aku mengambil gambarnya secara curi2 yang sedang gigih mengantikan tayar keretaku.

Hampir 30min akhirnya selesai.Aku menghela nafas lega.

"Siap.."Katanya terus bangun dan menyusun peralatan di bonet keretaku.

"Tangan you hitam...i ada air dalam botol ni boleh la buat basuh tangan you tu.."Kataku sambil mengambil air botol mineral tersebut.

"Terima kasih.."Tuturnya lembut.Tangan sasa itu aku siramkan dengan air.Sempat mataku meratah wajah lelaki itu dengan lebih dekat.Kalau tidak silap dia ni macam lelaki yang kat kedai mamak tempoh hari.Bisik hatiku...

"Thanks sebab tolong i,kalau tidak tak tahu lah apa jadi dengan i kat sini dengan line takda nak call siapa2.."Kataku panjang lebar.

"Sama2..Saya Azlan Shah.Mungkin hari ni hari awak,esok lusa kita tak tahu kan.Mungkin hari saya pula."Jawabnya sambil tersenyum.Alahai lagi tadi senyum aje kerjanya.Bisik hatiku bagai terpikat melihat senyuman itu.

"I vivian..nice to meet you...erm..by the way thanks a lot...amik ni sebagai balasan you tolong i tadi.."Kataku sambil menghulur not seratus 3 keping.

"Eh takpa saya tolong ikhlas...saya rasa saya macam pernah jumpa awak lah...ni gelang awak ke?"Katanya sambil menolak pemberianku dan menunjukkan gelang tangan kristalku yang sudah lama hilang entah ke mana.

"Aah..ni gelang i,mana you jumpa?"Soalku pelik.

"Kita pernah terserempak,gelang ni tercicir,saya nak pulang tapi tak berkesempatan saja padahal banyak kali juga kita selisih.."terangnya panjang lebar.

"Thank you so much.Lama i cari gelang ni.."kataku penuh teruja.

"Sama2...saya minta diri dulu ya,jaga diri.."Pesannya selepas berpamitan..

Aku hanya memandang kereta perdana itu beredar pergi.

"Azlan Shah...."Bibirku menyebut nama tersebut.Aku tepuk dahi kenapa lah tadi tak minta no fon dia.Terus saja aku memecut kereta ferariku ke distinasi yang ingin di tuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience