Bab 20

Romance Series 13680

Kereta ferariku,ku parking di laman rumah Umie.Susan di sebelah sudah melopong kerana teruja dengan suasana malam raya di kampung.Sungguh aku juga merindui suasana ini sejak 3 tahun lalu.

"Meriahnya suasana kampung.Kenapa lah you tak bawa i datang sini dari dulu Umairah.."Susan memandangku.

"Dah jom turun.I pun rindu tau suasana ni.."kataku terus memberi salam.

Selepas menjawab salam lelaki itu tersenyum melihatku.Muncul Umie dan nurul di muka pintu terus berlari memelukku.

"Rindunya Umie kat Umairah,kenapa baru sekarang muncul,kalau Shah tak jumpa Umairah kat KL memang Umairah dah tak nak datang sini ke?"Soal Umie sedih.Serba salah aku dibuatnya.

"Nurul pun rindu kat akak,sampai hati lost contact dengan Nurul."Muncung gadis itu sudah sedepa.

"Umairah minta maaf ye Umie ,nurul,er..ni umairah kenalkan kawan Umairah,Aisyah susan.."Susan menyalami tangan Umie dan nurul.

"Alhamdulillah,jemput masuk sayang.Kita sambung bual kat dalam."Kata Umie sambil memeluk tubuh susan.Kami semua melangkah masuk ke dalam rumah.Aku perasan mata itu ada curi pandang diriku.Haiss....jaga mata Ustaz Azlan Shah!

Mulut kepoh susan memeriahkan lagi suasana malam raya.Almaklumlah,first time sambut raya di kampung.Selalu kat KL sambut kat rumah anak2 yatim je.

"Awak da fikirkan apa yang saya cakap kat awak dulu?"Azlan Shah bersuara perlahan di kerusi hadapanku.Nurul sudah angkat2 kening melihat kami berdua di sebelahnya. Umie dan susan sebuk sedang memasak rendang daging di dapur.

"Setuju je lah kak.."Sampuk Nurul nakal.

"Orang kata diam ni setuju.."Azlan Shah senyum.

Lidahku kelu.Setahun yang lalu aku sudah bersedia jika kami di temukan kembali....

"Umie...kak Umairah setuju terima lamaran abang Shah...Raya ke 6 nanti majlisnya..."Jerit Nurul membuatkan Umie dan Susan mengucap syukur.

"Nurul!"Jerit kami berdua serentak.Aku memandang wajahnya.Kami ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience