Bab 8

Romance Series 13680

"Auntie suka tengok muka vee sekarang,sejuk je mata memandang..."Puan Serina mengusap bahu anak gadis di sebelahnya itu.

Aku senyum cuma..

"2 minggu lg dah nak masuk bulan Ramadhan,Apa perancangan Vee?"Soal Puan sarimah lagi.

"Vee nak cuba belajar puasa lah auntie.Boleh ke?"Aku bertanya takut2..

"Boleh..apa salahnya,puasa ni menahan lapar dan dahaga dari masuk waktu subuh sehinggalah masuk waktu magrib...Vee sudah bersediakah?Tapi kalau vee baru nak belajar boleh puasa separuh hari dulu,takut tak tahan sampai ke petang sebab tak biasa lagi kan"Terang Puan Serina lembut.

"Takpa vee belajar dulu slow2..."balasku sambil mengukir senyum.

"Vee nekad ke nak mendalami agama islam?"Soalan Puan serina membuatkan aku tersenyum.

"Nekad auntie,Vee sangat tertarik semenjak mendengar azan subuh berkumandang kat taman ni masa vee baru pindah sini dulu.."Terangku.Belakangku di usap lembut oleh Puan Serina.

"Kalau Vee betul2 ikhlas nak belajar agama islam Auntie nak syorkan satu Madrasah ni,tapi jauh lah dari KL ni..kat Kedah.Vee berminat tak?."Puan serina memandangku lembut.

"Betul ke ni Auntie?Vee memang nak sangat belajar tapi tak tahu tempat mana yang sesuai"Kataku penuh teruja.

"Okey ni number fon Madrasah Nur Iman dengan alamatnya ni.."Puan Serina menyerahkan sekeping kad kepadaku.

"Nama pemilik Madrasah tu Hj Rosmah...semua orang panggil dia Umie.Kenalan Auntie juga ni dulu.Kalau vee setuju boleh lah Vee merantau kat tempat orang ni jauh dari ibu kota...tapi vee hati2 lah sebab perjalanan jauh kan..jaga diri elok2.."Pesan Puan Serina kepadaku bagai seorang ibu.

"Thanks Auntie...sebab selama ni layan vee macam anak auntie sendiri,baik sangat walaupun vee ni bukan beragama islam.."Kataku mendatar.

"Semua orang sama sahaja vee,tak kira siapa pun kita,kita kena layan semua sama baik ingat tu.Tiada istilah berlainan agama tak boleh layan baik."Terang Puan Serina tegas.Aku hanya tersenyum lega.

~~~~

Hari minggu begini memang penuh sentiasa pelangan di kedai makan nasi beriyani roket ni.Melilau mataku mencari meja kosong.Semua penuh tetapi hanya satu meja di hujung kedai kelihatan pelanggannya hanya duduk berseorangan...Aku nekad ingin tumpang makan di situ.Tak kan 3 kerusi kosong depan dia tu aku tak boleh duduk melainkan sudah ada tuannya.

"Boleh saya duduk di kerusi ni?"Tanyaku lembut kepada lelaki yang sedang kusyuk menyuap nasi beriyani ke mulutnya.

Azlan Shah memandang kearah suara perempuan yang menyapanya.Suapannya terhenti melihat wajah cantik itu manis berbaju kurung.

"Boleh tak saya duduk sini?"Aku bertanya lagi bila melihat lelaki itu termenung memandangku tanpa bicara.

"Oh silakan...waktu kemuncak begini memang penuh sentiasa meja dan kerusi di kedai makan ni...Err....kalau tak silap kita pernah berjumpa kan..cik..."Azlan Shah cuba mengingati nama wanita di depannya itu.Berlainan betul pernampilannya dahulu berbanding sekarang.

"Cik Vivian.."Jawabku sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya.Tidak di sangka dia akan bertemu kembali dengan lelaki yang pernah menolongnya itu.

"Oh ya...cik Vivian.."Azlan Shah senyum.Baru dia teringat.

"You Azlan Shah kan.."Kataku sambil menyedut fress oren.Haus betul tekak saat ini.Cuaca panas.

"Ye saya,awak selalu datang makan kat sini ke cik vee?"Soal Azlan Shah sopan.

"Kadang2 je kalau i teringin nak makan nasi beriyani.."Jawabku sambil tersenyum.Janggal je rasa bersembang berdua begini.

"Cik makan lah dulu,saya pun nak habiskan nasi ni,tak elok makan sambil bercakap sebenarnya.."Azlan Shah memberi cadangan.Aku mengangguk lalu menikmati nasi beriyani di depanku itu penuh nikmat.

"Ini kad i,kalau your wife or sister nak terapi kecantikkan boleh lah datang Spa i ni...."Kataku sambil menghulur sekeping kad kecil kepada lelaki bernama Azlan Shah.Lelaki itu kelihatan teragak agak ingin mengambil.

"Don't worry,i bukan berniat jahat,just promote je my Spa...ni Spa halal tau.."Kataku berseloroh.Azlan Shah ketawa kecil.Ketawa pun sopan saja.Aku menguntum senyum.

"Cik Vee jangan salah faham,saya tak bermaksud macam tu pun.Lagi satu saya belum berkahwin lagi,dalam hidup saya cuma ada Umie dengan adik perempuan saya saja.Inn Shaa Allah ada peluang nanti bila mereka datang KL saya bawa mereka ke Spa awak ni.."Jujur Azlan Shah berbicara.Tidak pernah dia berbual dengan perempuan begitu lama sekali sebelum ini.Selalu hanya bercakap benda yang penting dan perlu sahaja.Tetapi dengan wanita di depannya ini lain pula jadinya.Pantas dia mengeleng kepala.

"Why you geleng kepala?"Soalku pelik

"Takda apa..Terima kasih pasal kad ni ye...saya minta diri dulu.."Ujar Azlan Shah lalu terus beredar.

"Sama2..."Jawabku mendatar.Aku mengeluh berat.Terasa diri ini begitu kerdil sekali disisi lelaki itu.Lelaki yang sentiasa menjaga pandangan matanya,aku perasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience