Bab 17

Romance Series 13680

Takbir raya bergema indah.Suasana malam raya di kampung sungguh mendamaikan dan meriah sekali.

Bunyian mercun dam dim dum menambahkan lagi kemeriahan dengan lampu2 pelita yang terpasang di sepanjang jalan dan halaman rumah.

Aku,Nurul dan Umie sebuk di ruang dapur menyediakan bahan masakkan.Manakala Azlan Shah di luar sedang busy membakar lemang dan merebus ketupat.

Selepas menunaikan solat hari raya sudah pasti semua ahli keluarga berkumpul dan saling bermaafan.Jiran2 pula datang kunjung mengunjung juadah makanan.Aku sangat teruja sekali dapat merasai nikmat suasana hari raya.

"Selamat Hari raya Umie..."Tuturku sambil mencium tangan lembut itu.Sungguh aku sudah menganggap dia seperti ibu kandungku.

"Selamat hari raya Umairah..."Pipiku di cium dan tubuhku di peluk erat.

"Ampunkan Umairah ye Umie jika sepanjang masa Umairah disini sudah menyusahkan Umie,terima kasih atas segalanya dan halalkan makan minum Umairah ya umie.."Kataku dalam sendu.

"Umie ampun kan sayang, dan umie halalkan..Maafkan Umie juga ya nak kalau ada terkhilaf dalam layanan Umie selama ni.."Aku mengeleng..

"Umie tiada salah apa pun dengan Umairah.."Kami berpelukkan.Nurul juga turut menangis di sisiku.

"Maafkan nurul ya kak,sebab buruk sangka dengan akak dulu.."Tanganku di cium lembut oleh nurul.

"Takpa lah nurul,yang lepas biar la lepas,da lama akak maafkan.."jawabku terus memeluk tubuh gadis itu.

Azlan Shah Hanya tersenyum melihatku.Aku juga membalas senyumannya.

~~~~~

Sebelum aku gerak pulang ke KL,Azlan Shah meluahkan hasratnya di hadapan aku,Umie dan Nurul.

"Umairah,saya harap awak terima hasrat saya untuk jadikan awak sebagai isteri saya yang sah."Kata2 Azlan Shah membuatkan aku tersentak.

"Umie gembira sangat kalau Umairah setuju.."Umie pula menyampuk.

Lama aku berdiam diri...

"Awak...Umie...sebenarnya Umairah masih belum cukup bersedia lagi ingin menjadi seorang isteri.."Kataku sambil menunduk.

Sungguh aku manusia hina.Memang tidak layak hidup bersama Azlan Shah.

"Saya akan tunggu awak sehingga awak bersedia.."Azlan Shah berkata serius.Aku mengeluh kecil.

"Tapi..saya bukan seperti yang awak sangkakan..saya tak layak untuk awak.."Jawabku jujur.Aku akui aku menyenangi kehadiran Azlan Shah dalam hidupku.Tapi untuk hidup bersama aku sangat tak layak memiliki dirinya yang cukup baik dan sempurna itu.

"Siapa awak di masa lalu bukan urusan saya untuk menghukum awak,saya terima awak apa adanya,saya terima awak untuk hari esok dan hari2 yang mendatang.Jika awak bukan jodoh yang di tetapkan untuk saya,saya Redha."Sungguh hati lelakinya sedikit kecewa.

"Maafkan saya Azlan Shah.Kalau betul kita berjodoh Allah pasti akan temukan kita kembali kelak.Buat masa ni saya betul2 belum bersedia untuk mengalas tugas sebagai seorang isteri."Tolakku lembut.Ya aku menolak permintaan suci seorang lelaki yang benar2 ikhlas terhadapku.Walaupun ada perit di hatiku ini kerana menolaknya.

Azlan Shah akur dengan keputusanku.Umie juga begitu.Andai ada jodoh antara kami pasti tidak ke mana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience