Bab 2

Romance Series 13680

Aku hanya bersinglet dan di sarung cardigan di padankan dengan jens lusuh serta berkaca mata untuk mengelakkan orang terlihat mataku yang sembab akibat terlebih menangis.

"Vee you nak pergi mana ni?"Soal Susan pelik.

"Ada orang nak jumpa i,emergancy.."Balasku ingin segera beredar.

"You tak masuk office lagi ke hari ni?"Soal Susan sedikit risau.Sudah seminggu vivian tidak turun ke spa,segala urusan office di lakukan oleh pembantunya.

"You take over boleh?nanti hal i settle i terus ke Spa."kataku sambil menyarung kasut.

"Boleh,tapi betul ke ni you tak nak i teman kan?"Susan masih risau dengan keadaan sahabatnya itu.

"I'm okey...you don't worry okey..daa.."Balasku terus hilang di balik pintu.Susan mengeluh berat.Vee nak jumpa siapa ni?takkan Dato Fakrul?

~~~

"Miss vivian?"Sapa pelayan restoren.

"Yes i'm.."Jawabku pendek.Mataku meliar ke segenap restoren mewah itu,berharap sangat Fakrul yang ingin berjumpa denganku.

"Come miss,follow me.."Kata pelayan itu lagi penuh mesra.Langkahnya aku turuti.Aku di bawa ke meja yang hanya kelihatan seorang wanita elegan yang memandangku dengan senyuman manis.Siapa ni?

Selepas pelayan itu berpamitan dengan wanita itu lalu dia terus beredar dan meninggalkan kami berdua.

"Silakan duduk.."Pelawa wanita itu mesra.Cantik...siapa dia ni?hatiku tertanya tanya.Aku duduk menghadapnya.

"Secara rasminya,i Datin Lestari isteri kepada Dato Fakrul."Wanita itu menghulur salam.Aku telan liur sambil menyambut huluran tangannya.

"Er....ada apa datin nak jumpa i?kita ada urusan ke?"Soalku tidak selesa.Dia tahu ke aku ni perempuan simpanan suaminya.

"I Kenal you Vivian Chann...Seorang model,pengurus Spa dan kecantikan vee chan..and perempuan simpanan my husband..right?."kata2 Lestari membuatkan dadaku berombak kencang.Aku bakal kene ganyang ke ni kejap lagi?Kena tarik2 rambut ke kejap lagi?Oh sangat memalukan kalau ini yang bakal terjadi.

"Yes I'm.So what do you want?I'm busy right now.Street to the point please.Kalau you nak marah i silakan,kalau you nak tampar i silakan."Kataku dengan lagak bersahaja.

"Kalau i nak buat lebih dari tu i boleh buat.Bukan setakat tampar muka you yang cantik tu,bunuh you pun i boleh.."Datin Lestari berkata sinis sambil tubuhnya di sandarkan ke kerusi.

Aku senyum kelat.

"Go head...silakan."Kataku dengan angkuh.

"Tapi apa i dapat kalau bunuh you vee,kalau husband i tetap cari perempuan lain?lebih baik i bunuh dia kan.." Datin Lestari berkata sambil tergelak kecil.Wajahnya yang manis tadi bertukar sinis.Takut pula aku melihat mata wanita itu melihatku penuh benci.Aku diam terkedu tanpa bicara.

"You tengok ni.."Satu sampul surat berisi kepingan gambar di lontar ke meja di depanku.Terlihat gambar mesra Dato Fakrul bersama seorang perempuan muda yang seksi lagi bergetah.

Mataku membutang melihat gambar mesra itu.

"What do you feel?sakit hati tak?"Soal Datin Lestari dengan seyuman sinis kepadaku.Aku memandangnya dengan wajah terkejut.

"Apa yang you rasa sekarang lagi sakit apa yang i rasa sebelum2 ni,sebab i isteri dia.I tahu Fakrul dah buang you kan sekarang.Bila dia jemu dia buang...itu lah Dato Fakrul..kesian you kan.."Sindiran Datin Lestari membuatkan hati aku bagai di siat siat.

"Kenapa you diam?masih berharap lagi ke dengan lelaki macam ni?i tunjuk gambar ni sebab nak sedarkan you saja.Tak perlu buang masa menunggu lelaki macam ni.Sebab perempuan macam you hanya tempat memuaskan nafsu dia saja...I betul2 kasihan sangat kat you.Semoga you move on..okey daa..."Setelah puas menyakitkan hati Vivian,Datin Lestari terus melangkah pergi dengan senyuman yang puas.

Aku gigit bibir menahan geram.Pantas gambar2 tersebut aku ambil dan sumbat ke dalam hand bagku.Terus aku bangun dan beredar.

Langkahku yang kelam kabut bagai ribut sunami yang melanda hatiku yang remuk rendam ini menyebabkan aku terlanggar seseorang.

"Aduh...."Kataku perlahan.Kaca mataku segera aku betulkan.Sakit pula bahuku saat itu.

"Maafkan saya,saya tak sengaja."Lelaki yang bersongkok itu memohon maaf.Aku hanya mengangguk dan terus beredar.Niat di hati hendak memaki terus aku batalkan bila melihat wajah lembut lelaki itu.Terus saja aku melajukan langkahku dan terus beredar.

"Er cik..."Panggilan Azlan Shah tidak di endahkan wanita yang macam pernah di jumpainya sebelum ini..

"Kalau tak silap dia lah pemilik gelang yang tercicir ni dulu.."Azlan Shah berkata sendirian sambil mengeluarkan gelang di dalam koceknya.Entah kenapa sejak dia menyimpan gelang itu hatinya sering terjentik dengan sesuatu perasaan luar biasa.Gelang itu lah yang sering di gunakanya untuk kiraan wirid,selawat serta istigfarnya sepanjang hari walau di mana jua dia berada.Langkahnya terus di segerakan ke sebuah kedai buku yang ingin di kunjunginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience