Bab 15

Romance Series 13680

Sepanjang tugasanku membantu menyusun juadah berbuka puasa di masjid,Nurul kelihatan menjauh dariku.Sering kali mengelak,aku terperasan selepas dia berbual di telefon dengan seseorang.

Baru aku ingin melangkah ke arah Nurul tiba2 tubuhku di langgar dari berlakang,hampir terjelepok aku di buatnya,tetapi kerana ada sepasang tangan melingkari pingangku aku terselamat dari terjatuh.

Aku memandang si pemilik tangan yang memeluk pingangku.Farid??Pantas aku membetulkan tubuhku dan berdiri semula.Tangan lelaki itu masih keras tidak mahu melepaskan pingangku.Nurul sudah memandangku dengan wajah mencuka.Terus saja Nurul beredar pulang.

"Lepas lah!"Aku menjerit kecil.Terus saja Farid melepaskan tangannya di pingangku lalu tersenyum manis kepadaku.

Nasib baik jemaah masjid tiada di luar saat ini.

"Awak melampau farid!"Kataku keras.

"Saya suka kat awak Umairah...memang saya sengaja melaggar awak tadi.."Kata Farid tanpa berselindung.

"Allah akan balas apa yang awak buat kat saya ni.."Kataku terus beredar.Farid senyum puas.Biar Nurul salah faham dan mengangap Umairah seorang wanita yang tiada maruah kerana berpelukan dengannya.Senang kerjanya nanti ingin mendapatkan Umairah.

~~~

Sepanjang Waktu makan berbuka,Nurul diam tanpa bersuara,Azlan Shah pelik.Aku pun diam seribu bahasa.Kesal dengan apa yang terjadi di masjid tadi.

Selesai makan terus aku mendapatkan Nurul di dapur.Umie dan Azlan Shah sudah ke ruang tamu.

"Nurul..akak nak cakap sikit ni.."Kataku gugup bila melihat wajah ketat Nurul.Sebenarnya Nurul seorang Gadis yang ceria dan periang.

"Nak cakap apa?Nak cakap yang akak suka dengan Farid?macam tu?"Nurul berkata sinis kepadaku.

"Bukan macam tu,Nurul salah faham ni..."Aku jadi tidak tentu arah.

"Tak payah lah kak,Farid sendiri cakap dekat Nurul yang akak sering kali nak goda dia,saya tahu akak ni cantik persis model tapi tak kan lelaki yang saya suka pun akak nak rampas?"Nurul sudah mula marah.

"Bukan macam tu nurul..."Kataku terbantut bila di pintas nurul.

"Nurul kecewa dengan akak!"Kata2 Nurul menikam ke jantungku.Terus saja nurul beredar ke ruang tamu.Air mataku yang menitis cepat2 aku seka.

~~~

Selesai Solat terawih terus aku singgah ke kedai Pak Hasyim.Oleh kerana Nurul begitu benci dan marah kepadaku aku terus meminta izin dengan Umie untuk tidur di asrama Madrasah.

Umie tidak kisah jika itu yang aku inginkan.Azlan Shah juga akan pulang ke KL pada malam ini.Katanya takut jem esok pagi.

"Umairah nak saya tunggu ke?"Soal Azlan Shah selepas menurunkanku di hadapan kedai Pak Hashim.

"Takpa,saya balik jalan kaki sendiri nanti ke Madrasah."Kataku lembut.Nurul sudah mencebik.

"Lagipun awak nak balik KL kan malam ni..Nanti tunggu saya buang masa awak pula untuk bersiap pulang..Assalammualaikum semua.."Kataku terus masuk ke kedai.

Salamku di jawab serentak oleh Azlan Shah,Umie dan Nurul.Kereta Ranger Rover di pecut laju pulang ke rumah Umie.

Selepas menurunkan Umie dan Nurul di hadapan rumah terus saja Azlan Shah keluar semula.Hatinya tidak sedap tiba2.

~~~~

Selesai membeli roti dan barang2 keperluan lain aku terus melangkah pulang ke Asrama Madrasah.

Terasa sangat sepi pula sepanjang perjalananku.Selalu ramai orang.Aku mengerling jam di tangan.Sudah jam 10 malam patut pun.Pantas aku melajukan langkah.

Tiba2 tubuhku di peluk dan mulutku di tutup dari arah belakang..Aku perasan ada cahaya kereta dari jauh...Bag plastik rotiku terlepas di atas jalan.

Aku meronta ronta....laungan tolong tidak terkeluar dari mulutku.Kini aku di heret ke dalam semak samun.Tubuhku di hempas ke tanah.

Susuk tubuh di hadapanku tidak jelas kerana gelap malam..

"Tolong!!"Jeritku tapi pantas pipiku di tampar kuat lalu Kepalaku terhantuk di batu yang berada di tepiku.Kepalaku mula berpinar pinar dan pandanganku semakin kabur.Terasa ada benda menghempap tubuhku.Tudungku dan bajuku di rentap kasar...aku tidak berdaya...Lama kelamaan pandanganku gelap...

Farid senyum sinis.Topeng di mukanya di buka.Baru dia ingin mencumbui tubuh seksi umairah yang separuh terdedah tiba2 badannya di tolak dari belakang.

Sialan!Siapa yang mengacau ni!bisik hati Farid marah.

"Binatang!!"Jerkah satu suara itu lalu mencegkam kolar baju Farid.Satu persatu tumbukkan hinggap di wajah Farid.

"Kau jangan ganggu urusan aku Shah!"Jerit Farid geram.

"Urusan apa?Urusan kau untuk melakukan dosa?macam tu?"Sinis Azlan Shah bersuara.Tendangan sudah hinggap di perut Farid.Terbongkok farid menahan sakit.

"Ini untuk Umairah kerana kau hendak mencemarkan maruah dia!"Tumbukan padu hinggap di hidung farid.Akhirnya Farid terkulai layu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience