Bab 16

Romance Series 13680

Perlahan lahan aku membuka mata,terasa perit di rahangku.Kepalaku juga terasa sakit.Kedengaran suara esak tangis di sisiku.

"Ampunkan Nurul kak..."Nurul terus memeluk tubuhku selepas aku membuka mata.Aku pelik.Kenapa lain benar suasana ketika itu.Aku di mana saat ini.

Aku terpandang Umie dalam kesedihan yang sudah menghampiriku dan memelukku erat.Dan wajah Azlan Shah yang kelihatan resah gelisah memandangku.Bukan kah lelaki itu harus pulang ke KL.

"Akak kat mana ni Nurul?bukan ke akak..."Kata2ku terhenti dan aku cuba mengingati sesuatu..

"Akak kat hospital..akak kena serang nasib abang datang tolong.."Terang Nurul teresak esak.

Aku memegang kepalaku perlahan.Terasa sakit pula saat ini.

"Awak okey tak Umairah?"Soal Azlan Shah Cemas.Aku senyum pahit.

"Kalau Umairah rasa sakit bagi tahu ya,nanti Umie panggilkan doktor.."Umie bersuara perlahan.Kasihan pula melihat Umairah berkeadaan begitu.

"Apa yang terjadi kepada saya ni?yang saya ingat saya kena heret ke dalam semak belukar selepas kena tampar terus tak ingat apa2 sebab pandangan terus gelap.."tanyaku inginkan penjelasan.Siapa punya angkara sebenarnya?

"Akak..Nurul minta maaf sebab tak percaya kat akak,sebenarnya akak nak kena rogol dengan Farid,semua tu kerja dia..nasib abang Shah berpatah balik nak jemput akak..."Terang Nurul dengan Nada sendu.Aku sudah melopong.Farid ingin merogolku?

"Awak jangan risau,sekarang Farid sudah di tangkap dan berada di lokap.Saya akan pastikan dia terima hukuman yang setimpal!"Azlan Shah bersuara keras.Geram dia dengan lelaki itu.Harap saja berlajar tinggi di mesir tetapi perangai Nauzubillahi minzalik.

"Terima kasih sebab selamatkan saya.."kataku perlahan.

Azlan Shah mengangguk perlahan.

"Yang penting Umairah selamat.."balas Umie sambil mengusap lenganku lembut.

~~~

Hari berganti hari..Kisah hitam dalam hidupku itu cuba aku lupakan.Tetapi apakan daya.Hidup di kawasan kampung.Ada juga orang yang memandang serong,membenciku dan kasihan kan ku.

Ikutkan hati aku ingin pulang saja ke KL.Tapi Umie menghalangku.Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dan Umie berharap sangat aku menyambut perayaan ini di kampung.Di bandar dengan siapalah ingin aku raikan terang Umie.

Umie layanku cukup baik dan mendidikku semampu boleh.Mulut orang siapa lah yang mampu menutupnya.Biar lah orang nak cakap apa sekalipun.Yang penting niatku datang ke sini ingin belajar agama dan bukan ingin mengoda kaum adam di kampung ini.

Jika ini takdirku aku redha.Selepas menyambut Aidilfitri mungkin aku akan melangkah pergi membawa diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience