Bab 14

Romance Series 13680

Ikutkan hati mahu sahaja aku menampar muka farid saat ini.Aku beristigfar di dalam hati,lagi di bulan puasa.Dengan cuaca panas mentari mula naik ke kepala.Bungkusan plastik yang berisi segala bahan untuk aku membuat kuih talam berlauk berterabur di tepi jalan gara2 aku menepis tangan kasar lelaki itu dari memegang tanganku yang kononya ingin membantuku membawa bag plastik tersebut.

"Maaf.."Farid serba salah.

"Jangan ganggu saya please...saya boleh buat sendiri.."Kataku tegas.Pantas aku mengutip semua bahan yang beterabur.

"Saya bantu.."Farid masih berdegil.Aku gigit bibir menahan geram.Jenis tak paham bahasa ni getus hati ku.Selesai mengutip semua barang terus aku beredar.Tapi Farid masih sedia mengejarku.

"Kenapa Umairah sombong sangat ya?"Farid cuba mengajakku berbual.

"Tiada keperluan untuk saya berbual dengan awak."Kataku tegas.

Tiba2 kereta Ranger Rover Azlan Shah berhenti di sebelah kami.Turun Azlan Shah dengan wajah manis.

"Assalammualaikum.."Tegurnya ramah.Aku dan farid menjawab salam serentak.

"Farid kamu dari mana nak ke mana ni bersama Umairah?"Soal Azlan Shah pelik.Tadi dia lalu di hadapan kedai Pak Hashim dia terpandang kereta Farid.

"Er..."Farid gagap seketika.Tak tahu nak bagi alasan apa.

"Saya nak ke rumah Umie,boleh saya tumpang awak tak?"Tanyaku kepada Azlan Shah.

Lelaki itu kelihatan amat keberatan.Aku mempamerkan wajah penuh mengharap.Supaya aku terhindar dari gangguan Farid.

"Boleh apa salahnya,saya juga mahu pulang ke rumah Umie.."Bohong Azlan Shah,padahal dia mahu ke pekan saat ini.

"Alhamdulillah,terima kasih...saya minta diri dulu ya farid.."Ujarku berbasi basi dengan farid.Terus saja aku meloloskan diri ke dalam kereta Azlan Shah.

Azlan Shah juga berlalu pergi selepas berpamitan dengan Farid.Farid ketap gigi menahan geram.

"Dengan Shah kau okey pula ya melayan!"Bisik hati Farid geram.Lalu terus berpatah balik ke kedai Pak Hashim untuk mengambil keretanya.

"Awak ada masalah ke Umairah?"Soal Azlan Shah tiba2.

Aku geleng kepala.Azlan Shah perasan ada yang tak kena antara Umairah dengan Farid.

"Kalau awak ada apa2 masalah nak cerita boleh bagi tahu kat Umie atau Nurul kalau awak segan dengan saya,Saya harap awak selesa berada di kampung ni.."Azlan Shah memberi cadangan.Aku mengeluh berat.

"Saya tak selesa dengan Farid,ke mana saya pergi mesti ada dia.Saya tak suka,sebab saya tak mahu orang pandang serong kat saya.Tadi dia beriya iya ingin membantu saya membawa bag plastik ni sehingga menyentuh tangan saya.Saya sangat marah,sebab itulah barang2 ni berterabur di jalan.Nasib awak muncul Azlan.."Kataku panjang lebar.Aku menghela nafas lega.

"Farid menganggu awak lah ni ya?"soal Azlan Shah.

"Saya bukan sombong dengan dia,tapi saya tak suka cara dia.Saya rasa tiada keperluan untuk saya berkenal rapat dengan dia.Sebab saya datang sini bukan ingin berkenalan dengan lelaki atau jejaka di kampung ini.Saya datang sini untuk berlajar agama islam itu saja."Nadaku mendatar.

"Lagi satu,Nurul pernah luahkan kat saya,yang dia suka kan farid dalam diam.Saya tak mahu Nurul salah sangka dengan saya nanti."Terangku lagi.Azlan Shah hanya tersenyum.

"Awak sangat takut dengan pandangan orang kepada awak ke Umairah?"Soal Azlan Shah saja menduga.

"Sesungguhnya saya lagi takut pandangan Allah S.W.T kepada saya,tetapi di sini kampung Azlan,tidak sama macam di bandar.Saya juga wanita yang baru memeluk agama islam,saya tak mahu kemunculan saya di sini memberi masalah kepada masyarakat di kampung..."Terangku lagi.

"Terlalu jauh awak berfikir.Kalau Farid ada berniat jahat kepada awak sekalipun,awak perlu meminta pertolongan dan perlindungan dari yang maha Esa dengan berdoa.Saya juga tak senang dengan perangai Farid,kerana sebelum ini saya juga pernah mendengar cerita yang tidak elok tentang dia,tapi saya tidak mahu menuduh sebab saya tidak nampak dengan mata kepala saya,pasal Nurul awak jangan risau.Kalau betul Farid di takdirkan untuk Nurul saya Redha,tapi jika bukan Allah pasti akan tunjukkan bagaimana perangai Farid yang sebenarnya."Azlan Shah berkata penuh berkhemah.Aku senyum lega.

Kenapa saat aku ingin mencari ketenangan di tempat orang ada saja masalah yang aku hadapi.Baru ujian kecil begini aku sudah mengeluh,bagaimana kelak jika aku di uji dengan ujian yang maha berat?Allah..Aku beristigfar di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience