Bab 11

Romance Series 13680

Usai solat terawih berjemaah di masjid Aku ,Nurul dan Umie melangkah keluar dari masjid ingin pulang kerumah.Jarak Masjid dengan rumah Umie tak jauh.Seronok berjalan kaki.Kebanyakkan penduduk kampung gemar berjalan kaki hanya segelintir budak2 sahaja berbasikal dan orang tua menunggang motor.

Baru kami ingin melangkah pulang tiba2 ada satu suara menegur.

"Assalammualaikum..."Azlan Shah senyum memandang Umienya beriak terkejut melihatnya ketika itu.

"Waalaikumsalam..Ya Allah Shah..kata tak dapat cuti?"Umie memeluk tubuh anak lelakinya selepas itu Nurul pula yang bersalaman dengan abangnya.Aku hanya mampu terdiam bila melihat wajah itu.Kami bertemu lagi.Kacil saja dunia ini.Lelaki bernama Azlan Shah itu adalah anak lelaki umie.

"Kenalkan anak angkat umie,Umairah safiyah,Umairah ni Azlan Shah anak bujang umie.."Terang umie lembut.Azlan Shah sedikit terkejut.

"Assalammualaikum,salam perkenalan.."Tutur Azlan Shah sambil mencuri pandang wajah wanita di sisi adiknya itu.Cantik dia bila berhijab.Bisik hati Azlan Shah.

"Waalaikumsalam..."Jawabku perlahan.Gugup pula saat ini.

"Dah jom balik nanti kita sambung lagi berkenalan kat rumah..mana kereta Shah?"Soal Umie.

"Di sana Umie,mari.."Azlan Shah melangkah kearah kereta Ranger Rovernya.Umie,aku dan Nurul turut melangkah sama.

~~~~~~~~~

"Abang kak umairah ni saudara baru kita tau..."Terang Nurul kepada abangnya.

"Alhamdulillah.."Azlan Shah menguntum senyum.

"Semalam Shah kata tak dapat balik,tu yang umie ajak umairah tidur sini..umie minta maaf ya umairah,tak sangka pula Shah ni nak bergurau,Umairah jangan segan ya.."Umie seperti faham isi hatiku.

"Takpa Umie...Umairah tak kisah..."Jawabku perlahan.Entah kenapa aku rasakan bagai tidak selesa bila duduk berkumpul begitu dengan kehadiran si lelaki.

"Sebenarnya umie,Shah dah kenal dengan Umairah masa kat KL.Shah tolong tukarkan tayar dia masa pancit dulu.Tak sangka pula berjumpa lagi hari ni."Azlan Shah berterus terang.Aku terkejut.

"Lah iya ke?Alhamdulillah,rezeki Shah lah ni kot bertemu lagi..."Kata2 umie di sampuk Nurul.

"Macam berjodoh je kan umie.."kata2 nurul membuatkan pipiku merah membahang.

"Hiss kesitu pula nurul ni.."Balas Azlan Shah segan.

Nurul ketawa kecil.Aku hanya senyum sumbing.

"Malu Kak umairah kamu ni nurul kamu cakap macam tu.Dah Shah jemput makan cempedak dan sukun goreng ni,Minum umairah.."Umie mempelawaku sekali.

"Makan kak,jangan malu2..abang tak makan orang..."Nurul bergurau lagi.Tak tentu arah aku di buatnya.

"Nurul cukup2 lah tu,kesian Umairah..tengok tu dah merah pipi dia.."Selumber Azlan Shah berkata.Membulat biji mata Umie memandangnya.Aku sudah menunduk malu.

Nurul sudah ketawa.Aku masih tersipu malu.Gawat ni...cempedak goreng dan sukun goreng sudah memanggil manggil.

"Sudah2..dah cepat makan,esok pagi nak bangun sahur...Shah betul ke ni da makan malam?Kalau nak makan Umie hidangkan."Umie bertanya kepada anak bujangnya.

"Sudah umie,tadi Shah berhenti makan kat R&R,cukup la ni makan sukun dengan cempedak goreng pula."Jawab Azlan sambil mengambil sukun goreng di pinggan.Aku juga mencapai cempedak goreng seketul.Tadi petang selera pelahap aku jangan cerita lah...sekarang terbatas dan segan pula bila ada si jejaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience