Bab 10

Romance Series 14129

Kedatanganku di Madrasah Nur Iman di sambut baik oleh Hj Rosmah.Mungkin kedatanganku sudah di khabarkan oleh Puan serina.

"Jemput masuk...anak siapa nama?"Soal Hj Rosmah ramah.

"Nama saya Vivian chann.."Kataku gugup.Tubuhku di peluk mesra oleh wanita separuh abad itu.

"Puan serina sudah khabarkan pada Umie...Vee ke sini berhajat ke?"Soal Hj Rosmah lagi.

"Aku mengangguk kepala.."

"Ikhlas dari hati?"Soal Hj Rosmah lembut.Dia tidak mahu wanita cantik di depannya itu terpaksa untuk memeluk agama islam.

"Ikhlas umie..."Kataku sambil memandang tepat mata itu.

"Alhamdulillah..."bicaranya perlahan.

~~~~~~~

Air mataku mengalir selepas mengucap 2 khalimah syahadah.Terasa berat di Bahu kembali ringan.Beban di dada terasa lapang.Tubuhku di dakap erat oleh Umie A.K.A Hj Rosmah.

"Alhamdulillah sayang.."Bisik Hj Rosmah di telingaku.Tudung yang tersarung di kepalaku di kemaskan oleh Umie,Cantik sangat anak umie berhijab.Dahiku di cium lembut.

Nama islamku ialah Umairah Safiyah,entah kenapa aku sangat menyukai nama umairah.Sudah Seminggu aku berada di madrasah Nur iman belajar tentang islam dengan lebih mendalam.Esok sudah masuk 1 Ramadhan.Dan esok juga merupakan hari pertama aku menunaikan ibadah puasa.

"Umairah tidur rumah umie ya,esok boleh kita bersahur sama2.."Hj Rosmah mempelawaku.

"Segan la umie.."Kataku perlahan.

"Jangan risau,kat rumah Umie takda siapa pun,cuma ada umie dengan nurul saja,anak lelaki umie masih di KL,katanya tak dapat pulang tapi tak tahu lah tu.."Terang Hj Rosmah sambil tersenyum.

Selepas solat berjemaah Asar di masjid,aku mengikut umie dan nurul pulang ke rumahnya.Mataku terpegun melihat rumah kampung yang cukup gah dan sangat mendamaikan dengan pohon2 menghijau.Cantik landskapnya.Sejuk mata memandang.

"Cantiknya..."Tuturku perlahan.Umie hanya tersenyum memandangku.

"Jemput masuk kak umairah.."Pelawa Nurul sopan.Gadis muda berbaju kurung berlesung pipit di kedua belah pipi itu sungguh cantik di pandang mata.

"Terima kasih.."Mataku masih ralit memandang segenap pelusuk rumah kampung itu.

"Ini bilik tetamu.Akak tidur sini ya malam ni.."Nurul menunjukkan bilik untukku tidur malam ini.Cantik!Semua perabut di perbuat dari kayu jati.Jangan cakap bilik,seluruh rumah semua perabut kayu jati.Sungguh klasik dan sangat cantik.Selesai meletakkan bag baju aku melangkah ke jendela.

Sekali lagi mataku terpegun.Terbentang kebun buah2han dari kejauhan.Pohon2nya semua merendang.Bersiap pangkin dan pondok untuk bersantai.Cantik!terasa jakun pula aku melihat keindahan suasana kampung.Seumur hidup tidak pernah tinggal di kampung.

Kini langkahku menuju ke dapur pula.SubhanAllah,dapur Umie juga kemas dan cantik susun aturnya.Kelihatan Nurul sedang membancuh kopi dan Umie pula sedang mengoreng sesuatu.Yang pastinya aromanya sunggup sedap dan wangi.

"Umie goreng apa tu?sedapnya bau.."Kataku sambil berdiri di sebelah umie.

"Umie goreng cempedak,umairah pernah makan cempedak goreng?"Soal umie.Pantas aku mengeleng kepala.Cempedak pun aku tak pernah jumpa.Bisik hatiku.

"Nanti umairah rasa ya,sedap...sekali rasa mesti nak lagi.."Umie berseloroh.Aku ketawa kecil.

"Bau pun dah sedap umie,mesti rasanya sungguh lazat..."Kataku teruja.

"Yang ini apa pula umie?"Soalku sambil menunjuk pinggan yang berisi satu gorengan makanan.

"Oh itu sukun goreng,nanti umairah rasa ya..sedap..."Umie tersengeh.Aku teruja.

"Sedap kak...lepas tu cicah sambal kicap.Fuhh..memang umpphhhh..."Nurul membuat gaya umpphh.Tergelak aku melihat telatahnya.Air sudah siap di hidang di meja.

"Ni yang akak tak sabar nak rasa.."Kataku lagi..

Selesai umie memasak kami menikmati minum petang dengan berselera sekali.Ya!orang yang paling berselera itu sudah pastinya aku.Memang sedap sukun goreng dan cempedak goreng.Hampir licin aku kerjakan.First time makan sudah jatuh hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience