BAB 1

Romance Completed 11053

Arghh .. Arghhh

Aku merengek kesakitan, entah kenapa badanku terasa sedikit lenguh namun ku gagahkan juga diriku ini untuk menggerakkan tanganku. Aku membuka mataku perlahan apabila terdengar suara beberapa orang disekelilingku sedang berbual-bual.Mataku terbuka separuh.Tiba-tiba terdengar suara garau dari sebelahku mengucapkan rasa syukur.

“ya allah..anak mama dah sedar..syukur Alhamdulillah..sayang..mama risau sangat dengan keadaan sayang..”ujar seorang wanita sambil memelukku.Mataku dikelipkan beberapa kali.Siapa mereka ni semua?..adakah aku kenal dengan mereka semua?..

“maaf..siapa makcik?..siapa pakcik?..dan…. siapa saya?..”dengan sedikit takut-takut aku bertanya.Kenapa aku boleh ada kat sini?.Dan lelaki tu.Mukanya kacak,aku suka.Tapi siapa dia?.Hurm..kena siasat ni.Eh..kenapa tiba-tiba makcik tu menangis?.

“abang..apa dah jadi kat anak kita ni?..kenapa dia tak ingat kita?..”soal makcik itu kepada seorang lelaki yang agak berumur.Perlahan lelaki itu menghampiriku,aku pun apa lagi tarik selimut la.Siapa tak takut beb kalo ada orang yang tak dikenali dekat-dekat macam ni.

“jangan risau,Natalia..papa Cuma nak check keadaan Natalia sahaja..ni papa,sayang..ni mama..”ujar lelaki itu.Oh..itu papa dan mama aku ke?..kenapa aku boleh tak ingat langsung ni?..apa dah jadi dengan diri aku ni?..Lelaki yang mengaku dirinya papa aku tu pun berjalan mendekatiku lalu membuat sedikit pemeriksaan keatasku.Rasanya papa aku ni mungkin seorang doktor kut.

Tapi semua tu tak menarik perhatian aku..yang menarik perhatian aku sekarang lelaki yang dari tadi menjadi pemerhati kami.Muka dia sungguh kacak dengan badannya yang agak sasa dan gaya macho tu.Fuh..mantap.Tapi muka dia macam ada kacukkan sikit..hurm..muka dia macam siapa ek?..hah!..macam muka pelakon Hindustan..mesti dia ni ada kacukkan Pakistan ni..Aku tersenyum manis sambil memandangnya.Hisy..miang betul aku ni..

“Natalia..kenapa Natalia pandang Edry macam tu..”soal mama.Aku berdehem beberapa kali sebelum memandang semula kearah mama dan papa yang kelihatan risau dihadapanku ini.

“huh?..tak la..Edry tu sapa?..abang Natalia eyh?..”soalku pelik.Mama dan papaku saling berpandangan lalu memandang Edry yang tersenyum lalu mengangguk perlahan.Senyumanku serta merta mati.Hampa.Huh..kenapa la abang aku ni handsome sangat?..kan aku dah hampa sebab tak dapat nak mengorat dia..sabarlah wahai hati..masih banyak lagi kumbang diluar sana.

“oh..mama..Natalia lapar la..”ujarku sedikit merengek manja.Memang aku lapar pun.Entah kenapa tiba-tiba perut ni macam mengidam aje laparnya.Mama mengangguk lalu segera keluar dari bilik.Ya allah..kesiannya mama..kenapa dia nampak bersungguh-sungguh sangat macam tu..serba salah pula aku dibuatnya..

“erm..Natalia rehat dulu ye..keadaan Natalia masih lemah lagi ni..papa got to go,sayang..bye..”ujar papa lalu mencium pipiku sebelum keluar dari bilikku itu.Kini hanya tinggal aku dan.. Edry!..Jantungku ni kenapalah tak bekerja dengan betul kali ni..agak-agak ni adalah salah satu kesan sampingan akibat dah lama tak sedarkan diri.

“erm..abang Edry..Natalia..err..dah berapa lama Natalia tak sedarkan diri?..”

“dah hampir 1 tahun..”jawab Edry perlahan.Aku apa lagi terlopong la dengar apa yang diberitahu oleh Edry tu.Ya allah..1 tahun aku koma?!..macam mana boleh jadi macam tu?..Aku cuba mengingat apa yang dah terjadi pada aku..

“Auch..”Kepala aku ni kenapa..tiba-tiba rasa pening yang seakan-akan mencucuk-cucuk.

“Natalia..are you ,okay?..don’t force yourself to remember,sayang..rehat dulu,eyh..”ujar Edry lalu membaringkan aku namun aku tergamam sebentar.Dia..dia panggil aku ‘sayang’?!..betul ke kami ni adik beradik?..kenapa cara dia panggil aku dengan panggilan tu?..aku rasa macam lain..tapi lain macam mana tu sangat susah nak digambarkan.

“tidurlah..don’t worry..abang teman sayang sampai sayang tidur,eyh?..”ujar Edry sambil mengusap-usap rambutku perlahan sehingga entah macam mana aku pun lena dalam keadaan fikiran yang kacau akibat panggilan dan layanan Edry pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience