BAB 11

Romance Completed 11057

Yes!!hari yang ku tunggu-tunggu telah tiba.Finally,selepas aku puas merengek kepada mama untuk memujuk Andy agar dia menerima aku sebagai pekerjanya.Akhirnya aku diterima juga walaupun mengambil masa hampir satu bulan untuk memujuk si Andy,jejaka idamanku.Bagi Edry pula,seperti biasa.Setiap hari pasti aku akan berhadapan dengan pujuk rayunya sehingga aku pun dah hafal dialog yang bakalku dengari.

Aku memasuki bangunan RC holding dengan senyuman tak lekang dibibir.Siapa tak gembira,akhirnya dapat juga aku memantau si jejaka idamanku yang satu itu walaupun sejak kejadian dibawah cahaya rembulan tempoh hari,Andy bagai bertukar menjadi Olaf yang beku walaupun pada hakikatnya watak Olaf sekalipun sukakan ‘warm hugs’.

Bukan macam si Andy tu.Ahh..malas nak fikir.Aku menghadiahkan senyuman manisku buat semua pekerja dari jaga sehingga bos syarikat.Eh..bukan bos syarikat tu Andy ke?.Haha..buat lawak la aku ni.Aku berdiri dihadapan lif dengan senyuman yang masih menghiasi bibir.

“happy nampak..”kedengaran suara garau begitu hampir dengan telingaku sehingga terasa deruan nafasnya ditelingaku.Secara automatiknya aku memandang kepada gerangan yang menegurku sebentar tadi ternyata ianya Edry!.Aduh..mamat ni..tak puas hati sangat tengok aku bahagia.

Rasa macam nak lempang laju-laju aje.Aku hanya tersenyum hambar.Harap sangatlah riak wajah aku ni menunjukkan aku tak suka dengan tindakkan dia tu.Cukuplah yang aku pernah berterus terang dengan dia yang aku tak suka dia.Tinggg..nasib baik lif terbuka tepat pada masanya.Aku memasuki lif bersama Edry dan beberapa lagi orang pekerja.Ketika pintu lif mula tutup,tiba-tiba ada briefcase yang menjadi penghalang membuatkan pintu lif kembali terbuka.

Kelihatan Andy dengan penuh berwibawa masuk ke dalam lif yang agak penuh itu.Kini aku berada di tengah-tengah antara kedudukan Endy dan Andy.Tanganku sedikit bersentuhan dengan Andy manakala Edry pula begitu hampir denganku sehingga kami hampir berpelukan.Tiba-tiba Andy berdehem sebelum mengubah kedudukannya denganku.Kini Andy yang berdiri dihadapan Edry manakala aku disebelah Andy.

Aku tersenyum memandang wajah Andy namun dia masih berlagak seperti aku tidak berada disitu.Tangan kami pula masih bersentuhan seperti tadi bahkan bagai terlekat antara satu sama lain.Sayang juga dia dengan aku walaupun beku macam Olaf.I love you la Olaf.haha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience