BAB 15

Romance Completed 11053

Malam itu aku duduk ditepi kolam renang dengan perasaan yang amat damai sekali.Semua orang sudah terlena kerana kepenatan melayan tetamu sepanjang hari.

“ehem..ehem..isteri I buat apa sorang-sorang kat sini?..”soal Andy lalu merangkul pinggangku.Kata ganti nama yang selalu kami gunakan sudah bertukar sejak Andy telah sah menjadi suamiku kerana katanya dia inginkan kelainan yang menunjukkan kemesraan kami sebagai suami isteri.

“eh..Olaf tersayang..kenapa tak tidur lagi ni?..”soalku sambil mencium pipi Andy.Andy menjengkelkan matanya kepadaku sebelum mencucuk pinggangku.

“Olaf?!..siapa Olaf?..”soal Andy.Aku ketawa akibat kegelian.

“alaa…you bukan tahu pun Olaf tu siapa?..”ujarku menguji pengetahuan Andy.

“tahu la..Olaf tu kan snowman yang dalam cerita Frozen tu..you ingat I ni tak tengok tv ke apa?”soal Andy.

“alaa..ye la..you tu selalu sangat dingin dengan I sejak..”ujarku lalu mematikan ayatku.Andy memandangku dengan senyuman nakal.

“sejak I buat macam ni pada you?..”soal Andy lalu mengucup bibirku agak lama.Aku menundukkan wajahku selepas perkara ‘itu’ terjadi.

“hurm..ye..selepas tu..”ujarku perlahan.

“sebab I takut you kena terkam sebelum jadi isteri I..”ujar Andy romantis ditelingaku.Aku menjeling Andy manja.Terasa rangkulan dipinggangku semakin erat sehingga kepalaku elok terletak didada bidang milik Andy.

“sayang..kenapa you tiba-tiba nak nikah dengan I secepat ni?..”soalku.

“siapa tak panas hati kalau bakal isterinya kena kacau dengan lelaki lain..”ujar Andy selamba sambil mengusap rambutku.

“what?..”soalku terkejut bercampur pelik.

“I nampak apa yang terjadi dalam pantry..I nampak macam mana Edry peluk you dari belakang sesuka hati..I nampak semuanya,Alia..”ujar Andy sedikit lirih.Dari nada suaranya menunjukkan jelas bahawa dia amat sakit hati dengan apa yang terjadi ketika itu.

“sorry darling..I tak ada perasaan langsung pada dia..serius..I langsung tak cintakan dia lagi..” ujarku bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan kananku seakan-akan sedang berikrar.Andy tersenyum lalu mengambil tanganku dan mengucupnya.

“I believe you,sayang..I nampak semuanya..masa tu kan you tengok laptop I tertutup..sebenarnya I ada pasang cctv dalam syarikat kita yang link dengan laptop I directly..tu yang I panas aje..sebab I perhatikan you setiap masa..walaupun I ni macam Olaf tapi I still care about you..saje je I belakon jadi Olaf sebab I takut jadi sesuatu sebelum kita berkahwin..I tak nak tersalah laku pada you..”ujar Andy lalu mencium ubun-ubunku.

“so,berapa orang you nak bagi I malam ni?..”soal Andy membuatkan dahiku berkerut.

“berapa orang apa?..”soalku binggung.Andy tergelak.

“I suka sangat tengok muka blurr you tu..comel sangat..berapa orang anak la sayang..”ujar Andy.Mak oi..malam ni ke?..perlu ke?.

“tapi you tak kisah ke?..ye la I ni kan bekas isteri Edry..I bukan anak dara..”ujarku merendah diri dalam nada sedih.Sesungguhnya itulah masalah yang membendung diriku sejak Andy menyuarakan hasratnya untuk mengahwiniku.

“syy..I terima you seadanya..lagipun you bakal lahirkan anak I kan lepas ni?..”soal Andy memandang anak mataku.Aku tersenyum lalu mengangguk.

“so..shall we?”soal Andy berbisik ditelingaku.Aku mengangguk malu.Malu tapi mahu.

“jom..”ujar Andy lalu mencepung tubuhku dan membawaku masuk ke bilik kami yang terhias indah.Andy meletakkanku keatas katil.

“ingat..no more Edry or anybody else in your life to be loved..except me..”bisik Andy.Aku mengangguk lalu Andy menutup suis lampu.

“I love you sayang..and always love you..one and only Elsa of my heart…”bisik Andy sambil tergelak sebelum kami meneruskan perjalanan mengharungi bahtera perkahwinan kami.Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan apa yang terjadi kepadaku.Selepas aku diduga dengan pelbagai dugaan akhirnya cinta aku dan Andy kembali bersatu.Edry pula sudah berhenti kerja dan berpindah ke luar negara.Segala harta pusaka milik datukku telah ditukar nama keatas nama Andy.Aku bersyukur dengan segalanya.Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Bila cinta sudah menguatkan ikatan kasih itu, hanya tinggal aku dan Andy sahaja yang bertanggungjawab menjadi nakhoda bahtera kami ini ke jalan bahagia dan semua dugaan itu hanyalah sekelumit dugaan yang harus dilalui tanpa gusar kerana banteng asas, iaitu cinta dan kepercayaan sudah menjadi dinding teguh melindungi dua hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience