BAB 3

Romance Completed 11053

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri.Kekok.Itulah yang aku rasa buat masa ni.Haruman yang dipakai oleh Andy ini semakin membuat jiwaku bergetar dan sesak rasanya apabila duduk berduaan dengan lelaki yang penuh daya tarikan seperti Andy ni.Ya allah..janganlah aku terlupa batas-batas aku ni.

“err..awak..”kami berkata-kata serentak.Aku terdiam.Begitu juga dengan Andy.Akhirnya dia tergelak.

“tak apalah awak cakaplah dulu..”ujar Andy.Aku hanya tersenyum.

“erm..tak ada apa..minyak wangi awak ni..”kataku perlahan.

“kenapa?..awak tak suka ke?..”soal Andy sambil mendekatkan pergelangan tangannya ke hidung untuk menghidu bau harumannya.

“tak la..saya suka..suka sangat..”ujarku ikhlas.Andy memandangku dengan satu pandangan yang susah untukku tafsir lalu dia segera memandang kehadapan.Tiba-tiba tangannya menyentuh tanganku.Gulp..jantungku sudah memainkan peranan.Aduh..jantung ni..cubalah bekerja dengan baik sikit.Aku masih tergamam dengan tindakkan spontan Andy.Perlahan tanganku dikucup.

“I miss you so much,Natalia..I miss you damn so much..and I’m not gonna leave you again..not even one second..”ujar Andy dalam nada romantis.

“ap..apa maksud awak?..”aku cuba memberanikan diri bertanya.

“Natalia..mungkin awak dah tak ingat saya lagi..tapi satu yang awak perlu tahu..saya cintakan awak sepenuh hati saya dan akan mencintai awak selama-lamanya..”ujar Andy yang masih mengenggam tanganku kemas seakan-akan tidak mahu melepaskannya lagi.

“kita pernah ada hubungan sebelum ni?..”soalku pelik.Sejujurnya aku pening dengan layanan semua orang.Somebody!..please explain to me what is actually going on in my life!!..nak aje aku jerit sekuat hati.

“you’re my girlfriend,Natalia..and you’ll be always be mine..”ujar Andy dengan nada yang seakan-akan pedih.Kenapa kalau aku ni girlfriend dia,dia mesti bercakap dalam nada

tu?..Ah..pening..pening..tapi..aku suka juga kalau Andy tu jadi boyfriend aku.Dia handsome tahap gaban.Tak faham aku agaknya mak dia tu miss world agaknya menyebabkan anak dia sekacak tu.Ya ampun..rasa nak meletup..haha..tapi..hebat juga aku ni ek boleh dapatkan lelaki yang handsome macam tu.Aku hanya tersenyum bangga apabila memikirkan hal itu.

“hey darling..kenapa duk tersenyum nakal macam tu?..geram saya tengok tau..comel sangat..”ujar Andy sambil mencubit pipiku mesra.Aku tergelak manja.

“ye la..macam tak percaya pulak..”ujarku sambil memandang Andy.

“tak percaya kenapa?..”soal Andy.

“macam tak percaya yang saya ni ada boyfriend macam awak..”

“kenapa saya tak cukup handsome ke?..”soal Andy lalu memandang kearahku membuatkan aku jadi tidak keruan.

“mana ada..maksud saya macam tak percaya pula ada lelaki sekacak awak boleh jadi boyfriend saya..iya la..siapa la diriku ini..”ujarku merendah diri.Haha.Agak-agak dia pujuk aku tak dengan ayat aku ni.Andy tergelak kuat.

“awak ni ada-ada aje..awak tahu tak saya ni yang bertuah sebab dapat girlfriend macam awak..dah la cantik,pandai,baik dan yang paling penting saya sayang sangat-sangat kat awak..”ujar Andy lalu sekali lagi mengucup tanganku.Kata-katanya membuatkan aku kembang semangkuk.Andy..kau memang punya daya tarikan.

“hisy..tak payah nak masuk mood romantic sangat la..nanti ada pula saya yang ‘waterfall’ kat sini sebab terharu..”ujarku namun sebenarnya aku dah cair sangat dah ni dengan ayat dia tadi.

“awak..nak tanya sikit boleh?..”soalku manja kepada Andy.

“nak tanya apa,sayang?..”soal Andy seperti nadaku sebentar tadi.

“awak mesti dah kenal sangat dengan family saya,kan?..boleh tak awak ceritakan serba sedikit tentang family saya?..saya betul-betul tak ingat apa-apa pun pasal diri saya dan pasal family saya..”ujarku sedih.Ya,aku memang sedih sebab aku betul-betul tak ingat siapa diri aku ni.Aku sebenarnya terharu dengan layanan Andy pada aku tapi aku masih keliru.Perasaanku memang mulai tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Andy tapi sejauh mana perasaan itu aku pun tak pasti.Andy memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran yang berkonsepkan taman.

“okay..saya akan ceritakan pada awak tapi first of all..saya lapar la..jom makan dengan saya..”ujar Andy dengan muka sedih yang kelihatan seperti kanak-kanak Ribena.Lucu sungguh wajahnya itu membuatkan aku tergelak.

“okay..jom..”ajakku.Kami berdua keluar dari kereta Audi miliknya dan berjalan beriringan masuk ke dalam restoran tersebut.Aku pun tidak berapa pasti kedudukan restoran ini namun yang pasti kami berada ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience