BAB 2

Romance Completed 11057

Keesokkan paginya aku bangun dari tidurku namun apa yang mengejutkan aku.Edry!..kenapa dia ada dalam bilik aku?..kenapa dia tidur kat sofa tu?..adakah dia jaga aku sepanjang malam?..

“abang..bangun,bang..dah pagi ni..abang tak kerja?..”soalku pada ‘abang’ aku tu.Sebagai adik,aku patut risaukan abang aku.Terharu juga aku dengan sikap prihatin abang aku ni.Edry berpisat-pisat namun senyuman manisnya tetap menghias bibirnya.Aku terpaku sekejap.Senyumannya kelihatan..seksi!.

“good morning,sweet heart..maaflah abang tertidur malam tadi kat sini..khusyuk sangat perhati sleeping beauty abang tidur sampai tak sedar dah terlelap kat sini..”ujar Edry.Waa..dia panggil aku sleeping beauty?!!..rasa macam nak jerit je.Sedar Natalia..sedar..dia tu abang kau aje..takkan kau nak suka kat abang sendiri.Buang tabiat ke apa?..

“hihi..Natalia memang la cantik..kan Natalia adik abang..abang pun apa kurangnya..betul tak?..”soal ku sambil menghadiahkan senyuman paling manis buat abangku itu.Edry tersenyum lalu mengangguk tapi senyumannya yang susah untukku tafsir.

“dah la..abang nak pergi kerja dulu..Natalia duduk rumah jangan nakal-nakal,ya?..nanti kalau abang free abang balik teman Natalia lagi..”ujar Edry sebelum menghadiahkan satu ciuman dipipiku lalu keluar.Baiknya abang aku tu.Sayang abang!

Aku menuruni satu persatu anak tangga dengan berhati-hati.Kepalaku terasa sedikit pening namun ku gagahkan juga diriku ini keluar dari bilik.Bosan juga asyik duduk terperap dalam bilik tu.Ketika aku sampai ke anak tangga terakhir terdengar bunyi tapak kaki seseorang dari dapur.

“ya allah..cik Alia..janganlah susah-susah turun bawah..panggil aje Mak Jah dari atas..”ujar seorang wanita yang agak seusia dengan mamaku itu.

“hisy..tak apalah Mak Jah..Alia bosan la duduk kat bilik aje..”Mak Jah hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan.

“erm..kalau itu yang Alia katakan Mak Jah pun dah tak boleh kata apa dah..mama Alia ada kat luar tu tengah berborak dengan Andy..”beritahu Mak Jah.

“Andy?..”soalku pelik.Siapa tu?.Aku pernah kenal ke?.

“oh..hehe..Andy,sepupu Alia..anak makngah ..dia baru balik dari London semalam..dah hampir 5 tahun juga dia ke sana sejak..”Mak Jah menghentikan kata-katanya.Dia seakan-akan serba salah untuk memberitahuku sesuatu.

“sejak apa Mak Jah?..”

“erm..tak ada apa-apalah..Alia pergilah dulu jumpa dia..dia dah lama tak jumpa Alia..”ujar Mak Jah sebelum beredar.Aku berjalan menuju kearah laman rumah kami.Kedengaran bunyi gelak tawa mama bersama Andy.

“mama..”panggilku.Serentak mereka berdua memandangku.Andy berdiri sejurus melihatku.Wajahnya kelihatan amat gembira melihatku.Wajahnya kacak namun kulitnya yang putih kemerahan itu menunjukkan dia mempunyai darah kacukkan juga.Hisy..pelik aku dengan semua orang..diorang ni memang semua ada darah kacukkan ke apa?..Kacak sungguh Andy yang badannya tinggi seperti model itu.Aku percaya Andy bukanlah calang-calang orang.Hisy..stress pula aku dibuatnya..kenapa semua lelaki yang aku jumpa ni handsome sangat?!.

“Natalia..alhamdulillah..Natalia dah sedar..”ujar Andy dengan pandangan mata yang susah untukku tafsir.Mama tersenyum melihat aku yang sedikit kekok melihat Andy.

“erm..Andy eyh?..erk..kita pernah kawan?..”soalku pelik.Wajah Andy serta merta berubah.Dia terduduk kembali.Wajah mama juga kelihatan muram.Namun Andy kembali tersenyum walaupun senyumannya kelihatan hambar.

“tak apalah..mungkin awak tak ingat saya lagi tapi tak apa..jom saya bawa awak shopping..awak suka shopping tau dulu..”beritahu Andy.Aku memandang mama dengan wajah comelku.Serta merta mereka berdua tergelak kuat.

“Alia..Alia..mama tahu Natalia mama ni memang nakal tau..dari dulu lagi tak berubah-ubah perangai tu..”ujar mama sambil tergelak lagi.Aku hanya tersengih sebelum berlari naik ke bilikku untuk menukar pakaian.Walaupun aku baru sedar dari ‘tidurku’ yang lena selama setahun itu semalam namun aku rasakan seperti sudah sedekad aku terperap sahaja dalam rumah agam milik keluargaku ini.

Beberapa minit kemudian aku turun dengan memakai pakaian yang selesa bagiku namun tetap kelihatan ranggi.Aku rasa itulah gayaku kini,selesa dan sedap mata memandang.Rambutku yang keperangan paras pinggang dibiar lepas.Aku melihat lagi penampilanku pada cermin yang terletak diruang tamu rumahku sebelum ke laman.

“jom,Andy?..”ujarku dengan senyuman manis.Walaupun aku baru mengenali jejaka yang bernama Andy itu beberapa minit yang lalu namun aku tahu aku dan Andy pasti rapat sebelum ini kalau tidak masakan mama nak mengizinkan aku keluar dengan mudahnya bersama Andy,betul tak?.Andy memandang kearahku dengan tidak berkelip.Apabila mama berdehem baru dia menundukkan wajahnya.Malu mungkin.

“okay la,aunty..Andy nak culik Natalia sekejap..nanti Andy pulangkan balik..”ujar Andy lalu menyalami mamaku.Mama menyambut lalu menepuk-nepuk bahu Andy.

“ingat ye apa yang aunty pesan..Andy tolonglah Natalia kami ni serba sedikit..”ujar mama.Dahiku sudah berkerut.Tolong apa?.Pertolongan apa yang mama mahukan untukku sehingga Andy terlibat?.Ah..malaslah nak fikir..lebih baik aku tenangkan fikiran dan bertukar angin dengan shopping!!!..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience