BAB 13

Romance Completed 11053

Hari ini sudah hampir seminggu aku bekerja dibawah Andy namun kedinginannya bagai tidak ada penghujungnya.Sedang aku sibuk menyediakan air minuman buat Andy,kedengaran bunyi pintu ditolak dari luar.Aku hanya mengabaikannya sahaja namun tiba-tiba pinggangku terasa ada sesuatu.Pantas aku memandang ke belakang.Ternyata ianya Edry.

“Apa yang awak nak ni?..saya tak suka awak peluk saya sesuka hati..”ujarku sambil membetulkan blazer yang tersarung dibadanku.Edry tersenyum herot sebelum menolakku ke dinding.Dia meletakkan tangannya di dinding membuatkan pergerakanku amat terhad.Aku menelan liurku.

“Edry..behave..ingat sikit status awak tu..saya tak suka awak bertindak macam kita ni masih suami isteri lagi..antara saya dan awak dah tak ada apa-apa lagi..awak ingat sikit..”ujarku sebelum menolak Edry dengan kuat agar menjauhiku dan segera mengambil mug yang berisi minuman buat Andy sebelum beredar dari situ.Takut juga aku dibuatnya apabila berdepan dengan situasi begitu.Ketika aku memasuki bilik pejabat Andy.Wajah Andy amat tegang namun matanya masih terarah kepada laptop yang sudah ditutup.Aku mencebik sebelum meletakkan mug itu disisi meja Andy.Andy tiba-tiba memegang pergelangan tanganku.

“saya nak awak pindah ke dalam ruangan ni..dan petang ni awak balik dengan saya..”ujar Andy dingin.

“pergi mana?..”soalku pelik.

“butik pengantin..hujung minggu ni kita menikah..”ujar Andy.Perlahan pergelangan tanganku dilepaskan.What?!.Menikah?..Kenapa aku tak tahu pun?.Itu adalah arahan atau lamaran?.Hujung minggu ni terlalu pantas?.Persiapan belum sedia lagi.Aku memandang Andy dengan seribu satu persoalan diminda.

“Saya dah buat persiapan dengan mama awak dan mama papa awak dah tahu tentang hal ni..”ujar Andy tenang.

“tapi..”belum sempat aku menyambung ayatku,Andy menekan interkom.

“Fiz,tolong alihkan meja dan barangan Natalia ke dalam bilik saya sekarang..”ujar Andy sebelum kembali memandangku serius.Aku suka nak kahwin dengan dia tapi kenapa dia masih pelik lagi ni?.Akhirnya aku akur dan terduduk di kerusi hadapannya.Aku perasan dia tersenyum sedikit apabila aku menundukkan wajahku tanda akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience