BAB 7

Romance Completed 11053

Hurm..leganya dapat mandi.

“kau ingat kau boleh rampas dia dari aku lagi?!..jangan haraplah Edry..kau memang jantan tak guna!!”kedengaran suara pekikkan kuat dari luar tingkap.Eh..diorang ni bergaduh ke apa?.Mama dan papa dah la belum balik.Mak Jah pula entah ke mana pun aku tak tahu.Perlahan pintu sliding ku buka dan menyorok disebalik dinding beranda.

“Andy..walaupun kau sepupu dia merangkap teman lelakinya tapi aku yang telah diwasiatkan untuk jaga dia..kau lupa ke semua tu?..aku masih berhak keatas dia,Andy..kau dah tinggalkan dia selama 5 tahun..selepas apa yang terjadi ni,kau ingat aku akan senang-senang lepaskan dia?!..over my dead body,Andy!”jerit Edry.

“kurang ajar!!..aku tak kira..Alia jadi macam tu semua sebab kau..sebab kau kejar perempuan lain,dia accident sehingga koma selama setahun..kau ingat aku akan biarkan semua ni jadi?..sudah la Edry..wasiat tu dah tak berguna lagi..kau pun dah lepaskan dia malam tu..so,kau tak berhak lagi keatas dia..kau tinggal disini pun atas belas kasihan mak Long..ingat sikit..kalau tak sebab arwah atok aku..kau tak dapat kesenangan ni semua,Edry..”ujar Andy.Apa maksud diorang ni?.Aku tak faham sangat.Hak apa? Kenapa Edry berhak atas aku dulu dan sekarang tak?.

“tapi aku suami dia!..”jerit Edry membuatkan lututku sudah tidak kuat lagi.Apa?!Edry tu..su..suami aku?!.

“no!!..you’re her ex-husband..she’s not belonging to you anymore..and I’ll make sure she’ll never be your wife for a second time..you don’t deserve her..”jawab Andy sebelum Edry menumbuk Andy.Kepala aku semakin pening mendengar semua ini.Secara tidak sengaja aku tertolak kerusi diberanda tersebut membuatkan mereka berdua memandang kearahku.

“cukup!!..”jeritku sebelum semuanya gelap dari pandangan mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience