BAB 14

Romance Completed 11053

Aku melihat gaun moden berwarna pink yang elok tersarung dibadanku.Wajahku dan rambutku juga telah dirapikan oleh juru andam sebentar tadi.Sebentar lagi aku bakal dinikahkan dengan si Olaf,Andy.Teringat aku ketika kami memilih baju beberapa hari yang lalu.

“Andy..saya suka la warna ni..”ujarku kepada Andy sambil menunjukkan baju kebaya berwarna emas kepada Andy namun dia menjengkelkan matanya kepadaku.

“kenapa pilih warna tu?supaya sama warna dengan warna baju pernikahan awak dengan Edry?..”soal Andy tegang.Aku menelan liurku dan meletakkan kembali kebaya tersebut kemudian aku memeluk lengan Andy.

“sorry la sayang..saya tak berniat pun nak lukakan hati awak..maafkan saya ya sayang?..”soalku sambil mengusap pipi Andy.Andy hanya menganggukkan kepala sebelum melepaskan pelukkan ku dan memaksaku mencuba gaun moden yang ku pakai pada hari ini.

“ingat ni..tak nak ada warna emas langsung dalam majlis perkahwinan kita..kalau tak awak bersanding seorang-seorang..”amaran Andy yang satu itu membuatkan aku kecut perut.

“hey..pengantin tak elok mengelamun..jom..pengantin lelaki dah sampai..”ujar Kak Alina,juru andamku mematikan lamunanku.

Aku menuruni anak tangga dengan penuh tertib dan mengambil tempat diatas bantal baldu yang dikhaskan untukku dan Andy ketika majlis akad dan nikah dijalankan.

“Andy Hijjaz bin Borhan..”

“ya saya..”jawab Andy ketika namanya disebut oleh tok kadi.

“aku nikahkan dikau dengan Fira Natalia binti Ahmad Johari dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit,tunai..”lafaz tok kadi.

“aku terima nikah Fira Natalia binti Ahmad Johari dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit tunai..”dengan sekali lafaz aku sah menjadi suri kepada jejaka yang ku cintai iaitu Andy Hijjaz,suamiku.Setitis air mata kesyukuranku mengalir dipipi.Andy bangun dan berjalan kearahku sebelum duduk bertentangan denganku.Cincin pernikahan disarungkan dijariku.Dia mendekatkan bibirnya didahiku.Amat nyaman sekali perasaanku saat dahiku dikucup oleh Andy.

“happy birthday sayang..”bisik Andy ditelingaku.Tiba-tiba kedengaran suara para tetamu menyanyikan lagu buatku dan kelihatan ibuku membawa kek kepadaku.Sekali lagi air mata terharuku mengalir.

“thanks,Darling..”ucapku kepada Andy.Senyuman kegembiraan tak lekang dibibirku sepanjang majlis berjalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience