BAB 8

Romance Completed 11053

“Natalia..tolonglah sedar,sayang…”kedengaran satu suara disampingku membuatkan mataku terbuka luas.

“please don’t leave me anymore,Alia…”ujar Andy sambil memegang tanganku namun segera dialihkan apabila Edry menjeling tajam.

“mana mama dan papa?..”soalku.Aku buntu.Apa yang aku dengari sebelum aku pengsan bagaikan satu tamparan hebat buat diriku.

“mama dan papa baru aje balik..abang suruh diorang balik dulu..”jawab Edry.Aku sedih sangat.Kenapa aku tak ingat langsung apa yang telah terjadi sebelum aku koma?.Kenapa?.

“Abang..boleh tak abang bagi Natalia bercakap dengan Andy sekejap..”ujarku.Seakan berat hati Edry meninggalkan aku dan Andy.

“sayang..please jangan buat saya takut lagi macam tadi..I was like crazy when you fainted just now..”ujar Andy lalu mencapai tanganku dan mengucupnya berkali-kali.Kesian pula aku tengok Andy tu.Di pipinya kelihatan kesan lebam dan bibirnya sedikit pecah.Pasti semua ni akibat apa yang dilakukan Edry terhadapnya.

“sini saya nak tengok sikit muka awak tu..”ujarku lalu memegang dagunya untuk melihat wajah Andy dengan teliti.Sedih dan pilu hatiku melihat keadaan Andy.

“maafkan saya..”ujarku sebelum mengalirkan air mata.Semua ni salah aku..Kalau tak sebab aku pasti Andy dan Edry tak akan bergaduh.Andy mengusap pipiku.

“don’t cry..bukan salah awak..salah saya..saya yang gagal jaga awak..”ujar Andy.

“apa yang terjadi sebenarnya ni?..jangan risau..saya dah dengar serba sedikit masa awak gaduh tadi..tak perlu sembunyikan apa-apa lagi..”ujarku.Andy berdehem beberapa kali.

“sebenarnya saya dan awak pernah bertunang tetapi akibat salah faham dengan atok..saya terpaksa memutuskan pertunangan kita dan pergi ke London atas paksaan atok..percaya la Alia,saya sentiasa cintakan awak walaupun saya terpaksa tinggalkan awak..”

“habis tu macam mana saya boleh kahwin dengan Edry?..”soalku

“oleh kerana saya berkali-kali cuba mendekati awak dan awak tak dapat lupakan saya maka atok ambil keputusan untuk nikahkan awak dengan Edry atas paksaan.Edry tu adalah anak kepada kawan atok yang telah meninggal dunia.Atok terlalu sayangkan Edry sehingga dia sanggup ambil keputusan untuk memisahkan kita..saya difitnah masa tu..dan Edry adalah dalangnya..”ujar Andy membuatkan aku terkesima.Maksudnya selama ni Edry adalah orang jahatnya?.

“kenapa dia buat macam tu?..”

“sebab harta,Alia..atok dah terlalu tua masa tu..memandangkan mama saya dah ada syarikat sendiri dan papa saya bukanlah menantu pilihan atok maka tak ada sedikit pun harta atok yang diberikan pada mama dan papa saya..Saya diwasiatkan untuk menjadi CEO di syarikat atok ..Edry pula mendapat 50% dari harta atok manakala mak Long dapat 50%.Sebab tu atok suruh Edry nikah dengan Alia tetapi sebenarnya dia hanya pergunakan Alia sehingga malam kejadian Alia accident sebab kejar Edry yang nak ikut girlfriend dia pergi luar negara.”ujar Andy lagi.Bingo.Jadi sebab tu la semua ni terjadi.

“selepas atok meninggal dunia,Edry bawa awak pindah dan seksa awak..setiap hari awak call mak Long sambil nangis tapi awak selalu rahsiakan apa yang jadi sehingga doktor sendiri yang mengesahkan awak selalu dipukul semasa awak dimasukkan ke hospital malam kejadian awak ditimpa kemalangan.Awak juga..”ujar Andy sebelum terhenti.

“saya apa?”

“awak juga keguguran semasa kemalangan tu terjadi..awak tak beritahu Edry yang awak mengandung sebab bimbang Edry akan cederakan awak lagi..tapi mengikut apa yang diceritakan mama awak..Edry dah berubah sejak awak koma dan keguguran..girlfriend dia pun dah tinggalkan dia..tapi walau apa pun terjadi saya tetap akan pertahankan awak..saya akan jadi suami awak juga..tak ada alasan lagi untuk pisahkan kita kecuali maut..”ujar Andy lalu memeluk bahuku.Menitis air mataku mendengar apa yang terjadi pada diriku.

“Andy..boleh tak awak panggilkan Edry..saya nak dengar sendiri pengakuan dari dia..”ujarku.Segalanya harus dibongarkan malam ni juga.Andy keluar beberapa minit sebelum kelihatan kelibat Edry memasuki ruangan tersebut dengan wajah suram.

“explain what is actually happen..”ujarku pendek.Edry melepaskan satu keluhan berat sebelum dia memulakan bicara.

“base on what Andy have told you just now..everything is true..betul abang salah dalam hal ni..dan memang abang yang perangkap dia semasa dia menjadi tunang Natalia,dulu..tapi pasal malam kejadian tu..abang rasa semua orang dah silap pasal hal sebenar…”ujar Edry lalu mengambil tempat disisiku diatas katil hospital itu.

“then?..what happen?”soalku dengan perasaan ingin tahu.Edry mencapai tanganku dan mengenggam seakan tidak ingin melepaskanku lagi.

“abang terlalu cemburu dengan sayang..saat abang dah mula cintakan sayang..abang terbaca surat yang sayang nak hantar pada Andy..setiap hari perkahwinan kita selama empat tahun..setiap hari sayang tulis surat untuk Andy menyatakan betapa sayang merindui dia..abang tak sanggup dan kecewa dengan apa yang terjadi..memang betul abang selalu menyakiti sayang..but that was before I realize that I’m in love with you..dan pada malam kejadian..segalanya terbongkar..actually abang tak pergi pun pada ex-girlfriend abang,Lyna..abang terlalu buntu jadi abang rasa adalah jalan terbaik kalau abang lepaskan orang yang abang mula sayang kalau dia sendiri terasa dirinya diseksa dan tak dapat menerima abang..sumpah,Natalia..abang tak pernah berniat untuk menyebabkan Natalia kemalangan..dan yang paling abang sedih..sepanjang perkahwinan kita..Natalia menyembunyikan kandungan Natalia yang sangat abang harapkan..abang faham Natalia takut kerana abang selalu mengugut untuk memukul Natalia kalau abang dapat tahu yang Natalia mengandung tapi kenyataannya abang sangat keewa dengan kehilangan anak kita,sayang..”ujar Edry bersama titisan air mata penyesalan.Aku turut sedih melihat keadaan Edry itu tetapi dalam masa yang sama aku turut kasihankan Andy.Ahh..aku buntu!

“abang harap sayang terima abang semula,ya?..kita mulakan hidup baru bersama..abang janji abang tak akan ulangi kesilapan bodoh abang lagi..”ujar Edry lagi sambil mengucup kedua-dua tanganku berkali-kali.Semua ni terlalu berat untuk aku.Baru semalam aku menyedarkan diri dari ‘lena’ku yang lama dan kini,aku dikejutkan lagi dengan kisah kehidupanku yang terdahulu.Dugaan apakah ini?.Perlahan tanganku ditarik dari Edry.

“maaf..abang..Natalia rasa Natalia perlukan rehat yang secukupnya..semua ni terlalu berat untuk Natalia..Abang dan Andy pulang la dulu..”ujarku.Edry memandangku dengan wajah sayu sebelum dia membantuku untuk baring dan menyelimutkan sebahagian tubuhku.

“tidurlah sayang..abang harap sayang dapat buat keputusan yang baik kali ni..abang tak akan paksa..”ujar Edry sambil mengusap kepalaku lalu menghadiahkan satu kucupan didahiku sebelum dia beredar.Aku memegang dahiku yang baru dikucup oleh Edry dan beralih ke perutku yang kempis.Patutkah aku terima dia semula? Walaubagaimanapun,dia pernah jadi suami aku..dan aku pernah mengandungkan benihnya tapi..Andy telah menanggung derita selepas kami putus tunang..dia tinggalkan aku bukan atas kehendaknya sendiri.Aku terlalu buntu.Mataku dipejam rapat.Semoga semuanya baik-baik sahaja sejurus aku sedar esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience