BAB 4

Romance Completed 11053

Aku merenung wajah Andy yang khusyuk menikmati makanan yang dipesannya sebentar tadi.Erm..menarik juga muka dia ni.Keningnya yang agak lebat namun terurus dan matanya yang agak redup serta kelihatan menggoda.Matanya berwarna Hazel menaikkan lagi ketampanan yang sedia ada pada dirinya.Hidungnya mancung dan bibirnya yang agak seksi.Dan yang paling istimewa ialah lesung pipit dipipi yang menghiasi senyumannya yang menggoda itu.Ahh..dia memang amat menarik pada mataku.

“puas dah awak tenung muka saya?..”soal Andy tiba-tiba lalu memandang tepat ke anak mataku.Aku menelan liurku kerana panahan matanya itu telah berjaya menggetarkan jiwaku ini.

“hihi..belum puas la..awak ni..patutnya awak happy tau saya tenung muka awak bukan muka orang lain..tapi tak apalah kalau awak nak saya tenung orang lain..”ujarku lalu memandang ke arah seorang pelayan lelaki yang sedang mengambil order dimeja lain.Alah..bukan aku nak tenung sangat pun waiter tu..saja aje nak acah dia ni..Andy mencapai tanganku.

“ada saya cakap tak boleh ke?..”soal Andy dengan senyuman nakal.Aduh..senyuman tu boleh buat imanku serba sedikit tergugat.

“err..boleh ke?..”soalku.Hisy..mulut ni kenapa la tanya soalan pelik-pelik..lain yang aku nak cakap,lain pula yang keluar.Andy tergelak kuat namun masih kelihatan sangat menawan dimataku ini.Ahh..Andy..kalau la kau ni suami aku dah lama aku peluk-peluk kau..comel sangat..melting!!.

“Alia..you’re still the same eventhough you tak macam dulu lagi..”ujar Andy sebelum wajahnya automatik berubah keruh.

“alaa..kalau saya tak ingat pun tapi saya pasti awak mesti istimewa buat saya,kan?..”ujarku Cuma mengembalikan keceriaan diwajah kacak dihadapanku ini.Andy tersenyum lalu mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience