BAB 9

Romance Completed 11053

Sudah hampir sebulan sejak kejadian pergaduhan Andy dan Edry.Bagiku pula bagai tiada penghujung dalam memikirkan hal ini semua.Huh..susahnya nak pilih..dua-dua pun lelaki yang penting dalam hidupku.Andy dan Edry pula bagaikan bersaing untuk mendapatkan perhatianku.Tiba-tiba terasa ada tangan mengusap kepalaku dari belakang.

“eh..mama..”ujarku.Ibuku mengambil tempat disampingku ketika sedang asyik melayan perasaan ditepi kolam renang rumah kami yang agak tersorok sedikit.

“jauhnya anak mama ni termenung..macam memikirkan masalah negara aje..”ujar ibuku seraya tersenyum.

“memang berat pun nak difikirkan mama..”ujarku sambil menghela nafas berat.

“sayang..dalam hidup ni memang banyak dugaan..tapi setiap dugaan tu diberi pasti ada jalan penyelesaiannya..kalau sayang buntu..sayang cerita kat mama,mana tahu mama boleh bantu sayang ke..”ujar ibuku.Aku memeluk bahu ibuku.

“mama..betul ke abang Edry tu sayangkan Natalia?..”soalku.

“Natalia..pasal hal hati dan perasaan tu hanya Natalia dan Edry sahaja yang tahu..Cuma…”

“Cuma apa mama?..”soalku.

“Cuma..Andy dah banyak bekorban untuk Natalia..maafkan mama dan papa sebab tak dapat nak membantu Natalia saat atok memutuskan pertunangan kamu..kami terlalu mudah terpengaruh dengan cerita yang disampaikan oleh bekas teman wanita Edry tu..”ujar Ibuku sayu.

“apa yang terjadi sehingga atok buat keputusan macam tu,mama?.”

“Andy dulu bekerja dengan atok..jawatannya adalah sebagai CEO dan Edry pula adalah penasihat kepada Andy..Andy terlalu percayakan Edry sehingga dia temasuk dalam perangkap Edry..Andy ditangkap khalwat dengan seorang PA klien syarikat..kebetulan masa tu Andy dan Edry telah pergi ke Sabah untuk berjumpa klien tu..dan selepas Andy dihalau ke London,kamu pula dipaksa untuk bernikah dengan Edry..baru kami dapat tahu cerita yang sebenar..ternyata gadis tu adalah kekasih gelap Edry tetapi semuanya dah terlambat kerana atok kamu dah meninggal dunia..dan mengikut wasiat atok..kamu dan Edry harus menjadi suami isteri sekurang-kurangnya 4 tahun sebelum semua harta dapat diagihkan mengikut wasiat atok..dan malam kejadian dimana kamu kemalangan itu adalah malam ulang tahun keempat perkahwinan kamu,Natalia..tetapi jangan risau sayang..sekarang Andy dah dapat semula haknya untuk memegang jawatan CEO syarikat atok..”terang ibuku panjang lebar.Jadi pada malam ulang tahun perkahwinan aku yang keempatlah aku diceraikan.Edry..kau memang kejam..

“kenapa tergamak Edry buat Alia macam ni?..kenapa Alia macam tak bernilai pada dia?..”soalku lirih.Tak dapatku tahan lagi air mataku.

“sabarlah sayang..semua ni mungkin ada hikmah disebaliknya..”ujar ibuku memujuk.Aku mendakap ibuku sebelum menghamburkan tangisku dibahunya.

Beberapa jam kemudian,aku masih lagi duduk ditepi kolam renang.Mataku masih segar walaupun jam sudah berganjak ke pukul dua pagi.Saat aku merenung bintang-bintang didada langit terasa ada kain menutupi bahuku.Aku berpaling ke belakang dan terlihat Andy yang kacak bert-shirt putih mengambil tempat disampingku.

“kenapa Alia tak tidur lagi ni?..”soal Andy prihatin.Ahh..hatiku sentiasa berbunga-bunga dengan layanan Andy.Segalanya tentang Andy adalah sempurna buatku.

“tak mengantuk lagi..by the way,bila Andy sampai?..bukan patutnya Andy balik rumah makngah ke?..”soalku pelik.

“mama saya dan papa outstation..so,saya bosan la duduk rumah seorang..saya datang la sini..boleh temankan awak..”ujar Andy dengan senyuman manis yang membuatkan aku cair.

“Andy..saya nak tanya awak something boleh?..”soalku berhati-hati.

“apa dia?..”soal Andy.

“awak..awak tak kisah ke kahwin dengan saya..I mean..saya ni kan janda..”ujarku sambil menundukkan wajahku.Andy merapatkan kedudukannya denganku sebelum mengangkat daguku.

“hey..kenapa saya perlu kisah dengan status tu?..saya hanya perlukan hati awak sahaja..”bisik Andy romantis.Aku tersenyum lalu mendakap Andy.

“Thanks Andy for accepting me as what I am now,dear..”ujarku perlahan sambil memandang anak mata Andy.Kami saling bersambung pandangan dengan seribu satu rasa yang terpendam dihati.Perlahan aku menutup mataku apabila terasa bibir Andy mulai menyentuh bibirku namun tak lama kemudian kami tersedar akan keadaan itu.Andy menjauhkan dirinya begitu juga aku.

“maafkan saya..”ujar Andy lalu bangun dan beredar dari situ.Aku memegang bibirku.Aku memegang dadaku..degupan jantungku pantas sekali..hatiku terasa lain dari yang lain..mungkinkah dia yang harusku pilih?..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience