BAB 6

Romance Completed 4647

Setahun Berlalu

“Hai, keluarga Syukur.” Pulang sahaja dari sekolah Zahara terkejut mendengar nama datuknya disebut oleh seseorang yang pastinya suara seorang lelaki.

“Hai, Zahara! Boleh kita jadi kawan?” Langkah Zahara menuju ke perkarangan luar sekolah terhenti. Seorang lelaki dengan baju sekolah berlengan panjang dan berkulit sawo matang. Dia memberikan senyuman lebar kepada Zahara.

Keluhan berat dilepaskan. Rakannya sudah jauh pergi meninggalkan Zahara.

“Kita kan memang dah lama jadi kawan. Sekarang nak apa lagi?” Dia tertawa terkekek-kekek. Ariel. Rakan Zahara semasa berada di bangku sekolah rendah.Sentiasa membuatkan hidup Zahara ceria dengan soalan pelik yang diajukan kepadanya.

“Saya nak apa? Saya nak khawin dengan awak lepas SPM. Boleh?” Buku teks Akaun yang berada di tangannya segera dihayunkan untuk memukul bahu Ariel. Dia sempat mengelak lalu tertawa terkekek-kekek.

“Tak boleh! Sebab dah ada seseorang… dalam hati saya.” Senyuman Ariel mati. Wajahnya yang manis serta merta bertukar menjadi masam.

“Oh, untung la orang tu. Jangan la ambil serius dengan apa yang saya cakap tadi. Saya saje je buat lawak bodoh. Bye.Assalamualaikum.” Zahara menjawab salamnya lalu terangguk-angguk tanda mengerti.

Cemburu.Adakah dia cemburu dengan seseorang yang berada dalam hati Zahara? Kadang-kadang dia berasa pelik dengan dirinya sendiri, sudah berpuluh kali Ariel memberikan tanda-tanda bahawa dia mempunyai perasaan melebihi seorang sahabat kepada Zahara. Namun,dia tidak dapat membalas perasaannya itu. Azaire, dia telah mencuri hati Zahara begitu tahun lamanya.

Sejak Zahara menuturkan kata-kata itu kepada Ariel,dia mulai menjauhkan dirinya daripada gadis itu. Tiada lagi lawak jenaka yang diberikan untuk Zahara. Pesanan ringkas yang dihantar kepadanya langsung tidak terbalas. Panggilan telefon juga tidak diangkatnya.

Ariel memang ingin menjauhkan dirinya dari Zahara. Rasa bersalah dalam dirinya mulai menerpa. Ditambahkan dengan beberapa persoalan. Zahara buntu. Buku Bahasa Malaysia yang tersusun rapi di atas meja diambil lalu mulai membuat latihan.

“ Dah lama Ariel tak sakat kau. Korang ada masalah ke?” Belum sempat telekung yang berada di tangan Zahara disarung di atas kepalanya, Aina mengajukan soalan kepadanya.

Zahara hanya menggeleng kepala. Seperti biasa mereka bertiga akan menunaikan solat Zohor sebelum menghadiri kokurikulum. Beberapa minit kemudiaan,selepas selesai menunaikan solat mereka mulai berganjak pergi meninggalkan perkarangan surau.

Ha,sudah dia terserempak dengan Azaire yang sedang memberikan risalah kepada pelajar yang sedang duduk di dalam dewan. Suasana kelihatan begitu riuh pada masa itu. Mereka bertiga turut duduk bersila di dalam dewan tersebut.

“ Hara!” Tersembur keluar air minuman yang diteguknya sebentar tadi apabila Ariel menjerkahnya dari belakang. Safiza dan Aina saling berpandangan lalu saling berbalas senyuman. Pasti ada sesuatu yang bermain di minda mereka.

“Apa ni, tak reti nak bagi salam ke? Main jerkah je.” Zahara merungut sambil mengerutkan dahinya. Ariel tersengih kelat lalu duduk bersila di hadapan mereka bertiga.

“Jom… jom couple… saya suka dekat awak.” Hampir jatuh rahang Zahara mendengar pelawaan Ariel sebentar tadi, senyuman terukir di bibir Ariel. Zahara mulai kalut, lalu menggaru keningnya yang tidak gatal. Safiza dan Aina tertawa terbahak-bahak. Tanpa mereka sedari Azairee sudah terpacak berdiri di belakang mereka.

Senyuman terukir di bibirnya lalu memberikan risalah yang berada di tangannya kepada mereka.

“Couple tu haram.” Sungguh mendalam kata-kata yang dituturnya sebentar tadi. Ariel bangkit dari duduknya lalu tersenyum sinis.

“Adakah bukti couple tu haram? Aku tengok semua budak sebaya dengan kita main terjah je couple-couple ni.” Sengaja Ariel meninggikan suaranya kepada Azaire yang masih kelihatan tenang. Semua mata mulai tertumpu ke arah mereka berdua. Soalan yang diutarakan oleh Ariel sebentar tadi menarik minat pelajar yang berada di situ.

“Ada bukti yang couple tu haram, ada dalam al-quran dan ada juga dalam hadis. Ada tiga sebab couple tu haram antaranya tiada niat yang baik. Kau ajak Zahara couple tapi adakah dalam hati kau nak khawin dengan dia? Atau sekadar suka-suka je?

Yang kedua, kau boleh jatuhkan maruah Zahara sebagai seorang perempuan. Masyarakat di sekeliling kamu akan memandang serong terhadap Zahara bukan kau. Dia orang akan tertanya-tanya kenapa si Zahara ni begitu senang terima kau sebagai kekasih dia yang belum halal? Aku tak sanggup lihat orang memberi tanggapan yang buruk terhadap Zahara.

Eh,maksud aku insan yang bergelar perempuan.Yang terakhir, buang masa langsung tidak bermanfaat. Bukankah dating, berbual dalam telefon pagi,petang,malam membazir masa kepada kita yang akan menduduki SPM? Bukankah sewajarnya dan lebih elok kita gunakan masa kita dengan belajar?”

Zahara tidak menyangka bahawa Azairee yang dahulunya seorang kaki ponteng, suka membuli,merokok setiap hari mempunyai ilmu pengetahuan agama yang lebih luas berbanding dirinya. Ariel tersenyum kelat. Satu keluhan berat dia lepaskan lalu berganjak keluar dari dewan. Bahu kanan Azairee sempat ditepuk-tepuknya sebelum mengucapkan terima kasih.

Suasana yang riuh menjadi senyap setelah Azairee memberikan ilmu kepada mereka mengenai bercinta secara haram. Mata Zahara dan Azairee saling bertaut, senyuman sinis diberikan kepada Zahara sebelum dia berganjak pergi dari situ kembali ke tempat asalnya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience