BAB 4

Romance Completed 4647

“Nama dia Zahara Fatihah.” Zahara mendengar lelaki tadi menyebut namanya kepada Azairee sekali lagi.Zahara membuat sebuah kesimpulan bahawa yang ingin bertanyakan namanya tadi ialah Azairee. Keluhan berat dilepaskan.

“Hina sangat ke aku depan mata dia. Dia sanggup minta bantuan kawan dia yang jauh di belakang untuk bertanyakan nama aku je.”

Hari demi hari berlalu. Masa begitu pantas berlalu. Tahun ini hampir tiga tahun Zahara memendam perasaan itu. Pashmina Turquoise disambar lalu Zahara lilitkan di atas kepalanya. Dengan keputusan Penilaian Menengah Rendahnya yang agak mengecewakan sebentar tadi dia mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran.

Pangkin yang terletak di hadapan sawah padi milik ayahnya menjadi tempat berteduh. Tenang rasanya melihat ciptaan Allah yang terbentang luas di hadapan. Masalahnya dapat dia lupakan sejenak. Matanya dipejam rapat.Satu keluhan berat dilepaskan.

Angin petang berhembus laju,kedua belah tangannnya diletak ke belakang lalu segaris senyuman terukir di bibir. Sungguh nyaman udara pada petang ini.

“Wahh! Mengelamun Nampak! Ingat someone la tu. Kan Aina!”Terkejut. Itulah reaksinya sebentar tadi.

“Alahai korang ni kacau daun la pula.” Zahara merungut lalu mencebik. Safiza, Zahara dan Aina,hampir 3 tahun persahabatan mereka terjalin. Meskipun mereka agak kebudak-budakan namun Zahara bersyukur kerana Allah memberikan sahabat yang baik kepadanya.

“Ala, Hara. Kau janganlah sedih macam ni, ni pengajaran buat kau. Buat aku, buat Fiza juga. Kita sama-sama tak dapat masuk sains tulen tapi kita masih dalam kelas yang sama! Yeah!Tak pe SPM nanti kita sama-sama buat yang terbaik. Ok!” Zahara hanya tersenyum mendengar kata semangat Aina.

“Korang… korang rasa orang tu bodoh tak, kalau dia suka dekat seseorang tu dalam diam, begitu bertahun lamanya?” Setelah beberapa minit berdiam diri akhirnya Zahara bersuara. Membulat bola mata Aina dan Safiza mendengar pertanyaan daripadanya.

“Tak bodoh pun, dah hati kata suka. Nak buat apa lagi kan? Kenapa? Kau ada suka dekat seseorang ke?” Safiza menduga. Zahara hanya menggeleng kepala. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Safiza. Mereka bertiga masing-masing berdiam diri melihat pemandangan yang indah terbentang luas di hadapan.

==========

Seperti biasa Zahara akan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Senang sikit dia menghirup udara yang segar, mengelamun di luar kelas. Memerhatikan seseorang tu. Seseorang tu?

Azairee. Hampir jatuh rahang Zahara apabila melihat lelaki itu masuk ke dalam kelas dan duduk silang sebaris dari Zahara. Nasib baik Safiza duduk bersebelahan dengan Zahara,kalau tidak kemungkinan besar Zahara akan tertangkap ketika memerhatikan Azairee dalam diam.

“Yes!” Zahara tersenyum lebar lalu memegang tangan Safiza dengan erat. Safiza mulai tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menggerak-gerakkan bahu Zahara sekaligus membuatkan dia tersedar daripada lamunan.

“ Apa yang yesnya? Oh… kau stalk Azairee ek?” Serta merta wajah Zahara yang bujur membahang kepanasan. Dia menelan liurnya. Kelat. Zahara hanya tersengih kelat lalu mengetap bibirnya.

“Ma…mana ada, aku kata yes se..sebab akhirnya kita dah jadi budak menengah atas. Ah tu la yesnya hehe” Tergugup gagap Zahara memberikan penjelasan kepada Safiza.

“Hmm yelah tu Hara oi!” Keluh Safiza lalu menulis nota yang diberikan oleh cikgu di papan putih.

Zahara hanya tersengih kelat. Dia sempat memerhatikan Azairee dalam diam sebelum menulis nota yang diberikan oleh cikgu. Kadang-kadang Zahara tertanya-tanya adakah dia sudah berpunya? Adakah dia mempunyai motif tersendiri dengan layanan yang diberikan Azaire kepada dia?

Hampir empat tahun Zahara terperangkap dalam dimensi cinta. Cinta? Cinta dan Suka? Zahara bingung dengan perasaannya sendiri.

Hampir setiap hari Zahara memerhatikan dia dari jauh. Hampir setiap hari dia tertunggu-tunggu agar Azairee membuka mulut berbicara dengannya. Hati Zahara tidak bermaksud untuk menunggu Azairee berbicara dengannya. Zahara cuma rasa takut dengan layanan yang diberikan kepadanya.

Dia pernah berasa kecewa kerana menyukai seseorang suatu ketika dahulu. Kenangan itu terimbas kembali saat hamba Allah itu melafazkan kata cinta kepada dirinya. Mulutnya ingin melafazkan bahawa dia menyukai lelaki itu.

Namun kata-kata itu tidak dapat dilafazkan apabila dia hanya mengatakan bahawa dia menyukai Zahara sebagai seorang sahabat. Mulai hari itu, dia takut untuk jatuh cinta sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience