BAB 9

Romance Completed 4647

“ Ma…maaf encik. Saya…” Tergugup gagap mulutnya ingin memberikan penjelasan.

Segera kata-katanya dipintas oleh lelaki itu. Terhincut bahunya mendengar herdikan lelaki itu. Matanya mulai berkaca-kaca dengan layanan lelaki itu terhadapnya. Memang itu kesalahannya, dia harus menerima layanan itu sebagai pengajaran buat dirinya.

“Kau senang je kan, nak lafazkan kata maaf! Hergh, dah tak payah pening kepala dengan masalah kau tu. Lewatlah apalah. Ni anak aku,dia ni spesial sikit. Dia ada masalah disleksia.” Suaranya mulai diperlahankan namun masih jelas di pendengaran Zahara. Zahara menarik dan menghembuskan nafasnya. Rasa resah dalam dirinya mulai menghilang.

“Dah banyak sekolah aku hantar dia ni tapi masalah dia tetap sama. So, aku harap, kau dapat bantu dia dan bantu aku juga atasi masalah disleksia dia ni. Maaf, aku tak berniat nak kecilkan hati kau tadi. Aku Cuma bengang je tunggu kau lama kat sini. Ingat, masa tu penting. Allah tak suka hambanya yang selalu melengahkan masa. Aku harap ni pengajaran buat kau dan aku. Assalamualaikum.”

Senyuman manis diberikan kepada Zahara sebelum dia memulakan langkahnya sebelum berganjak dari situ. Zahara tersenyum sendirian melihat kelibat lelaki itu yang semakin hilang dari pandangannya.

Anak perempuan kepada lelaki sebentar tadi bangkit dari duduknya lalu menarik-narik baju kurung Zahara yang bercorak bunga dan berwarna jingga. Zahara memimpin tangan budak perempuan itu lalu membawanya ke dalam kelas.

Sebaik masuk ke dalam kelas,selaku ketua kelas Arian memberikan salam kepada Zahara diikuti oleh pelajar yang lain. Zahara merupakan guru kelas kepada pelajar yang berada di darjah tiga. Zahara meletakkan tas tangan serta bukunya di atas meja guru.

Dia memberikan senyuman kepada pelajar baru itu. Pelajar baru itu memintal-mintal baju kurung yang digunannya. Tercuit hati Zahara melihat budak perempuan yang berkulit putih itu.

“ Siapa nama kamu? Kawan –kawan kamu nak tahu ni. Cikgu pun nak tahu juga.” Zahara menundukkan badannya lalu memegang bahu budak perempuan itu.

“Nama saya, Amira Qistina Shuhada. Nama ayah saya…” Zahara terangguk-angguk mendengar Amira memperkenalkan dirinya.

“ Sini-sini… duduk sini.” Zahara hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya. Permintaan lelaki itu sebentar tadi mulai bermain di dalam benak fikirannya.

Ya. Lelaki itu,lelaki yang hampir seiras dengan Azairee itu memberikannya sepenuh harapan agar Amira dapat menjadi seperti kanak-kanak lain. Memberikan Zahara harapan agar masalah disleksia Amira dapat diatasi. Bukan mudah baginya untuk memikul tanggungjawab itu.

==========

Zahara sentiasa berusaha menyediakan bahan yang baru untuk Amira membuat latihannya di rumah. Kadang-kadang dia terpaksa berjaga di malam hari untuk membuat kajian mengenai kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia.

“ Amira. Nanti tolong bagi surat ni dekat mak ayah kamu ek. Kata dekat mak ayah kamu yang cikgu Hara nak minta kebenaran untuk buat kelas tambahan kepada kamu setiap hari selepas pulang dari sekolah. Tak lama pun Cuma sejam je. Tak ada kos bayaran yang dikenakan.”Amira hanya terangguk-angguk dengan permintaan Zahara.

Setiap hari Zahara akan membuat kelas tambahan untuk Amira. Sedikit sebanyak masalah disleksia Amira dapat diatasi dan menunjukkan peningkatan. Kadangkala lelaki itu akan memerhatikan Amira dan Zahara dari jauh.

Dia belum bersedia untuk menunjukkan identiti sebenarnya kepada Zahara. Dia takut jika dia menunjukkan identiti sebenarnya kepada Zahara, Zahara akan menarik diri untuk membantu Amira mengatasi masalahnya.

Zahara teragak-agak untuk mendail nombor itu. Dia takut jika herdikan akan diterimanya seperti kali pertama dia bersua dengan lelaki itu. Dia hanya ingin membincangkan mengenai Amira bersama lelaki itu. Satu keluhan berat dilepaskan. Kalau bukan sebab tanggungjawab yang digalasnya jangan harap dia akan mendail nombor itu.

“Tut… tut…tut…” Zahara menanti panggilan itu dengan sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience