BAB 2

Romance Completed 4647

Dua minggu berlalu, dia masih dengan sifatnya yang ego. Sungguh adia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah bersekolah di sekolah yang dia paling anti.

Zahara melepaskan keluhan berat lalu memandang ke arah luar. Tumpuannya terhadap kelas langsung tidak diendahkan. Seorang demi seorang lelaki kelihatan mulai keluar dari kelas sebelah. Huh nak ponteng kelas la tu.

Zahara hanya melihat gelagat mereka yang keluar dari kelas melalui pintu belakang. Rasa simpati terhadap cikgu yang berusia, yang sedang mengajar di kelas itu timbul dalam dirinya. Zahara mulai tertarik dengan seorang lelaki berambut spike berkulit kuning langsat yang turut keluar daripada kelas tersebut. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

“Padan muka kan dah kena tangkap. Langsung tiada skill nak ponteng ke?” Zahara hanya menggeleng kepala.

Rakan-rakannya turut ditangkap oleh seorang cikgu lelaki yang berwajah bengis. Mereka berdiri di hadapan kelas menunggu rotan yang akan menghambat telapak tangan mereka. Zahara asyik memerhatikan lelaki yang tidak mempunyai kemahiran ponteng itu dari jauh.

“Mak ai! Kenapa dengan aku ni? Tak kan lah aku suka dekat budak samseng tu.” Zahara tersenyum sendirian.

“Hara! Kau stalk Azaire ek?” Zahara tersedar daripada lamunannya sebaik suara halus mulai kedengaran di corong telinganya. Safiza tersenyum melihat muka Zahara yang mulai membahang kemerahan. Zahara mulai kalut. Tudung yang tersarung di atas kepalanya dikemaskan sedikit.

“Azaire? Siapa tu? budak rambut durian tu ke?” Soalnya selamba. Safiza mengangguk.

“Oh! Aah… eh tak.. taklah.. aku tak minatlah nak stalk budak samseng macam tu… hehe…” Zahara tersengih kelat.

“Kau jangan cakap macam tu Hara. Dia tu pencuri tau. Aku tengok dia tu ramai peminat juga.Tapi dia tak berminat dengan dia orang semua tu. Aku tak tahu la dekat luar sekolah macam mana pula kan. Dia tu pelik, tak suka layan budak perempuan.” Zahara terangguk-angguk mendengar kata-kata Safiza.

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja Cikgu Melina membaling marker pen ke arah mereka berdua.

“Apa yang korang gosipkan tu ha?! Mari sini korang berdua! Buat ketuk ketampi sebanyak 50 kali!” Zahara dan Safiza saling berpandangan lalu memulakan hukuman mereka berdua. Tiba-tiba Zahara berasa dirinya seperti diperhatikan. Mainan perasaan. Ya. Mainan perasaan, itu yang ada di dalam benak fikirannya sekarang ini.

“Mamat samseng tu! Kalau bukan sebab dia aku tak lah kena ketuk ketampi macam ni. Huh! Tapi memang salah aku pun.” Zahara merungut sendirian.

Tiga bulan berlalu, hari demi hari Zahara dapat menerima kenyataan bahawa kini dia bergelar pelajar di sebuah sekolah yang dia anti dahulu. Perasaan itu,sejak kali pertama dia melihatnya Zahara berasa terpukau. Setiap hari,dia mencuba untuk menghilangkan perasaan itu.

Benar kata Safiza,dia pencuri. Zahara salah seorang mangsanya. Dia terjerat dalam sebuah permainan. Permainan perasaan. Azaire dia pencuri hati Zahara. “Apa yang harus aku lakukan? Cukup sekali aku pernah terjerat dalam permainan itu. Aku tak sanggup dibebani dengan masalah ini.”

“ Mak ai! Budak ni jauhnya mengelamun! Tak baik tau anak gadis mengelamun tengah – tengah tangga rumah.” Puan Zura menyergahnya dari belakang. Lamunannya mati lalu tersengih kelat.

“Ara tolong ibu boleh tak?”Zahara hanya mengangguk. Puan Zura menghulurkan sekeping duit kertas berjumlah RM10 kepada anak gadisnya.

“Beli garam, dan bawang. Terima kasih.” Puan Zura mengusap kepalanya, Zahara memberikan senyuman.Zahara bangkit dari duduknya masuk ke dalam rumah. Tudung bawal berwarna biru yang berlipat di dalam almari dicapainya lalu disarungkan di atas kepala.

“Semuanya RM 5.” Zahara menelan liurnya sebaik sahaja melihat wajah juruwang tersebut. Azaire, dia memang kacak. Dalam pandangan Zahara wajahnya seperti Andhika Pratama. Tapi bukan sebab itu Zahara terperangkap dalam permainan tersebut.

Yang pastinya, dia masih tidak dapat mengetahui apa yang membuat hatinya berjaya dicuri oleh jejaka bermata redup itu.Duit kertas RM 10 Zahara beri kepadanya, dia memulangkan baki RM 5 kepadanya lalu mengutumkan senyuman. Senyumannya. Buat Zahara bertambah cair.

Share this novel

Rathikansk Rathikansk
2022-03-08 16:57:45 

best ceritanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience