BAB 1

Romance Completed 4647

Aku tak pernah suka hujan, ada tentang hujan yang membuat aku merasa sunyi. Ia membuat aku takut melalui hujan dan sering berdoa agar ia cepat berlalu. Hanya tika huja aku sering merasa takut sendiri.

“ What?! Pindah? Kenapa tiba-tiba je ni ibu? Ayah? Tak sampai dua tahun pun lagi kan Hara sekolah dekat sekolah perempuan tu? Hara tak nak la pindah dekat sekolah campur ni. Lagi-lagi sekolah apa nama? Ibu ngan ayah tak tahu ke pasal sekolah tu? Sekolah tu hmm masya-Allah! Semua perangai budak sekolah sana tu jahat-jahat belaka tau!”

Terkejut. Ya itulah reaksi Zahara sebaik sahaja Puan Zura memberitahunya bahawa dia akan dipindahkan ke sekolah yang paling dia anti di antara sekolah-sekolah di Sungai Besar ini.

“ Kamu jangan nak banyak complain ara. Keputusan ibu dan ayah,muktamad! Kalau kamu membantah juga, baik kamu berhenti sekolah. Tak reti nak bersyukur ke ibu dan ayah dah sekolahkan kamu! Lagipun sekolah kamu tu jauh sangat dengan rumah ni, sekolah baru tu pula dekat je dengan rumah kita. So, kamu tak payah susah-susah tunggu bas sampai lewat petang nak pulang rumah. Jalan kaki je pulang nanti.”

Zahara menundukkan wajahnya sambil mengetap bibir. Ah sudah! Ibunya mulai memulakan syarahannya. Zahara bingkas bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam bilik, tanpa mengendahkan Puan Zura dan Encik Fuad yang duduk di hadapannya.

Puan Zura dan Encik Fuad hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku Zahara. Satu keluhan berat dilepaskan sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil lalu menyembamkan wajahnya di atas bantal. Zahara menjerit sekuat hati melepaskan segala masalah yang membelenggu dirinya. Tiba-tiba satu pukulan menghambat bahu kirinya.

Dia menghentikan jeritannya lalu menelan liur. Kelat. Angin kuat menerobos masuk ke dalam kamar.

Pelahan-lahan Zahara mengangkat wajahnya, seorang budak perempuan duduk di hadapannya sambil memeluk tubuh. Zahara hanya tersengih kelat.

“Kakak! Bisinglah! Farah nak tidur pun tak boleh! Ni apa pula masalah akak kali ni?” Farah memuncungkan bibirnya lalu melepaskan keluhan berat.

Zahara mencubit kedua belah pipi adiknya lalu memberikan senyuman yang lebar. Farah menepis tangan kakaknya lalu menggosok-gosok pipinya yang kemerahan akibat cubitan sebentar tadi.

“Maaflah. Kakak cuma protes je, ibu ngan ayah nak pindahkan akak dekat sekolah kamu tu. Kamu macam tak tau akak anti sangat dengan sekolah tu. Wahhh akak nak buat apa ni dik?” Zahara meraup wajahnya.

Farah menepuk-nepuk bahu kanan kakaknya lalu bangkit dari katil. Tingkap yang terbuka sebentar tadi ditutupnya. Suis lampu juga ditutupnya. Senyuman nakal terukir di bibir Farah.

“ Akak redha jelah, akak cuma dengar khabar angin je tu. Sekolah tu ok je,korang ni je yang suka buruk-burukkan sekolah tu.” Selimutnya ditarik menyelimuti tubuhnya yang sudah terbaring di atas katil.

Zahara duduk bersendirian di atas bangku bersebelahan bilik guru. Persekitaran sekolah kelihatan begitu usang. Zahara mencebik.Seorang cikgu perempuan bertudung ungu keluar daripada bilik guru tersebut. Zahara menguntumkan senyuman mesra kepadanya,senyumannya dibalas.

“Kamu Zahara Fatihah Binti Ibrahim kan?” Cikgu itu ingin kepastian mengenai diri Zahara. Zahara hanya mengangguk.

“Jom ikut cikgu, cikgu tunjukkan kelas kamu kat mana.”Zahara mengekori Cikgu Mila dari belakang. Akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah kelas. Suasana kelas tersebut yang tadinya bising kini kembali senyap.

“Aku ada kuasa ke? Boleh buat semua orang senyap.” Zahara tersenyum kelat. Lamunannya terhenti sebaik sahaja Cikgu Mila menggerakkan tangan kanannya.

“Ok cikgu, Zahara saya minta diri dulu la ye. Assalamualaikum.” Cikgu Mila mulai berganjak keluar daripada kelas meninggalkan Zahara yang masih tercegat berdiri di hadapan kelas.

“Kenalkan diri kamu.” Cikgu mualaf yang bernama Mikail itu bangkit dari duduknya lalu menyuruh Zahara memperkenalkan diri.

“Mak ai! Kacak betul cikgu ni.” Zahara tersengih sendirian. Sejurus sahaja memperkenalkan diri. Zahara mulai berganjak dari situ lalu duduk di barisan belakang bersebelahan dengan tingkap.

Waktu rehat mulai berlangsung. Zahara bungkam memandang meja kosong di hadapannya. Soalan yang diajukan oleh rakan sekelasnya, dijawabnya hanya sekerat demi sekerat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience