BAB 8

Romance Completed 4647

Lapan Tahun Kemudiaan…

Lumrah setiap hari suasana di Kuala Lumpur sentiasa sibuk dengan kesesakan lalu lintas. Zahara membebel sendirian di dalam kereta berjenama Honda Civic yang baru dibelinya dua tahun yang lepas. Resah dalam dirinya semakin bertambah.

Tangannya mulai berpeluh melihat kesesakan jalan raya yang teruk. Kalau sahaja semalam dia tidak menjadi burung hantu menahan matanya untuk berjaga memeriksa kertas peperiksaan pelajarnya pasti dia tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas seperti ini.

Radio yang sedang memutarkan lagu Dia yang kau pilih, dari Shahir dihayatinya dengan begitu dalam. Bibirnya diketap. Tangannya yang memegang steering kereta digenggam dengan erat. Serta merta air matanya jatuh. Dia tersenyum kelat.

Kenangan pahit lapan tahun yang lalu masih segar diingatannya ketika Azairee memberikan senyuman sinis terhadapnya. Dalam masa yang sama dia turut terimbas kembali saat Azairee memberikan kata semangat kepadanya. Hatinya begitu luluh setiap kali terkenang memori itu.

Meskipun hampir lapan tahun mereka terpisah namun perasaannya terhadap Azairee tidak pernah terpadam. Sungguh dia merindui jejaka yang telah mencuri hatinya setelah sekian lama.

Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Azairee dari jauh. Air mata yang mengalir di pipi mungil itu diusapnya. Tudung bawal berwarna Peach yang tersarung dikepalanya dibetulkan sebaik sampai di perkarangan sekolah.

Keretanya diparkir di hadapan kantin sekolah. Jam dashboard sempat dikerlingnya. membulat matanya melihat jam menunjukkan angka 7.00 pagi. Tas tangan jenama Coach segera dicapainya lalu turun daripada kereta tersebut. Langkah dipercepatkan menuju ke Pejabat am. Senyuman sempat diberikan kepada staf-staf sekolah.

“ Cikgu Hara! Kenapa lewat sangat datang sekolah ni ha? Cikgu sepatutnya jadi contoh kepada murid-murid cikgu. Bukannya ambil kesempatan. Mentang-mentang dah dapat anugerah guru cemerlang gatal pula ya sengaja nak datang lewat ke sekolah!”

Punch kad yang berada di tangan Zahara terjatuh. Tersentak dia mendegar jerkahan Cikgu Misla,guru disiplin di sekolah itu.

“Ma..maaf cikgu. Saya tak berniat pun nak datang lewat. Maaf.” Punch kad yang terjatuh di atas lantai di ambilnya. Cikgu Misla hanya menggeleng kepala. Sebuah senyuman diberikan kepada Cikgu Misla, senyumannya hanya dibalas dengan jelingan maut.

“Dah! Dekat luar tu, ada seorang budak baru dengan ayah dia kot. Saya pun tak pasti sebab ayah dia tu muda sangat. Anak murid kamu juga tu. Cikgu Farhan dah tawarkan diri dia hantar anak dia masuk ke kelas. Tapi ayah dia tu menolak, dia nak juga jumpa guru kelas anak dia ni.” Zahara hanya mengangguk langkahnya diatur keluar daripada pejabat am.

“Apasal lama sangat cikgu kamu datang ha? Hergh… apa cikgu kamu tu ingat…”

Di satu sudut berhampiran bilik guru kelihatan seorang lelaki dengan gaya rambut spike dan berbaju kemeja t didalam dan dipasangkan dengan kot kelabu ala-ala ahli korporat ditambahkan dengan kaca mata hitam duduk di atas bangku. Seorang pelajar perempuan berikat dua duduk bersebelahan dengannya. Omelan lelaki itu terhenti setelah Zahara memberikan salam kepadanya.

Dia bangkit dari duduknya lalu menjawab salam Zahara. Senyuman sinis diberikan. Zahara kalut melihat senyuman sinis lelaki itu, senyuman lebar diberikan kepada lelaki yang terpacak berdiri di hadapannya untuk menghilangkan rasa risau. Zahara membaca bismiillahirahmanirahim lalu berdeham.

“Alahai mamat ni, kacaknya. Azairee. Apasal rambut mamat ni,kulit dia,tinggi dia dan… senyuman sinis dia. Apasal semua tu buat aku teringat akan Azairee? Mata dia? Alahai, kenapa la kau tutup mata kau guna kaca mata hitam tu.”

Zahara mulai dibuai lamunan sambil tersengih-sengih. Lelaki yang terpacak berdiri di hadapan Zahara dengan tangannya yang menyeluk saku melepaskan satu keluhan berat.

“ Oh! Sekarang kau nak mengelamun la pula. Tahu tak hampir dua puluh minit kami tunggu dekat sini. Kau dah buang masa aku, kau faham tak! Kau sangka aku ni tak ada kerja lain ke nak buat? Ini ke tugas kau sebagai seorang cikgu datang lewat ke sekolah. Mengelamun! Aku boleh report kelakuan kau dekat pejabat pendidikan tau!”

Zahara tersedar daripada lamunannya. Tangannya mulai berpeluh. Takut dengan herdikan dan ugutan lelaki itu. Bibirnya diketap, mulutnya terkumat kamit membaca selawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience