BAB 11

Romance Completed 4647

Mata mereka saling bertaut. Tidak mungkin dia akan melepaskan Zahara buat kali kedua. Namun dia tidak yakin jika dia dapat membahagiakan hidup Zahara, dia tidak yakin dapat menjadi pelangi yang baik buat diri Zahara. Menjadi imam buat gadis yang mencuri hatinya itu.

“Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Setiap Adam bertanggungjawab untuk memimpin hawanya ke arah kebaikan. Hawa diciptakan untuk menghiasi kehidupan Adam, berkongsi masalah. Kau diciptakan untuk aku cintai Zahara. Tapi… dalam masa yang sama. Adakah aku lelaki yang baik? Adakah aku sesuai untuk menjadi imammu Zahara?”

Zahara bungkam. Memang di matanya Azairee sempurna. Imannya sempurna,pelajarannya sempurna, wajahnya turut sempurna.

“Kita diciptakan untuk bersama. Kita saling mencintai. Kita cukup sempurna untuk menjadi pasangan yang halal. Awak dah cukup sempurna di mata saya Azairee. Kita dah ada pekerjaan, bukan macam dahulu kita bergantung kepada mak dan ayah kita. Awak dah ada pekerjaan tetap, saya pun sama.”

Hanya itu sahaja yang dapat dituturkan oleh Zahara. Dia terduduk. Capuccino yang masih tersisa dihirupnya. Keluhan berat dilepaskan.

“Aku tak akan lepaskan kau Zahara. Aku cintakan kau. Aku tak nak kehilangan kau seperti lapan tahun yang lalu.” Zahara mendongakkan kepalanya. Zahara tersenyum lebar kepada Azairee, senyumannya dibalas. Zahara tidak menyangka bahawa cinta Azairee terhadapnya lebih dalam berbanding dirinya.

===========

Canon In D yang ditulis oleh Johann Pachelbell dimainkan merdu di ruang tamu rumah agam dengan susunan hiasan Vantage itu. Zahara yang baharu turun dari tangga rumah itu tersenyum lebar melihat suaminya memainkan lagu yang menjadi kegemarannya. Langkahnya diperlahankan. Leher suaminya dipeluk lalu satu kucupan diberikann di pipi suaminya itu.

Alunan piano dihentikan. Zahara duduk di atas riba Azairee. Azairee memegang pinggang isterinya. Mata mereka saling bertaut senyuman bahagia saling terukir di bibir masing-masing. Jodoh mereka sudah tertulis di Luth Mahfuzh tanpa sesiapa sedari.

Zahara tidak menyangka bahawa cinta Azairee terhadap dirinya lebih dalam berbanding perasaan sukanya terhadap Azairee. Dia tidak menyangka bahawa semasa berada di bangku sekolah, dengan sifat Azairee yang sentiasa dingin terhadapnya merupakan sifat cinta yang Azairee tujukkan buat dirinya.

“Kebahagiaanmu, kesenanganku.Kesusahanmu,deritaku. Terima kasih sayang, sudi menjadi suri dalam hidupku. Maafkan saya dengan kesilapan besar yang saya lakukan dahulu. Saya..” Jari telunjuk diletakkan di bibir Azairee. Zahara menggeleng kepala.

“ Terima kasih kembali sudi menjadi pelangi dan imam saya. Jangan ingat kenangan lama. Kita kan dah buka buku yang baru. Ternyata hati kita saling memiliki.Awak curi hati saya. Saya curi hati awak.Awak dah tertulis dalam hati saya. Tiada orang lain dalam hati saya selain awak. Awak lelaki pertama dan terakhir yang akan saya miliki. MR Crush…awak dah jadi suami saya. Saya dah miliki awak.”

Azairee tertawa kecil mendegar kata-kata Zahara. Tercuit hati kecilnya mendengar kata-kata romantik isterinya.

“ MRS Crush… saya dah dapat apa yang saya nak. Sayangku… cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.Cinta dibawa oleh Adam dan Hawa.Kemudian dilanjutkan oleh Romeo dan Juliet.Ditengelamkan oleh Rose dan Jack (titanic) dan dibawakan kembali oleh ( Pelangiku…) Kamu Zahara.”

Merah padam muka Zahara mendengar kata-kata manis yang mendalam daripada Azairee.

Jodoh itu dikategorikan kepada tiga bahagian. Jodoh daripada Syaitan iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

Yang kedua, jodoh daripada Jin iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

Yang terakhir, jodoh daripada Allah iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya.

Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar “Syurga Cinta” tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Kini, aku sudah tidak takut sendiri apalagi di saat melewati hujan walau guruh di langit sabung-menyabung, aku akan tenang dan menghayati indahnya hujan bersama si dia yang ku cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience