BAB 3

Romance Completed 4647

Setahun Kemudian….

Tahun ini, Zahara akan menduduki Penilaian Menengah Rendah. Tahun ini juga, masuk tahun kedua dia memendam perasaan itu. Kadang-kadang dia tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh TERsuka dekat si Azaire ni.

Dia seperti memukau diri Zahara sejak kali pertama melihat dirinya. Sejak hari itu Zahara mulai diselubungi suatu perasaan aneh. Sungguh perasaan itu membuatkan Zahara berada di alam lain. Diari biru yang tersusun kemas di atas meja Zahara ambil lalu membuka helaian demi helaian. Pen biru dicapai lalu tangannya mulai menari-nari di atas sehelai halaman.

“ Dear Diary…

Am I a stupid girl ?Am I the most stupid girl in this world ?Stupid! Penat… Aku penat suka dekat kau… budak jambu… aku pun tak tahu la macam mana aku boleh TERsuka dekat kau. Walhal kau dah rembat semua ciri-ciri lelaki yang aku tak suka.Huh. Hairan aku…”

Helaian kertas tersebut mulai basah. Setitik demi setitik air matanya jatuh . Zahara mengetap bibirnya. Cepat-cepat dia mengusap air matanya. Luluh hati Zahara memikirkan masalah ini.Keluhan berat dilepaskan lalu meneruskan kerjanya.

“Aku penat, stalk kau dari jauh. Kau tak reti ke nak buka mulut cakap dekat aku? Kenapa kau buat aku rasa terpinggir? Jujur, kadang-kadang terselit rasa cemburu dalam diri aku terhadap kawan aku. Crush.. kau layan dia orang tapi kau tak pernah layan aku. Buruk sangat ke aku depan mata kau?”

Diari biru ditutup lalu Zahara menyembamkan mukanya di atas bantal. Sungguh dia resah. Zahara tidak tahu apa yang harus dilakukannya untuk menghapuskan rasa suka yang ada dalam dirinya

“ Tahniah! Kamu semua telah terpilih mengikuti Program murid Cemerlang dan Program Mentor dan Mentee dalam tingkatan di atas keputusan peperiksaan kamu yang meningkat.”

Zahara tidak menyangka bahawa dia telah terpilih mengikuti Program Mentor dan Mentee.Di mana seorang guru akan menjadi mentor terhadap menteenya iaitu pelajar yang terpilih. Tidak sia-sia usahanya mengulang kaji pelajaran siang dan malam untuk mengikuti program ini.Mereka diberikan taklimat mengenai Program ini yang akan dirasmikan pada minggu hadapan.

“ Ok,sekarang cikgu nak kamu beratur ikut list name yang ada dalam tangan cikgu ni.Perhimpunan minggu hadapan kamu jangan pandai-pandai nak ubah kedudukan kamu pula. Nanti susah cikgu nak cari kamu. Perhimpunan minggu hadapan merupakan perasmian kamu semua dalam Program Murid Cemerlang dan Program Mentor dan Mentee.”

Cikgu Karina guru kaunseling, memberi kedudukan kepada mereka untuk beratur mengikut senarai nama yang ada dalam kertas yang dipegangnya.

Satu persatu nama murid disebut, giliran namanya pula disebut. Zahara sempat berkenalan dengan seorang dua pelajar yang terpilih mengikuti program tersebut.

“ Azairee Hazwan!” Membulat matanya sebaik sahaja mendengar nama itu.

“Alamak budak samseng tu terpilih juga.”Zahara memberikan keluhan berat. Berkali-kali namanya disebut namun kelibatnya langsung tidak kelihatan. Beberapa minit kemudian kelibatnya mulai kelihatan. Dia berlari tercungap-cungap bersama dengan seorang rakannya. Dalam diam Zahara memerhatikan Azairee dari jauh. Tergaris sebuah senyuman di bibirnya.

“Alangkah baiknya jika dia sedar bahawa aku menyukai dirinya. Alangkah baiknya jika dia menjadi sahabat aku.”

“Maaf cikgu,kitorang ada pemilihan atlet bola sepak tadi.” Pendek alasannya. Zahara segera mengalihkan pandangannya.

“Nasib baik tak kantoi kalau tak jatuh saham aku. Oh,atlet rupanya budak samseng ni.” Hampir jatuh rahang Zahara apabila cikgu Karina memberikan kedudukan Azairee di belakangnya.

“ Cik adik.” Lamunannya mati sebaik sahaja Zahara mendengar seseorang memangilnya.

“Huh gelaran cik adik kau bagi kat aku.” Zahara menelan liurnya. Kelat. Bibirnya diketap lalu menoleh ke arah belakang. Sungguh Zahara tidak sanggup menoleh ke arah belakang apa tidaknya Azairee betul-betul berdiri di belakang Zahara.

“Nama kau siapa?” Zahara melepaskan keluhan. Kawan dia rupanya.

“Zahara…Zahara Fatihah.” Sebuah senyuman Zahara berikan kepada lelaki tersebut. Zahara sempat mengalihkan pandangannya ke arah Azairee,mata mereka bertaut sebuah senyuman diberikan kepada Zahara.

Cepat-cepat Zahara menoleh ke hadapan. Zahara memejamkan matanya dan mengetap bibirnya. Mukanya membahang panas. Senyuman itu membuatkan hati Zahara semakin cair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience