BAB 7

Romance Completed 4647

Zahara tertanya-tanya adakah Azairee salah faham dengan hubungannya dan Ariel? Matanya dipejam rapat. Satu keluhan berat dilepaskan. Terasa bahunya dipeluk oleh seorang hamba Allah, belakang badannya digosok-gosok. Air mata mulai jatuh. Liurnya ditelan.Pahit rasanya dengan kelakuan Azairee terhadapnya selama ini.

“ Assalamualaikum,boleh pinjam buku teks kawan kau ke?

“ Assalamualaikum,tolong bagi risalah ni dekat kawan kau tu.

“ Assalamualaikum, Az nak pinjam buku teks awak Hara. Boleh kan?”

Zahara mengimbas kembali kelakuan Azairee terhadapnya selama dua tahun mereka berada dalam kelas yang sama. Hanya sekali sahaja Azairee pernah membuka mulutnya untuk bersuara dengan Zahara.

“Jahat sangat ke aku depan mata dia? Buruk sangat ke aku depan mata dia?” Zahara mulai menangis teresak-esak, Safiza dan Aina masih mencuba untuk menenangkan dirinya.

“ Kami tahu Hara, kau suka dekat dia. Kalau aku lah jadi kau Hara, aku akan mengalah dengan perasaan itu. Kau memang sabar Hara, kau sabar pertahankan perasaan suka dalam diri kau. Sabarlah Hara, aku yakin mesti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni.”

Zahara hanya terangguk-angguk lalu tersenyum lebar mendengar kata-kata Aina. Zahara bersyukur kepada Allah memberikan dia dua orang sahabat yang begitu memahami. Mereka sentiasa faham masalah yang membelenggu dirinya. Zahara mengusap air mata yang jatuh dari tubir matanya.

Dia sempat memerhatikan Azairee dalam diam, kelihatan dua tiga orang pelajar perempuan yang bertudung labuh menghampirinya. Pasti mereka ingin bertanyakan mengenai agama islam kepadanya. Ya,dia pasti suka seorang muslimah seperti itu.

==========

Peperangan besar baginya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia sebagai seorang pelajar sekolah akan berakhir pada hari ini. Sehelai surat yang ditulis semalam berada di tangannya. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum bangkit dari duduknya.

Kedudukan Zahara di dalam dewan peperiksaan bersama dengan Azairee hanya bersebelahan. Meskipun hanya sekali Azairee membuka mulut berbicara dengannya, dia tetap bersyukur sekurang –kurangnya hati Azairee terbuka untuk berbicara dengannya.

Zahara melangkah setapak berdiri di hadapan kerusi Azairee yang kosong. Dia pandang kiri dan kanan,belakang dan hadapan sebelum memasukkan surat tersebut di dalam beg sandang kepunyaaan Azairee yang berwarna hitam. Zahara tersenyum lebar sebelum berganjak keluar daridewan tersebut.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, buat kali terakhir Zahara dan Azairee terserempak di perkarangan sekolah.Zahara memberikan senyuman meskipun dia menerima jelingan maut daripada Azairee. Mungkin dia masih berburuk sangka terhadap Zahara dan Ariel dan menyangka bahawa mereka mempunyai hubungan yang melebihi seorang sahabat.

Malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Zahara terbaring kaku di atas katil sambil merenung siling yang kosong. Kipas ligat berputar. Farah tidak habis-habis dengan celotehnya. Tiba-tiba dia teringat akan surat yang ditulisnya semalam. Adakah dia sudah membaca surat tersebut? Atau dia sudah mengoyakkan kertas tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Maklumlah surat itu merupakan pengakuan jujur Zahara terhadap Azairee. Bukan senang bagi Zahara mengumpul kesemua kekuatan yang ada dalam dirinya untuk menulis surat tersebut.

“ Dear Crush…

Saya suka dekat awak sejak kali pertama saya melihat diri awak semasa kita berada di tingkatan dua. Pada mulanya saya tertanya-tanya, bagaimana saya boleh menyukai diri awak. Padahal saya akui kelakuan awak sebelum ni. Ciri-ciri lelaki yang saya tak suka.

Muka awak yang jambu tu bukan sebab saya suka dekat awak. Saya tertanya-tanya adakah awak mempunyai perasaan yang sama dekat saya? Apa motif awak yang sebenarnya layan saya macam saya ni seorang banduan? ^_^… Kadangkala saya rasa saya dah gila harapkan awak membalas perasaan saya.

Namun sejak dua tahun yang lepas saya dapat mencari jawapan itu. Mungkin ini adalah hikmah yang Allah berikan untuk saya. Awak… awak dah rembat semua ciri-ciri lelaki yang saya suka. Saya suka tengok awak kongsi ilmu dekat kawan-kawan awak, saya suka lihat awak menjadi imam kepada junior-junior kita.

Awak ajar saya erti kesetiaan, erti kesabaran. Azairee. Saya tahu, dalam mata awak… saya tak sehebat perempuan lain. Cuma satu je saya harapkan dari awak, buang sifat ego awak. Terima kasih dengan kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya dua tahun yang lepas.

Saya tahu awak dah lupa kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya. Saya harap awak akan berjaya dalam hidup awak, saya harap awak dapat seorang isteri yang solehah. Saya yakin awak akan jumpa pelangi yang indah untuk diri awak. Awak seorang lelaki yang baik, mestilah awak akan dapat seorang isteri yang baik. Saya sukakan awak… ^__^

Your Secret Admire…”

Satu keluhan berat Azairee lepaskan sejurus sahaja membaca surat tersebut. Dia terduduk di atas katil lalu beristighfar beberapa kali. Liurnya ditelan. Kelat.

Rasa sebak dalam dirinya mulai menerpa sebaik sahaja membaca surat tersebut. Rasa bersalah turut menghantui dirinya. “ Aku tau… kau yang tulis surat ni… Zahara… aku tak suka dekat kau…tapi … aku cintakan kau”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience