BAB 10

Romance Completed 4647

“As…Assalamualaikum. Ni… saya cikgu Zahara.” Sebaik panggilan dijawab Zahara tergugup gagap memberikan salam.

“Waalaikumsalam, ya ada apa kau call aku malam – malam macam ni? Aku baru je teringat kau yang gagap tu. Aku baru je terbayang – bayang kalau kau jadi bini aku. Dapat anak macam si Amira tu. Mesti seronok kan?” Hampir jatuh rahang Zahara mendengar kata-kata lelaki itu. Mukanya serta merta menjadi merah dan panas menahan malu. Hampir sesak nafas dibuatnya setelah mendengar kata-kata lelaki itu.

“ Hello! Kau masih dalam talian ke? Sorry la aku gurau je, kau janganlah ambil serius sangat.” Pensil yang berada di tangan lelaki itu dimain-mainnya. Sebuah lakaran hiasan dapur kelihatan di atas meja kerja lelaki itu. Matanya masih tertumpu ke arah lakaran tersebut.

“Saya Cuma nak bincang pasal perkembangan Amira je. Boleh kita jumpa? Esok?” Pensil yang dipegang oleh lelaki itu terjatuh. Badannya ditegakkan. Liurnya ditelan. Pahit. Identitinya akan terbongkar. Satu keluhan dilepaskan.

“ Ya, ok. Esok?Boleh-boleh. Dekat mana nak jumpa?” Dia harus menerima kenyataan bahawa identitinya akan terbongkar sebentar sahaja lagi. Lapan tahun,dia tercari-cari di manakah keberadaan Zahara. Sungguh dia mencintai gadis yang telah terpahat di dalam hatinya itu setelah sekian lama.

Pashmina biru tidak bercorak dicapainya lalu dililitkan di atas kepalanya dengan gaya yang simple. Terserlah keayuannya dengan Blouse labuh yang berwarna merah jambu. Hanya bedak alas dan juga maskara serta pelembap bibir berwarna merah jambu menghiasi wajahnya.

Tas tangan berwarna ungu dan kunci kereta dicapainya. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memacu keluar dari perkarangan rumah teres dua tingkatnya itu. Zahara tersenyum sendirian sambil mendegar radio yang sedang memutarkan lagu I Love You dari Avril Lavigne.

Hari itu bukan sahaja janji temu pertamanya bahkan itu merupakan kali pertama dia keluar bersama dengan seorang lelaki.

Starbucks. Tempat yang dijanjikan olehnya semalam. Selesai sahaja memakir kereta, Zahara mulai mencari satu sudut tertutup agar perbincangan mereka tidak terganggu. Pesanan minuman dipesannya terlebih dahulu.

Beberapa minit kemudiaan kelibat lelaki itu mulai kelihatan. Zahara tersenyum sendirian melihat penampilan lelaki itu yang pelik.Dengan topi berwarna coklat dan juga clubmasternya yang berwarna hitam membuatkan lelaki itu persis seperti seorang penjenayah.

Zahara terus terkaku apabila lelaki itu duduk di hadapannya. Tercalit rasa menyesal dalam dirinya kerana ingin berbincang bersama lelaki itu. Mata mereka saling bertaut, lama. Zahara memberikan senyuman yang lebar kepadanya. Senyumannya dibalas. Lelaki itu berdehem sejurus sahaja pelayan menghantar pesanan yang dipesan oleh Zahara sebentar tadi.

“Assalamualaikum,terima kasih sudi jumpa saya.” Setelah beberapa minit berdiam diri, Zahara memberikan salam kepada lelaki itu lalu menghirup cappuccino yang dipesannya sebentar tadi.

“Waalaikumsalam, kau nampak cantik pakai pashmina macam ni. Nampak ayu je.” Sudah. Lelaki itu memuji Zahara secara berlebihan menyebabkan dia tersedak.

“Terima kasih. Awak kerja apa ye?” Soalan itu diajukan kepada lelaki itu sambil mencari sesuatu di dalam tas tangannya.

“Pereka Dalaman.” Pendek sahaja jawapan lelaki itu.

Zahara hanya terangguk-angguk. Bukan itu yang menarik minatnya terhadap lelaki itu. Selain ingin membincangkan mengenai masalah Amira, dia juga berminat ingin bertanyakan mengenai identiti lelaki itu. Penampilannya sentiasa pelik di mata Zahara. Zahara mengeluarkan sebuah buku cerita yang baharu dibelinya semalam lalu menghulurkan kepada lelaki itu.

“Buku tu memang sesuai untuk Amira. Awak sentiasa buzy kan dengan design yang awak lakar semua tu….” Mereka saling berbincang mengenai perkembangan Amira.

Clubmaster sudah dibukanya,topi yang terletak di atas kepalanya diturunkan sedikit agar wajahnya tidak begitu jelas kelihatan di mata Zahara. Zahara melepaskan keluhan. Suara lelaki itu, dia rindu suara itu meskipun hanya sekali pernah dilafazkan kepadanya.

“Azairee. Itu nama awak bukan. Itu… itu awak kan? Lelaki di depan saya ni. Azairee kan? Amira tu Cuma anak saudara awak je, bukan anak awak. Saya tak bodoh awak… Tak mungkin saya boleh lupakan wajah hamba Allah yang ada depan saya ni. Saya selalu stalk awak dari jauh, stalk fac awak… saya sukakan awak… perasaan tu tak boleh hilang… dah …dah sebelas tahun saya suka dekat awak… Kenapa awak… sanggup buat saya macam ni? Hina sangat ke saya ni… depan mata awak? Awak tahu tak…”

Air matanya mengalir lagi. Kedua belah tangannya digenggam erat. Semua yang tersirat di dalam hatinya dikeluarkan. Dia sudah cukup bersabar dengan perasaan itu.

“Sebab aku cintakan kau. Aku tak suka dekat kau… tapi aku cintakan kau. Perasaan cinta tu lebih kuat dari perasaan suka Zahara. Kalau kau sukakan aku selama sebelas tahun. Aku, aku cintakan kau selama sebelas tahun ni. Kau nak tahu kenapa aku lakukan semua tu? Kau nak tahu kenapa perangai aku boleh berubah? Aku tak sanggup berhadapan dengan kau Zahara, aku tak nak perasaan tu bertambah kuat. Cukuplah aku anggap kau tak wujud, tapi aku nak kau tahu kau wujud dalam hati aku.

Jujur aku akui, aku pernah cemburu lihat kau dan Ariel rapat. Aku yakin kau mesti sedih kan dengan senyuman sinis yang aku bagi dekat kau, layanan yang aku beri dekat kau. Kau terlalu baik untuk aku Zahara. Mesti kau pernah dengar suatu hadis yang mengatakan bahawa… lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya.

Aku tak begitu baik, aku belum cukup sempurna untuk menjadi yang terbaik untuk diri kau Zahara. Kau dah banyak ubah hidup aku. Banyak yang aku dapat pelajari dari kau selama ini. Aku cintakan kau… Zahara Fatihah.”

Zahara menekup mulutnya, dia menangis teresak-esak mendengar penjelasan Azairee. Sungguh kuat cinta Azairee untuk dirinya sehingga dia terpaksa berkorban. Mulutnya kaku untuk bersuara. Bagai digam setelah mendengar kata-kata Azairee

Sebuah senyuman lebar diberikan kepada Zahara. Azairee bangkit dari duduknya. Bibirnya diketap, air mata lelakinya terus jatuh membasahi bumi. Zahara yang duduk sambil menangis teresak-esak di hadapannya direnung dengan tajam. Langkahnya mulai diatur meninggalkan Zahara, Zahara segera bangkit dari duduknya. Segala keberaniaan dikumpulnya,satu keluhan berat dilepaskan.

“ Azairee, awak lepaskan saya? Biarpun hati saya untuk awak?” Azairee menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience