BAB 5

Romance Completed 4647

“Kau yakin ke nak ikut Pidato ni? Suara kau kan kecil macam semut.Nanti…” Zahara hanya tersenyum mendengar omelan Aina. Zahara sendiri tidak menyangka bahawa dia sanggup mengikut pidato sempena Hari Kemerdekaan.

“Ala, aku yakin aku boleh buat. Korang jangan risaulah. Aku janji aku akan buat yang terbaik untuk kelas kita. Ok.” Sebuah senyuman diberikan kepada rakannya

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Tercalit rasa gugup dalam dirinya mengambil bahagian dalam pertandingan sebegini. Namun dikuatkan dirinya untuk mengambil bahagian. Zahara mencari satu sudut yang tidak begitu riuh untuk menenangkan fikirannya. Sebuah bangku yang terletak berhampiran sebuah makmal komputer menjadi tempatnya menenangkan diri.

Teks pidato yang berada di tangannya dihafal.

“Aku harus buat yang terbaik untuk kelasku.” Gumamnya dalam hati. Latihannya sedikit tergugat apabila sekumpulan lelaki mulai membuat bising. Satu keluhan berat dilepaskan. Dahinya berkerut menahan kemarahan.

Zahara teringat kata semangat yang diberikan oleh Safiza dan Aina juga rakan sekelasnya sebentar tadi. Membuatkan kemarahnnya semakin reda. Pasti mereka sibuk membuat persediaan untuk persembahan koir sebentar lagi.

Alamak dia. Dia lagi.Zahara semakin kalut melihat kelibat Azairee berjalan ke arahnya bersama dengan sekumpulan lelaki sebentar tadi.

“Kawan dia,bukan main banyak. Oh kiranya budak top la dia ni.” Zahara menduga. Hampir lapan bulan mereka berada di dalam kelas yang sama.Sekali pun Zahara tidak pernah melihat kelakuan nakalnya seperti dahulu. Perasaan suka dalam dirinya semakin bertambah apabila melihat Azairee sentiasa berminat untuk mendalami agama islam dengan lebih mendalam.

Zahara suka melihat Azairee, dia sentiasa berkongsi ilmu bersama dengan rakan-rakannya. Tergaris sebuah senyuman di bibir Zahara apabila terkenang sifat baharu jejaka itu. Sedikit sebanyak ciri-ciri lelaki yang Zahara suka ada dalam diri Azairee.

“Kau ambil bahagian ke?” Lamunannya mati sebaik melihat Azaire yang bersongkok hitam di hadapannya. Hampir jatuh rahang Zahara mendengar soalan yang diajukan sebentar tadi.

“Ya…sa..saya i..ikut pidato.” Tergugup gagap Zahara menjawab. Mata mereka bertaut. Segaris senyuman terukir dibibir Azairee.Zahara segera mengalihkan pandanganya ke arah lain. Dalam sejarah hidupnya, kali pertama Azairee bersuara kepadanya. Zahara menundukkan wajahnya lalu mencubit tangan kirinya. Ini realiti,ini yang Zahara tunggu selama beberapa tahun.

Satu saat…. Sepuluh saat. Dia masih belum berganjak dari situ. Perlahan-lahan Zahara mengangkat wajahnya, sekali lagi mata mereka bertaut. Senyuman masih terukir di bibirnya. Aduh,mamat ni dah kenapa. Zahara menelan liurnya. Kelat. Hampir sesak nafas Zahara dibuatnya.

Mengikut detik yang gadis itu kira hampir dua minit dia berdiri di hadapan Zahara dengan senyumannya yang menggoda. Rakan-rakannya sudah jauh meninggalkan dirinya yang masih tercegat berdiri di hadapan.

Dia masih dengan gayanya yang persis seorang model tidak bertauliah. Dengan tangan kanannya yang diletakkan di dalam saku seluarnya dan tangan kirinya yang diletakkan di bawah dagu sambil memerhatikan Zahara yang duduk di sebuah bangku. Ambil kau Zahara bukan ini ke yang kau nak. Azairee menggaru garu keningnya yang tidak gatal lalu tergelak kecil.Makin cair Zahara dibuatnya.

“Huh, lawak betul la kau ni. Suara kecil macam kau? Boleh terfikir nak ikut pidato ni? Hergh boleh menang ke?” Sindiran? Luluh hati Zahara mendengar sindiran Azairee.

“Lawanlah Zahara, kenapa kau lemah dengan dia.Lawanlah macam yang kau selalu buat dekat lelaki yang selalu kacau kau selama ni.” Salah satu sebab Zahara tidak ingin bersekolah di sekolah campur.Dia tidak ingin kecewa buat kali kedua. Kedua belah tangannya digenggam.Anak mata Azairee direnung tajam olehnya.

“ Ha,sini pun kau. Kitorang asyik tertunggu – tunggu kau je nak buat latihan Koir.” Zakwan, selaku ketua kelas mereka membuatkan renungan Zahara mati. Senyuman dibibirnya belum hilang. Zakwan menepuk bahu Azairee menyuruhnya segera berganjak dari situ.

“Hara!” Zahara mengalihkan pandangannya ke arah hamba Allah di hadapannya.

“Good luck!” Kata semangat diberikan kepada Zahara meskipun pendek. Dia memang pelik,baru sebentar tadi sindiran diberikan kepada Zahara. Zahara hanya mengangguk lalu membalas senyuman manisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience