Completed
28698
Malam itu, aku tidur bersamanya. Harris memeluk tubuhku semasa tidur tetapi aku hanya diam sahaja. Sebenarnya aku rindu juga kasih sayang daripada dia.
"Abang minta maaf, Khadijah. Abang minta maaf. Ampunkan abang. Abang terlalu ikut hawa nafsu. Ego. Abang minta maaf, abang pukul Khadijah dengan teruk dan menengking Humaira dan Khaliq. Maafkan abang. Abang tak guna. Abang sayang Khadijah tetapi abang terlalu mengikut kepuasan abang. Khadijah nyawa abang." Harris berbisik lembut meminta maaf di hujung telingaku. Aku membuka mata lalu memandangnya.
"Khadijah, belum tidur?" Lembut je dia mengusap pipiku. Air matanya deras mengalir sehingga membasahi bantal. Tersedu-sedan.
"Khadijah dah tidur. Tetapi terdengar ada suara berbisik di telinga Khadijah." Air matanya mengalir semakin deras. Memang dia mengakui kesilapannya dan sangat rasa bersalah.
"Khadijah, maafkan abang?" Muka Harris yang pucat itu mengharap aku memaafkannya. Aku memejam mata kemudian membukanya semula.
"Khadijah sudah lama maafkan kerana abang cinta hati Khadijah. Walaupun abang bertindak sedemikian. Khadijah selalu berdoa supaya abang sedar dan menjadi seperti dulu. Seorang suami yang lemah lembut dan seorang bapa yang penyayang. Kenapalah abang boleh mengikut hawa nafsu? Kata-kata cacian abang menusuk-nusuk hati Khadijah. Khadijah sedih sangat. Hiba. Luluh hati Khadijah. Tapi Khadijah fikirkan yang positif." Kali ini pula aku yang menangis teresak-esak. Harris memujukku dengan memelukku dengan erat sekali.
"Abang bersalah Khadijah. Sayang, terukkah luka-luka Khadijah? Masih sakit lagi, ka? Ada kesan dalaman? Terkoyak kulit?" Banyak soalan Harris diajukan kepada aku.
"Luka-luka Khadijah hanya sedikit sahaja cuma agak teruk lukanya. Tetapi hati Khadijah yang seperti sudah dikoyak-koyak oleh abang." Aku memberitahunya.
"Maafkan abang Khadijah, inikah luka pukulan abang itu? Calar yang panjang ni?" Harris menunjukkan calar pada bahagian tanganku yang agak panjang itu. Aku mengangguk.
"Marilah abang kita tidur. Khadijah mengantuk." Aku pula yang mengusap rambutnya. Kemudian, kami tidur bersama.
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Siti Humaira and Muhammad Khaliq,
Happy Birthday To You.
"Yeay!" Khaliq dan Humaira bertepuk tangan lalu meniup lilin. Aku memotong kek pada sama bahagian lalu memberi kepada tetamu yang hadir. Aku hanya menjemput 20 orang sahaja ke majlis ini. Iaitu kawan-kawanku dan kawan Harris.
"Ni hadiah dari Walid untuk Humaira dan Khaliq." Harris memberi hadiah tersebut kepada Humaira dan Khaliq. Humaira dan Khaliq terus menerpa memeluk Harris.
"We miss you, walid. Thank you for the present." Humaira berkata lalu mencium pipi walidnya. Harris memeluk erat kedua-dua anaknya.
"Suka Humaira dengan Khaliq dapat hadiah daripada walid dia." Kata Jalil. Humaira dan Khaliq mengajak Syakila dan Syahara serta kawan-kawannya yang lain bermain dalam kolam permainan yang aku beli semalam.
"Sayang, ni untuk sayang." Perlahan-lahan Harris bangun kerana kakinya susah sedikit untuk berdiri tegak dan doktor sahkan kakinya tempang. Terkejut aku Harris memberi aku sekeping sampul surat.
"Apa ni, abang?" Aku membuka sampul surat itu lalu mengeluarkan isinya. 4 tiket penerbangan ke Amsterdam pada 31/03.
"Kita pergi masa hari jadi sayang." Terkejut aku. Patutlah semalam lama dia keluar dengan Jalil ada kerja katanya. Tipu aku lagi Harris ni.
"Abang tipu Khadijah lagi? Semalam kata pergi keluar ada kerja." Saja aku berkata begitu, muka Harris berubah apabila aku kata yang dia tipu aku lagi.
"Abang tak tipu, abang nak buat kejutan. Abang tak ada niat nak tipu sayang lagi. Betul sayang. Khadijah tak terkejut dengan kejutan abang buat?" Muka Harris seperti serba salah.
"Terkejut..." Hatiku sebenarnya masih terluka. Tapi aku cuba untuk mengubati dengan melupakan pekara yang lepas.
Harris senyum tawar ke arah aku. Aku diam sahaja. Aku melihat Humaira dan Khaliq berseronok bermain dengan kawan mereka.
Share this novel