Completed
28698
"Assalamualaikum. Kelihatan Aisyah dan Jalil ada di dalam bilik itu manakala Harris hanya terbaring kaku di atas katil.
"Waalaikumussalam." Aisyah dan Jalil menjawab salamku lalu mereka keluar dari wad Harris.
"Kenapa... kau... datang... sini? Hah... kau... nak... gelak... kan... aku... ke... sampai... puas... hati... kau..." Tuduh Harris. Dengan sakit-sakit begitu sempat lagi dia menuduh aku yang bukan-bukan. Hati aku sudah semakin tawar. Cinta aku padanya mungkin semakin pudar. Sangat pudar.
"Kenapa abang? Kenapa abang jadi jahat? Khadijah nak abang yang dulu, yang baik hati,lemah lembut dan penyayang. Mana semua tu... hah? Kenapa abang jadi ganas begini... kenapa... kenapa!" Kegeramanku sudah terkeluar. Aku sangat geram apabila dituduh begitu. Harris terdiam.
"Kalau macam nilah sikap buruk abang, Khadijah juga menyesal dengan perkahwinan ni. Humaira dan Khaliq sangat rindukan abang, abang tahu tak..." Harris mengalihkan pandangan matanya ke tepi.
"Baiklah abang. Khadijah akan pergi. Pergi selama-selamanya. Takkan kembali lagi. Takkan. Selamat tinggal, abang. Assalamualaikum." Aku membawa Humaira dan Khaliq keluar dari situ. Terkedu Harris.
"Khadijah... tunggu... sekejap..." Harris memanggil Khadijah tetapi Khadijah mengendahkan. Khadijah terus keluar.
"Aisyah, Jalil... aku balik dulu. Harris tak mahu jumpa aku. Dia dah benci aku." Aisyah menunduk. Tiba-tiba terdengar sesuatu benda terjatuh dari dalam wad Harris. Jalil terus masuk ke dalam wad Harris. Kelihatan Harris terjatuh dari katil.
"Kha..di...jah..." Aku terus pergi ke arah Harris lalu memangkunya.
"Ma..af.." Jalil memanggil doktor.
Selepas beberapa minit, doktor keluar lalu memberitahu bahawa Harris terkena strok sebelah. Bahagian kaki kiri dan tangan kirinya lumpuh. Kesembuhan bergantung pada badan seseorang. Aku terdiam.
Aku masuk ke dalam wad semula. Aku ternampak Harris termenung. Humaira dan Khaliq pula sentiasa bersamaku kerana mereka takut untuk mendekati Harris.
"Umi, is walid sick? Walid don't mad at us?" Pertanyaan Humaira membuatkan Harris mengalihkan pandangannya ke arah aku.
"Khadijah... si.. ni.." Panggil Harris. Aku mendekat diri kepada Harris.
"Abang.. minta.. maaf.. maaf.. kan.. abang.. Khadijah.. masih.. sayangkan.. abang.. lagi.." Aku menundukkan kepalaku. Aku tak boleh nak memberi jawapan itu sekarang kerana hatiku masih sakit.
"Humaira, Khaliq sini. Salam walid. Peluk cium walid. Are you both miss walid, right?" Khaliq dan Humaira jalan perlahan-lahan mendekati walidnya. Humaira mengucup tangan, mencium dahi dan memeluk tubuh walidnya begitu juga dengan Khaliq. Aku tersentuh. Dua anak kecil ini masih sayangkan ayahnya walaupun dilayan dengan kasar.
"Hu.. maira... Kha... liq..." Harris memanggil anak-anaknya. Aku menangis. Sebak.
"Abang... bila abang akan bernikah dengan tunang abang?" Tiba-tiba mulutku mengajukan soalan itu kepada Harris. Muka Harris tampak terkejut. Terus dia memegang tangan kananku tetapi aku terus menarik semula tanganku.
"Bila? Dah siap semua ke? Nanti abang dengan dia dah sembuh, bolehlah melangsungkan pernikahan, kan? Lepastu dengan bahagianya abang ceraikan Khadijah yang cintakan abang sorang. Abang tak sambut lagi cinta Khadijah. Bagaikan bertepuk sebelah tangan sahaja." Air mata aku berjuraian. Harris pula memujukku dengan mengusap tanganku tetapi aku menolak.
"Abang.. minta.. maaf. Abang.." Percakapan Harris aku potong dengan percakapanku.
Share this novel