Bab 12

Romance Completed 28698

Setahun kemudian,

"Umi, adik baru Humaira buat apa? Dia main-main dalam perut Umi ya?" Humaira meletakkan telinganya pada perutku yang memboyot itu.

Ya, aku hamil anak ketiga. Aku semakin bahagia bersama suami dan anak-anakku. Sudah 7 bulan usia kandunganku. Humaira pula sudah berusia 6 tahun dan aku menghantarnya ke tadika PASTI. Khaliq pula sudah berusia 3 tahun. Harris pula masih bekerja di syarikat bapanya lagi. Kebahagiaan kami tiba selepas aku pulang dari bercuti di Amsterdam tahun lepas.

"Assalamualaikum, Humaira, Khaliq. Walid dah balik ni." Walid masih lagi tempang kakinya dan dia semakin banyak berubah. Harris memang benar-benar insaf dengan perbuatannya.

"Walid!" Jerit Humaira dan Khaliq lalu Harris mendukung mereka.

"Abang balik dah. Marilah masuk." Harris mencium dahiku lalu mengusap perutku.

"Anak abang yang ni buat apa hari ni?" Gurau Harris. Aku tersenyum.

"Banyak kali tadi dia berpusing-pusing. Humaira dan Khaliq dapat pegang tadi. Suka sangat dorang." Harris ketawa.

"Humaira dengan Khaliq tak sabar nak ada adik ya?" Harris mencuit hidung Humaira dan Khaliq lalu menggeletek mereka.

- - -

2 bulan kemudian,

"Abang, sakitnya... sakit..." Berpeluh-peluh aku menahan sakit. Perutku memulas-mulas. Aku bakal melahirkan anakku. Wajah Harris tampak cemas bersama Humaira dan Khaliq.

"Sabar sayang. Abang ada. Istighfar sayang." Aku memejamkan mata sambil menggengam kuat tangan Harris. Ibu mertuaku juga berada disitu bersama ibuku.

"Encik,mari ikut sekali." Harris mengganguk. Khaliq dan Humaira ditinggalkan bersama ibuku dan ibu mertuaku.

3 jam kemudian,

"Mummy, Ibu, Khadijah selamat melahirkan anak kembar. Lelaki dan perempuan." Harris memberitahu berita gembira itu kepada mereka. Humaira dan Khaliq melompat kegembiraan.

"Syukur Alhamdullilah. Khadijah macam mana sekarang?" Tanya ibu.

"Ada ibu. Tengah berehat. Sekejap lagi akan dimasukkan wad semula. Ibu dan mummy bawalah Humaira dan Khaliq ke sana dahulu." Minta Harris. Ibu dan mummy membawa Humaira dan Khaliq ke wad tadi.

½ jam kemudian,

"Umi..." Sayup sahaja suara Khaliq memanggilku. Aku tersenyum. Aku baru sahaja tersedar dari tidurku kerana keletihan yang amat.

"Khaliq sayang... dah tengok adik baru Khaliq?" Aku menarik Khaliq masuk ke dalam pangkuanku.

"Dah... comel... Apa nama dorang, Umi?" Khaliq mengusap-usap pipiku. Aku tersenyum gembira.

"Tanyalah walid. Walid dengan Humaira mana?" Aku pula mencium beberapa kali mukanya.

"Dekat luar tu.." Tunjuk Harris yang sedang menolak katil bayi anak kembarku.

"Khaliq, they coming!" Lompat Humaira.

"Sayang, dah sedar. Doktor suruh susukan baby." Aku mengangguk. Harris memberiku bayi lelaki kepadaku lalu aku menyusukannya kemudian bayi perempuan.

"Sayang, dari tadi Humaira dan Khaliq tanya apa nama baby... sayang nak letak nama apa?" Harris mendukung Khaliq manakala Humaira duduk disebelahku sambil melihat aku mengendong anak kembarku.

"Nama yang abang dah booking dulu tu. Siti Hanisa dan Muhammad Khalish." Harris ketawa.

"Sayang, ingat lagi. Baiklah. Abang setuju. Humaira, Khaliq nama baby twins baru ni, Siti Hanisa dan Muhammad Khalish." Humaira dan Khaliq bertepuk tangan.

Sudah sebulan aku berpantang di rumah ibu di Johor. Sekali-sekala mummy dari Kuala Lumpur datang menjenguk kami. Humaira dan Khaliq berebut-rebut mahu bermain dengan adik kembar mereka. Harris pula sanggup menjagaku dan menjaga si kembar pada waktu tengah malam. Humaira dan Khaliq pula tidur bersama ibu. Aku sangat bersyukur kerana Harris insaf dengan perbuatannya. Aku sangat bahagia dengan keluargaku sekarang. Bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah dalam hal rumahtangga adalah kunci utama. Aku berdoa supaya kebahagiaanku kekal sehingga ke Jannah. Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience