Bab 1

Romance Completed 28698

"Diamlah! Menangis je! Bising tahu tak? Aku balik kerja je memekak dekat rumah ni." Tengking Harris kepada Khaliq dan Humaira. Aku terkocoh-kocoh datang dari dapur apabila terdengar tengkingan seperti gergasi itu.

"Abang, kenapa marah anak-anak tu? Nanti mereka takutlah, abang." Aku terus mendukung Khaliq dan memeluk Humaira yang sedang menangis teresak-esak akibat ditengking oleh Harris.

"Bosan aku duduk rumah ni tahu tak?! Ada budak-budak tak guna ni nak pecah kepala aku rasanya!" Harris menghempas pintu bilik bacaannya dengan begitu kuat sekali sehingga Khaliq memegang kuat bajuku.

"Ya Allah, Khaliq, Humaira mari ikut umi ya. Walid, dia penat tu." Aku beristighfar apabila melihat sikap baran Harris yang tak pernah-pernah dibuatnya. Makin teruk baran dia sekarang. Perkahwinan aku baru sahaja 7 tahun. Tetapi sikap dia berubah sedrastik itu. Mengapa? Aku sedih sangat dengan sikap buruknya itu.

- - -

"Khadijah, Khadijah... apa yang menungkan jauh tu? Berangan ya?" Tanya Maryam yang sedang berdiri di hadapanku.

"Are you okay? Why are you crying, Khadijah? Somethings wrong?" Aku mengesat air mataku sambil menggelengkan kepalaku lalu tersenyum.

"Nothing, Maryam. Just remember the past." Aku bangun lalu masuk ke dalam wad 76.

Kelihatan Harris sedang terbaring kaku kerana dia menghidapi strok. Humaira dan Khaliq pula sedang bermain di sebelah katil walidnya. Aku ternampak titisan air mata Harris apabila melihat Humaira dan Khaliq bermain.

"Abang, nak Khadijah suapkan bubur? Abang lapar tak?" Aku mengusap perlahan rambut Harris. Harris mengangguk perlahan.

Aku menyuap bubur itu perlahan ke dalam mulutnya lalu aku memberikan senyuman kepadanya. Harris cuba untuk memberi senyuman kepadaku tetapi dia tidak boleh kerana dia terkena strok.

"Umi, Khaliq wants milk. He sleepy." Beritahu Humaira kepadaku lalu aku melihat Khaliq tersengguk-sengguk kerana mengantuk.

"Abang, sekejap ya. Khaliq nak tertidur tu." Aku meletakkan mangkuk bubur itu di atas meja lalu mendukung Khaliq dan membaringkannya di atas tilam kecilnya yang aku bawa dari rumah dan aku memberi Khaliq botol susu yang sudah aku sediakan tadi. Khaliq minum susu itu dengan perlahan sambil matanya dipejamkan.

"Umi, Humaira bored." Humaira menarik-narik baju aku.

"Don't say like that, Humaira. Walid wants you here with him." Anak mata Humaira terus memandang ke arah Harris. Aku tahu ketakutan Humaira pada Harris masih tersisa. Humaira terus baring disebelah Khaliq yang sudah nyenyak tidur.

"Abang, mandi ya? Tak elok pula mandi masa waktu tengahhari." Aku membangunkan Harris lalu membuka baju yang dipakainya. Aku dudukkan Harris di atas kerusi roda.Maryam masuk untuk menjaga anak-anakku yang sedang tidur sementara aku membersihkan tubuh Harris.

"Comelnya Khaliq tidur. Susu dah habis pun masih melekat puting botol pada mulutnya." Kata Maryam sambil tersenyum. Aku juga tersenyum melihat Khaliq.

- - -

"Kau nak tahu tak? Aku bosan dan meluat tengok muka kau, bila aku balik ke rumah. Ikutkan hati aku, aku taknak balik rumah." Amuk Harris. Hatiku luluh apabila Harris berkata padaku. Dia meluat? Apa salah aku? Dulu, dia cintakan dan sayangkan aku. Kenapa sekarang berubah?

"Sampai hati awak cakap begitu. Apa salah saya? Dulu, awak baik sahaja. Sayangkan saya. Cakap pun baik-baik. Sekarang dengan anak-anak pun dah berkasar. Khaliq dan Humaira dia asyik ketakutan, abang tahu tak? Or you have another girl that always make you happy than me? Tell me the truth." Aku memandang ke arah Harris. Harris merengus lalu keluar dari rumah begitu sahaja. Aku terduduk di atas sofa. Terhinjut-hinjut bahuku kerana aku menangis. Tiba-tiba Humaira membawa Khaliq dan pergi ke arahku.

"Umi, Khaliq throw out his food, umi. And his head is hot." Aku memegang dahi Khaliq. Badannya panas. Khaliq demam. Terus aku bangun, menukar baju lalu mendukung Khaliq untuk membawanya ke klinik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience