Completed
28698
Malam itu, setelah aku menidurkan Humaira dan Khaliq, aku mengemas pakaian untuk dibawa esok. Pesan Muaz, esok jam 7 pagi dia akan mengambil kami kerana penerbangan akan berlepas pada jam 9 pagi. Maryam pula sudah siap mengemas, kelihatan dia sedang makan maggi.
"Khadijah, kau dah siap kemas ke? Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" Maryam datang dekat ke arah aku.
"Eh, tak adalah. Dah siap. Done!" Aku tersenyum. Maryam memang sahabat Jannah aku. Susah senang sentiasa dengan aku.
"Jomlah tidur, dah pukul 12 malam. Esok nak bangun awal. Jangan ada barang tertinggal." Pesan Maryam lalu kami berdua masuk ke dalam bilik dan kemudian tidur.
Esoknya, selepas solat Subuh berjemaah. Aku memakaikan baju pada tubuh Humaira dan Khaliq, kemudian aku memberi biskut dan botol susu kepada mereka berdua.
20 minit kemudian, aku terdengar bunyi hon kereta Muaz sudah berbunyi dari luar rumah. Aku terus membuka pintu pagar lalu Muaz mendukung Humaira dan Khaliq masuk ke dalam badan kereta. Aku dan Maryam serta Falil mengangkat beg-beg pakaian kami untuk dibawa ke sana nanti.
Jam 7:30 aku sudah sampai di 'Airport', Khaliq sangat gembira apabila dia sampai di 'Airport' begitu juga dengan Humaira. Tahun terakhir, Harris membawa aku bercuti ketika itu aku sedang mengandungkan Khaliq dan Humaira berusia 3 tahun. Kami bercuti di Pulau Jeju,Korea. Aku sangat rindu saat-saat aku dengannya pergi bercuti ketika itu.
"Khadijah, jom. Kita masuk awal." Aku mendukung Khaliq yang sibuk melihat suasana 'Airport' itu manakala Muaz mendukung Humaira.
Hatiku dari tadi rasa tak sedap, berdebar-debar. Adakah aku buat pekara yang salah? Aku beristighfar banyak.
"Hu... maira..." Suara Harris tersekat-sekat memanggil nama Humaira tetapi tidak didengari Humaira.
"Humaira sini. Walid panggil Humaira." Aku menolong Harris memanggil Humaira.
"I don't want. I'm scared. I'm scared walid mad at me." Kata-kata Humaira membuatkan aku tersentak, aku memandang muka Harris, mukanya berubah.
"Humaira, walid tak marah Humaira lah. Walid nak Humaira peluk. Boleh tak? Humaira sayang walid tak?" Perlahan sahaja Humaira menganggukkan kepalannya. Teragak-agak untuk Humaira datang dekat Harris. Harris pula menghulurkan tangan kanannya supaya Humaira memegang tangannya.
Aku lihat saja gerak geri Humaira yang sedang baring disebelah Harris. Permulaannya Harris mengajak dia baring sebelahnya dia taknak. Lama juga aku memujuk, akhirnya dia nak juga. Khaliq juga aku baringkan di sebelah Harris. Muka Harris nampak gembira pabila mereka berdua baring disebelahnya.
Share this novel