Bab 6

Romance Completed 28698

Sudah 4 hari aku duduk di Singapura ini. Sebentar lagi, Muaz dan Falil membawa kami ke Universal Studio. Khaliq dan Humaira tidak sabar-sabar mahu pergi.

Jam 8 pagi kami bergerak ke Universal Studio. Humaira dan Khaliq suka sangat apabila dilayan baik oleh Muaz dan Faliq. Kami singgah di sebuah kafe yang terkenal disitu.

"Khadijah, tengok ni." Maryam memberi aku telefon bimbitnya.

Anak Datuk Seri Muhd.Rahman, Muhammad Harris Bertunang Dengan Bakal Isteri Baharunya pada 27 Disember 2015,semalam.

Jantungku seperti dipanah kilat. Sakit. Luluh. Hiba. Sedih. Sanggup Harris bertunang dengan perempuan itu. Sanggupnya dia! Aku sangat kecil hati.

"Sabar ya, Khadijah. Sabar." Maryam memeluk aku. Muaz dan Falil dengar hanya mendiamkan diri. Humaira dan Khaliq tekun memakan makanan mereka.

Aku harus kuat untuk Humaira dan Khaliq. Aku harus kuat menghadapi dugaan besar ini. Aku tersenyum.

"Tak apalah, Maryam. Mungkin ni dugaan aku. Aku kena tabah. Aku kena jadi kuat kerana Allah ada sentiasa dengan aku. Humaira dan Khaliq juga ada sentiasa dengan aku.

"Tak guna punya jantan. Mempermainkan hati wanita. Isteri sendiri. Anak-anak diabaikan. Kurang ajar betul!" Marah Muaz.

"Sabar ya, Khadijah. Kau kuat." nasihat Falil.

"Ya Falil. Aku cuba untuk menguatkan diri." Aku melihat Humaira dan Khaliq sudah menghabiskan makanan mereka.

"Umi, can we go now! I'm so exciting!" Aku tersenyum melihat Humaira yang teruja untuk masuk ke Universal Studio.

Jam menunjukkan pukul 9 malam, selepas keluar dari Universal studio pada jam 6 petang. Kami pergi membeli-belah. Selepas itu kami bersolat maghrib dan isyak di masjid berdekatan. Khaliq mengadu padaku yang perutnya lapar. Muaz membawa kami ke restoran western food.

Khaliq sangat suka, dia memesan fish n chip dan air susu coklat sejuk. Humaira pula memesan french fries, hotdog with blacksauce dan air strawberry smoothie. Tekun betul mereka makan.

"Umi, bila kita nak balik? Humaira rindu walid." Tanya Humaira. Aku tertunduk.

"Kita balik lusa. Kenapa Humaira bosan ke bercuti dengan uncle handsome ni?" Kata Muaz cuba menarik perhatian Humaira.

"Eh, Humaira suka sangat! Uncle baik! Khaliq pun suka, kan Khaliq?" Khaliq menepuk tangannya tanda dia gembira.

"Makan perlahan-lahan sayang. Nanti tersedak." Aku menegur Khaliq kerana makan terlalu laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience