Completed
28698
"Khadijah... how are you?" Aisyah yang baru sahaja datang bersama suaminya, Jalil dan anak kembarnya, Syakila dan Syahara.
"Aisyah. Alhamdullilah, I'm fine. Hai Jalil. Hai sweeties." Aku mendukung Syakila dan Syahara.
"Hai Khadijah. How's Harris?" Aku tersenyum. Tiba-tiba Humaira dan Khaliq datang ke arahku.
"Khaliq, why are you crying, dear?" Khaliq datang kepadaku sambil menangis teresak-esak. Khaliq terus memelukku.
"Dia ingat kau tinggalkan dia. Tu menangis." Kata Maryam.
"Lah ye ke? Umi tak pergi manalah. Umi jumpa aunty Aisyah ni. Dah dah. Stop crying, Khaliq." Khaliq senyap apabila di dalam pangkuanku. Humaira pula mengajak Syakila dan Syahara bermain dengannya.
"Aisyah, bila kau sampai?" Tanya Maryam.
"Baru je. Nak melawat Harris." Aku mengajak mereka masuk ke dalam wad Harris. Harris yang sedang baring di atas katil, terkejut melihat Jalil, sahabat baiknya dan juga Aisyah melawatnya.
"Abang, Jalil dengan Aisyah datang melawat abang ni." Aku meletakkan Khaliq bersama Humaira yang sedang bermain bersama Syakila dan Syahara.
"Harris, aku rindu kau bro." Jalil memeluk tubuh Harris. Tangan kanan Harris menepuk-nepuk bahu Jalil.
"Khadijah, aku nampak..." Maryam tiba-tiba mahu berjumpaku di kafe Oldtown. Humaira dan Khaliq suka sangat apabila dapat minum air perisa kegemaran mereka iaitu 'Chocolate Iceblended'.
"What do you saw, Maryam? Something weird." Pelik aku apabila percakapan Maryam tergantung.
"I saw your husband with a girl. Sexy. Hold hands together." Lidah aku terkelu apabila Maryam memberitahu aku tentang Harris bersama perempuan lain.
"What? Are you sure, Maryam? Kau tak salah nampak ke?" Aku menjadi ragu-ragu dan mengajukan soalan itu kepada Maryam. Maryam membuat muka kasihan lalu mengangguk kepalanya perlahan-lahan.
Air mataku terus menitis. Maryam memeluk bahuku menyuruh aku bersabar. Lantas, aku mengesat air mataku apabila Humaira melihat mukaku.
"Umi? Are you crying?" Humaira terus bangun dari tempat duduknya dan terus duduk di atas ribaku lalu dikesatnya air mataku yang masih menitis itu. Maryam cuba mengubah topik.
"Humaira, Khaliq nak main permainan dengan mama Maryam tak?" Maryam cuba mengubah suasana menjadi ceria.
"Nak..." Khaliq suka sambil menepuk tangannya. Maryam lalu pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran. Aku mendukung Khaliq dan meletakkannya di dalam 'stoller'. Humaira pula didukung oleh Maryam.
Kemudian kami sampai di taman permainan dalam kanak-kanak atau nama tamannya, 'Indoor Playground Kids'. Satu jam yurannya sebanyak rm25 manakala 2 jam sebanyak rm38. Aku dan Maryam mengambil masa selama 2 jam supaya Khaliq dan Humaira puas bermain dalam taman permainan tersebut.
"Baik-baik ya Humaira dan Khaliq. Humaira, play with Khaliq okay. Don't leave Khaliq alone." Pesan aku kepada Humaira. Humaira mengangguk sambil tersenyum riang.
Aku duduk berdekatan dengan taman permainan tersebut. Aku dan Maryam rancak berbual tiba-tiba Maryam mencuit pehaku lalu menunjuk ke arah seseorang. Aku sangat terkejut melihat Harris bersama seorang perempuan hanya memakai singlet dan 'skirt' paras atas lutut.
Share this novel