Completed
28698
Jam 11 malam barulah kami sampai di hotel. Khaliq sudah terlena di dalam pangkuanku, Humaira pula didukung oleh Falil.
Aku meletakkan Khaliq dan Humaira ke dalam katil bayi yang disediakan oleh pihak hotel. Kemudian, aku dan Maryam tidur bersama kerana sangat keletihan.
Keesokannya, aku dikejutkan dengan suara Khaliq menjerit memanggil aku. Khaliq memang tidak boleh berpisah denganku. Khaliq memang sangat manja denganku.
"Ya Khaliq sayang. Janganlah nangis. Umi ada dekat sinilah." Aku mendukung Khaliq. Terus Khaliq tidak menangis.
"Khaliq jadi jam untuk mama Maryam ya. Terkejut mama tau." Aku tergelak, Maryam yang mamai bercakap.
"Nak shushu.. Umi." Aku meletakkan Khaliq di dalam kolam permainannya lalu aku membuatkan susu. Humaira pula bangun, duduk diam sahaja dalam katil bayi itu.
Sudah 6 hari, kami berada di Singapura. Hari ni hari terakhir aku disini. Falil mengajak kami ke Singapore Zoo. Sampai sahaja disitu, Humaira dan Khaliq menlonjak kegembiraan.
Penerbangan balikku akan berlepas pada jam 5 petang. Selepas makan petang kami terus bergerak ke 'Airport'. Dalam perjalanan untuk memeriksa beg dan pasport. Telefonku berdering, Aisyah menelefonku. Aku mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum Khadijah. Kau dah nak bertolak balik ke?" Sebaik sahaja mengangkat panggillan itu, Aisyah terus bertanya kepadaku.
"Waalaikumussalam. Ya. Lagi setengah jam berlepaslah. Kenapa Aisyah?" Aku menjawab pertanyaannya.
"Khadijah, Harris kemalangan. Teruk juga tapi sekarang dia dah sedar. Pagi tadi dia kemalangan dengan perempuan. Sabar ya, Khadijah." Berita yang disampaikan oleh Aisyah sangat memilukan hatiku. Harris kemalangan. Abang... maafkan Khadijah.
Sesampai sahaja aku di Malaysia, aku terus bergerak ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku bertanya ke kaunter nombor bilik wad suamiku.
Share this novel